Kenapa aku pilih?

Hari ni hujan lebat sungguh, cabaran betul. Kisah di seminar. Memandangkan aku dan Dayah sampai agak lewat, aku tak 'jot down' pun apa yang Brother Joannes Lukas bagi 'talk' tentang 'Liku-liku pengalaman saudara baru'. Yang aku ingat dia ada beritahu beberapa kelemahan institusi agama yang lebih banyak menyukarkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Sebenarnya mudah sahaja.

Kemudian, Cikgu Kamarulzaman beri 'talk' tentang 'Bencana Tinggalkan Dakwah'. Katakanlah kita melihat anjing yang sedang dalam kesusahan, sebagai manusia normal kita secara refleksnya akan mempunyai sikap prihatin pada anjing tersebut dan cuba menyelamatkan anjing itu. Tapi takkan sedikit pun tidak kita rasa kasihan dengan kawan bukan-muslim, takkan kita nak biarkan mereka masuk neraka? Mesti kita mahu melihat mereka masuk syurga kan. Aku tertarik dengan Cikgu yang mengajar matematik ni buat kiraan multi-level-marketing. dalam surah al-baqarah ayat 261. Katakan setiap biji benih boleh dapat 700 biji.

Kalau 700/1 x 100% = 70 000 %,

maknanya kita dapat 70 000 % pahala hasil dari aktiviti kita menyampaikan dakwah ni. Orang yang memberi alasan tidak mahu berdakwah harus melihat surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3 iaitu kita mesti beriman dan beramal dan berpesan-pesan degan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dalam quran tidak kata beriman atau beramal atau berpesan-pesan dengan kebenaran atau berpesan-pesan dengan kesabaran.

Seterusnya Syaikh Abdullah pula memberi 'talk' tentang 'Tangan-tangan yang mengubah dunia'. Beliau merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Jarak Jauh. Beliau menyatakan menurut Yusuf Qardawi, muslim itu ialah pemilik, pewaris dan pemikul. Tangan-tangan yang menggoncang dunia boleh jadi orang yang muda. Contohnya ialah Muhammad Al-fateh yang masih muda dapat membuka Istanbul. Sejarah telah membuktikan kejayaan Islam bukan sahaja berlaku pada zaman nabi, sahabat, tabiin, tabi' tabiin sahaja. Syeikh Abdullah menekankan muslim hari ni perlu menjaga asas (basic) iaitu seperti Solat SUBUH! 'Basic' ni. Malu dengan diri sendiri sebab 'basic' pun tak jaga.

Selepas itu, Ahmad Nadhir Yop, pelajar tahun 3 Botani minor Agama Islam pula membentangkan tajuk 'Dakwah Kotemporari' secara ringkas. Nadhir menekankan aspek keberkatan menuntut ilmu dengan cara menjaga adab berguru. Juga hidupnya ilmu hanya dengan amalan. Barulah penghayatan tu dapat diperoleh. Aku 'respect' 'gak' dengan Nadhir ni walaupun dia muda dari aku, tapi pengetahuan dia ni 'superb'! Boleh tahanlah. Malunya dengan diri sendiri. Apa yang aku tahu!. Ya Allah.

Lepas tu rehat. 'Lunch'. Nasi tomato. Kemudian balik desasiswa solat zuhur. Dekat jam 2 hujan lebat semula. Terpaksa tunggu reda, pi semula seminar. Tapi Brother Joannes Lukas dah mula 'talk' tentang 'penampilan diri pendakwah'. Beliau menerangkan cara berpakaian, cara berinteraksi, cara berkomunikasi dengan madu' dan juga bukan-muslim. Biar kemas. Cara berjalan dan duduk biar betul postur. Katanya walaupun nampak remeh hal-hal begini, sebenarnya perlu dititikberatkan sebagai pendakwah. Aku teringat 'talk' pasal nak pi 'interview'. Lebih kurang, bagus juga cara-cara dipraktikkan untuk tujuan dakwah. Bayangkan la kalau pendakwah pun berpakaian tak tentu hala, guano nak ajak orang dekat dengan Islam ya tak.

Kemudian dalam jam 3.15 petang, Cikgu Kamarulzaman sambung 'talk' tentang 'saudara baru'. Beliau pesan kita jangan mempersoalkan HASIL dakwah, tapi berusahalah untuk meneruskan GERAK KERJA dakwah tu.

Perkara penting apabila membawa bukan-muslim untuk mendaftar.

1. Jangan biarkan bukan-muslim tu pergi seorang diri
2. Ajar mengucap patah demi patah perkataan (usah melulu)
3. Keperluan salinan kad pengenalan dan 4 keping gambar (walaupun ni urusan dunia ja, tapi kita kena 'follow' la peraturan kat Malaysia)

Balik, solat maghrib, isya'. Jam 9.00 keluar semula pi seminar lagi. Tajuknya 'Mengapa Islam Pilihanku' oleh Brother Joannes Lukas. Beliau ceritalah betapa 3 tahun merahsiakan dari keluarga yang kuat Kristian bahawa dia dah memeluk Islam. Dia beritahu family dia masuk Islam pun melalui surat. Pastu ada la cerita tentang trinity sebenarnya ada dalam surah Al-Maidah ayat 73. kata Bro dalam Bible tak de pun cerita tentang trinity secara jelas sebab kristian sendiri tak pasti..banyak percanggahan Yesus tu anak Tuhan atau Tuhan? Kenapa disalibkan? Pembunuhan Nabi ISa ada dijelaskan dalam An-Nisa ayat 157.

Huhu, sampai sini dulu ya. Aku suka seminar hari ni. Rasa tenang ja masa pergi dan masa balik. Insyaallah. Aku tak salah pilih nak ikut Dayah pi seminar ni. Aku pilih sebab aku tahu aku mesti memilih untuk pergi. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah jua, dan kelemahan itu adalah kekurangan aku sendiri. Aku tahu aku tak boleh tunggu diri aku sempurna baru aku boleh ajak orang lain, sebab kalau kita mengajak orang sebenarnya dengan sendiri nya kita juga memandu orang ke arah kebaikan sambil mengingatkan diri sendiri. Wallahua'lam.

* Riwayat asal ditulis pada 2 Ogos 2009. Ah lambatnya aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I can speak much on this theme.

Syahidah Mahassan berkata...

i think i know who you are...

sorry for my mistake...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...