Mencari

Belum lagi aku meriwayatkan peristiwa hari khamis dan jumaat, haha fikir-fikir riwayat untuk dibaca orang, bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang, untuk tubuh diri mengutip makna di sebalik riwayat. Ukir-ukir pinang Betawi, pinang satu dibelah dua, fikir-fikir badan sendiri, bantal satu kepalanya dua. Apa aku buat hari khamis dan jumaat, banyak membuta daripada celik. Haha. Khamis kuliah pemula satu tengahari, kuliah statistik. Sejam kemudiannya kosong aku tak isi, oh zuhur, tutorial statistik jam tiga nanti. Sejam kemudian kosong lagi, oh asar, jam lima aku belajar berkarya atas kanvas. Berkongsi duit poket dan peralatan. Dicari segera kertas lukisan, warna pensel, akrilik, berus lukisan, oh RM 11 seorang. Aku berkumpulan empat orang. Jimat. Nanti berkarya jua berkumpulan. Seni lukis tidaklah aku tahu, adik bongsuku Jannah pun mungkin lebih baik. Ah apa aku merepek hari ini?

Hmm, sesudah tamat kelas jam tujuh bersegera aku ke masjid. Oh maghrib. Jam 8 malam ke kelas lagi. Brother Kor berbicara soal budaya dan agama bangsa Cina, Buddhisme, Taoisme dan seangkatan dengannya. Terkesannya aku apabila diberitahu 'belajar tentang agama lain ni usah sampai pengetahuan kita tentang agama lain lebih tinggi berbanding agama Islam itu sendiri'. Mencarilah aku dalam proses membentuk jati diri, ada baiknya aku sertai hal-hal luar dari kuliah akademik. Tenangnya berada dalam majlis ilmu. Menyedarkan aku tentang sesuatu. Walaupun majlis bukanlah berkata soal solat contohnya, dengan sendirinya segala-galanya bersangkut-paut. Ah bukankah pada kad pengenalanku tertulis jelas agamaku Islam. Cukup tahukah aku tentang agamaku sendiri. Jika ditanya anak-anak suatu hari nanti, bolehkah aku menjawabnya?

Eh dah keluar topik.

Aku sambung, kata Brother Kor, pakai colok tu bukan dari Buddha tapi dari Taoisme. Buddha agama, Taoisme ni sembah Tuhan Langit..ada suatu hal yang aku musykil, cuma tidak aku punya bukti. Kata Brother Kor asalnya penggunaan colok ialah nak halau nyamuk, sebab dulu-dulu belajar agama bawah pokok. Jadi sah-sahlah nyamuk banyak, halau nak guna asap. Zaman ini, colok diguna untuk menyembah Tuhan supaya dirahmati. Diberitahunya pada kita itu warisan nenek moyang. Penting buat kesihatan dan kekeyaan. Supaya sihat dan banyak wang.

Apa kata sejarah, Buddhime masuk ke negara China sekitar tahun 65 selepas Masihi. Namun waktu itu pengikutnya sedikit. Tahun 290 selepas masihi ramai sekali pengikut di China terutamanya saat rusuhan banyak berlaku. Jadi, pembawaan agama ke dalam negara tersebut yang menentang kezaliman menarik minat penduduk tempatan yang dahagakan ketenangan.

Perayaan Hantu Lapar dalam bulan ke-7 kalendar Cina, menurut kepercayaan masyarakat bangsa Cina, pintu neraka terbuka, semua hantu turun, (boleh tonton drama/filem cina, aku selalu tengok 'gak', banyak cerita tentang hantu-hantu ni)

Hari ni hari sabtu, baru aku mahu beriwayat kisah hari khamis. Terkebelakangnya aku. Aku nak ikut Dayah melawat Qilah di klinik, tapi setakat ni dia di bawah pemerhatian. Di wad biasa. Semalam suhu 39.4 darjah selsius..panas tuuuuu. Semalam, aku, Yana, Ecah dan Dayah dengan sudah menjenguk, sampai ditegur dengan jururawat kenapa berlama-lama di tempat penuh orang sakit. Hihi. Maaf. 'First time' melawat 'member' ditahan lama di wad. Ah dulu Nad tak penuh sehari gara-gara gastrik, sebentar sahaja di wad. Tetapi Qilah ni kalau sakit mukanya tak macam orang sakit..jadi, kelihatan seperti biasa. Hendak menghantar makanan dan barang-barang Qilah..kemudian ada seminar di SK2. Patutnya program mula jam 8.30 pagi. Hihi. Tapi sekarang jam 9.30 pagi, aku masih di bilik menanti hujan teduh. Lebat 'seyh'. Bagaimana aku mahu membonceng JHE Dayah itu.

Dan aku rasa tajuk entri sudah tidak berkaitan dengan apa yang aku tulis sekarang. Oh ya ada lagi satu hal mahu diriwayatkan. Tentang hari jumaat pula iaitu semalam.'Kuang-kuang panjang'.

Semalam kelas aku mula jam 9 pagi, kuliah statistik, kemudian ada ruang kosong sejam. Ada pula kuliah Kimia Fizik. Segera aku balik selepas itu merehatkan diri. Haha. Malam tadi aku dan Dayah pi majlis makan malam di Vistana Hotel. Dapat sekeping sijil, bila pandang sijil ni aku rasa rendah diri tahap optimum, sebab aku kan pelupa. Sah-sah lah tak berapa ingat apa yang aku sudah pelajari. Huhu. Tapi Insyaalah, aku akan cuba lah juga baca semula mana-mana yang tak ingat tu. Sebab tu salin nota.

Huhu. Hujan sudah berhenti ni. Mahu ke klinik lawat Qilah. Petang baru balik sebab seminar habis 5.30 petang. Yuhu. Wassalam.

*Riwayat asal ditulis pada 1 Ogos 2009, ah teruk sekali bahasa aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

PeNaRi LaUt berkata...

apa da??? fenin la...

syahidah berkata...

@Penari laut

hehe, bye, bye, orang nak balik! yuhu! nantikan kiriman dari rumah ya, jangan sedih-sedih di pangkalan, haha, japgi nak naik bas, minta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap, halalkan makan minum orang,...=P..rajin-rajinlah telefon kami di rumah...

Hairan berkata...

Wardatul

Anda terlalu obsess dengan tudung sebagai bukti keislaman anda.

Anda nampaknya pura2 tidak faham pasal seluar jean yang ditimbulkan oleh Zaim.

Anda tidak menjawab soalan saya.

Kenapa anda tidak suruh perempuan Melayu buka seluar jean kerana memakai seluar itu JELAS haram!

Jika perempuan yang tidak bertudung mengikut saudari

"perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya"

Apakah pula hukuman kepada perempuan Melayu yang memakai seluar.

Saya cadangkan perempuan yang memakai seluar di sula dengan kayu panas hingga mendidih pehanya.

Apa macam cukup menakutkan tak?

Jika saudari faham pakai seluar jean itu haram diharap saudari buat artikel mengenainya yang lebih besar sebab perempuan yang memakai seluar itu satu dosa besar mengikut budaya arab.

Anda sepatutnya beriya-iya menyuruh perempuan membuka seluar mereka dan menakutkan mereka tentang azab neraka kerana memakai seluar itu satu dosa besar.

Sebenarnya saya belum baca perempuan Melayu yang menulis pasal pakai tudung dan buka seluar ni. Selalunya hanya pakai tudung dan pakai seluar!

Bolehkah Islam dipisahkan dari budaya Arab pada kurun ke 5?

Bolehkah kita menerima segala cara hidup orang Arab sebagai panduan untuk orang Melayu?

Saudari tidak menjawap mengenai cara hidup moden Melayu. Bersukan dan memakai seluar dan berkarya dan hidup gembira.

Jawapan saya adalah, ada banyak cara hidup orang Arab dipadang pasir yang tidak lagi relevan untuk bangsa Melayu yang hidup di khatulistiwa dan mempunyai budaya dan bahasa sendiri.

Pendekatan Arab mengenai Islam telah membawa mereka kepada terorisma. Kerana mereka ingin menghidupkan kembali Khalifah Arab dan menguasai dunia.

Tetapi dunia telah berubah dan pencapaian teknologi melebihi pemikiran Arab dan sunnah dahulu. Sebagai orang Melayu jika anda membuta tuli mengikut kitab dan pandangan tulisan kurun 5, anda hanya menipu diri sendiri.

Quran menyebut mengenai seketul darah tetapi sekarang teknologi membolehkan kita melihat lebih dalam kepada sperma, kepada atom, kepada proton etc.

Sudah tentu apa yang dinyatakan dalam Quran lebih berkaitan masyarakat Arab dan juga pada persekitaran waktu itu. Jika anda percaya kepada kuasa Tuhan, tentu anda setuju Tuhan menjadikan kita berbangsa yang berlainan supaya kita lebih mengenali.

Jika Tuhan mahu dunia ini homogeneous tentu dia membuat semua orang satu bangsa saja. Jadi jika kita berlainan bangsa maka tentu kita berlainan budaya dan cara hidup.

Begitu juga anda tidak menjawap mengenai bagaimana hal mengenai sukan yang menjadi cara hidup antarabangsa masyarkat di dunia sekarang selain orang ARab. Setiap hari kita melihat aurat lelaki Manchester United, Chelsea bermain bola tapi perempuan Melayu sibuk menutup rambut. Kita melihat aurat Nichol bermain squash, Sharapova tenis dan seterusnya. Butakan mata kita?

Lagipun arahan itu boleh dikatakan ditujukan kepada Nabi dan keluarga dia sahaja. Dan hijab yang disebutkan adalah sehelai kain yang menutup seluruh pakaian perempuan bukan tudung 4 segi! Atau tudung mawi yang dipakai perempuan Melayu.

Anda sebetulnya tidak faham mengenai seluar yang dibangkitkan oleh Zaimme. Ia bukan soal aurat!
Ia soal perempuan menyerupai lelaki muahahaha. Get it?

Sebagai orang Melayu kita mempunyai peluang untuk mentafsir Islam dalam bentuk yang lebih lembut sesuai dengan jiwa lembut Melayu dan budaya kita yang lebih halus dari bangsa Arab.

Islam Melayu ini yang lebih toleransi dan bukan atas penalukan kuasa Arab lebih disenangi dan sesuai di masyarakat dunia yang lebih maju dari bangsa Arab ketika ini.

Syahidah berkata...

http://wardatulshaukah.blogspot.com/2009/09/jawapan-kepada-pertanyaan-saudarai_24.html

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...