masihkah aku bertanya kenapa?

"Adik-adik pun nak belajar juga, tak sempat nak tolong nanti"

Ayat ni buat aku nangis. Sebab aku dah susahkah sekali lagi. Sama waktu aku di Pasir Salak dulu!

"Allah dah tentukan jalan hidup aku, sebab-musabab yang berlaku yang membezakan cara pandang aku terhadap keadaan tersebut"

Aku berhenti menangis sebab ayat ni. Ayat sendiri je pun. Eh silap. Ayat dalam buku tulisan Ustaz A. Ustaz A menulis pandangan tentang Perang Teluk antara Baghdad dan Kuwait pada tahun 1990. Eh masa tu aku baru berumur tiga tahun waktu perang tu.

Kenapa susah sangat nak bersyukur. Kenapa susah sangat nak bangun semula. Macam dulu. Kenapa susah sangat nak mohon doa dan pertolongan tu pada Allah Tuhan aku. Ah aku sendiri yang lupa dengan kewujudan-Nya. Masih tak percaya lagikah aku dengan qada' dan qadar. Memang sebab-musabab yang berlaku tu buat aku buta hati. Tak nampak langsung hikmah di sebaliknya.

Insyaallah, berhenti merungut! Andai ini Ramadhan terakhir, apa agaknya amalan yang aku ada untuk dibuat bekal. Solat aku tak jaga, makan minum syubahat aku tak peduli. Dakwah aku tak buat. Majlis ilmu akhirat lama aku tinggal. Dengan keluarga dan saudara-mara aku sombong. Dengan kawan-kawan aku terlalu merendah diri dengan keadaan duniawi. Ikhtilat aku tak jaga. Buat baik aku tak ikhlas, tak bersungguh. Tiga tahun di kampus apa amalan baik yang aku buat? Sekadar mendatangkan fitnah. Fitnah orang akan ingat sampai bila-bila malah jadi bahan gurauan. Kalau dikenang hanya buat air mata aku terus mengalir. Lupanya aku menjaga malu aku sebagai perempuan. Akhlak aku tak jaga sebaiknya.

Ada hikmahnya aku baca buku Ustaz A. Aku tak ingat langsung sama ada aku pernah atau tidak bertemu dengan Ustaz A. Kata Dr Af beliau sangat mengkagumi peribadi Ustaz A. Mungkin aku pernah bertemu, tapi aku tak ingat waktunya.

Perencanaan Allah tu ada sebabnya. Dalam waktu aku di hujung semester terakhir ni banyak betul informasi yang aku peroleh. Satu-persatu menerjah kotak fikiran tanpa aku rancang untuk mengetahuinya. Betullah kalau kita berusaha, Allah pasti tunjuk jalan. Masihkah aku mahu bertanya kenapa aku? Malu aku Ya Allah. Malu.

Rentetan tentang aku sebagai hamba dari esq training dan Ini Sejarah Kita, termasuk apa yang aku tahu tentang Patani, Turki, Divide and Rule, World Order semua tu ada kaitannya dengan kebangkitan dan kejatuhan Islam di muka bumi ini. Terang-terang semua tu dah tertulis. Teori Darwin tentang evolusi pun dah dapat dikecam dunia dengan adanya buku tulisan Harun Yahya. Masihkah aku bertanya.

Betullah kita mesti kaji kenapa ada kisah Ashabul-Kahfi tu. Allah mahu kita berfikir kenapa Allah kata dalam Quran Ashabul Kahfi tertidur dalam gua tu selama 309 tahun pada ayat 25 surah tersebut. Namun pada ayat 26 surah al-Kahfi, Allah beritahu berapa tahun sebenarnya mereka tertidur hanya Allah yang lebih tahu. Masihkah aku mahu bertanya kenapa?

Ya Allah, hanya Kau tahu kenapa ilmu itu kau berikan di hujung semester ku ini, selama ni apa yang aku buat seolah-olah sia-sia.

Aku sepatutnya bersyukur.

*Riwayat asal ditulis pada 23 Ogos 2009. =P.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Gembira atau apakah ini?

Alhamdulillah, walaupun tengah sedih dengan seperkara tapi aku tetap gembira dengan seperkara yang lain. Aku sedar kini, walaupun ramai sahabat kita punya, tetapi untuk mencari sahabat sejati, payah sekali. Kadang-kadang kita terlalu mengharap sahabat kita akan bersama-sama dengan kita dalam apa jua yang kita terpaksa hadapi sehari-hari. Biarlah. Sudahlah hal itu, tak mahu aku fikirkan lagi, walaupun sebenarnya tetap perlu difikir. Ialah, siapa mahu hidup tanpa teman bicara di dunia ini. Tak tahulah kalau masih ada yang boleh hidupnya tanpa ada tempat untuk bercerita. Itu cerita sahabat. Tak mahu aku panjang-panjangkan di sini. Yang penting aku tak suka bermusuh walau pahit sekali.

Adikku Mujahid genap tahun ini umurnya 21 tahun. Hmm, jujur aku tak begitu rapat dengannya. Aku punya ramai adik-beradik. Jadi, buat kali pertama, sungguh-sungguh aku beritahu di sini, malam tadi, kami berbual di corong telefon hampir sejam lamanya. Seolah-olah seperti aku baru kenal siapa adikku Mujahid. Besar sudah. Selamat hari lahir Mujahid. Moga kita kuat dalam menghadapi dugaan-dugaan hidup yang tak mungkin lari dari catatan diari. Begitulah hidup ini. Beberapa perkara kami bincangkan, rata-rata soal masa depan masing-masing.

Ya aku sendiri, November ini tamatlah pengajian aku di USM. Mujahid pun sudah memasuki fasa praktikal di tempat pengajiannya di Selangor. Adikku yang sama-sama sempat merasa liku-liku hidup waktu kami kecil dahulu. Adik-adikku yang lain sedikit beruntung. Naluri aku kadang-kadang cemburu juga. Tapi harus aku tepis jauh-jauh. Wajib barangkali. Biarlah kami yang di atas ini sahaja yang merasa. Aku, Mujahid dan along.

Pelik benar rasanya, kawan-kawan mungkin rapat dengan adik masing-masing. Tapi aku lain sedikit. Inilah kali pertama aku menceritakan apa yang aku pendam selama ini. Benar sekali. Aku jarang bercerita dengan dia. Mungkin sampai waktu. Besar sudah. Aku sendiri tak sedar entah bagaimana segalanya terpacul dari mulut untuk bercerita. Segala yang pahit. Yang manis tentulah selalu dikongsi. Terima kasih De, kerana mendengar. Nasihat yang awak beri, Insyaallah tak perlu kita putus asa dengan Rahmat Tuhan. Perlu berusaha bukan?

Cuma, aku sendiri pun tidak mampu untuk bertahan. Ada masa aku rebah juga. Aku tahu. Kesabaran sahajalah yang dapat mengatasi segalanya. Aku gembira dalam masa yang sama. Terima kasih Tuhan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Boleh diterimakah?

Apabila bertebaran maklumat dalam Bahasa Melayu sama ada di ruang maya mahupun di media cetak sebenarnya bagi aku menarik minat golongan yang tidak memahami Bahasa Melayu untuk memahami bahasa itu sendiri tidak kira apa pun tujuan golongan tersebut. Percaya atau tidak dewasa ini walaupun Malaysia, Indonesia, Brunei yang masih menggunakan bahasa ini walaupun ada sedikit perbezaan namun antara tiga negara ini kita masih dapat memahami gaya bahasa masing-masing. Melihat Indonesia yang lebih besar berbanding Malasia dan Brunei tentunya dapat menggerunkan dunia dengan kemantapan bahasa tersebut. Pada pendapat aku satu kesilapan besar jika ada antara kita yang masih mahu bermusuhan antara satu sama lain. Aku sendiri pernah bertemu dengan laman-laman web seumpama yang dilihat cuba memecahbelahkan kita yang pada asalnya serumpun. Sedangkan tidak diketahui secara hitam putihnya kerana tiada profil pengenalan diri siapa sebenarnya menjadi 'admin' bagi laman tersebut.

Bagi aku pihak penghasut dunia ini sememangnya itulah tujuan mereka tidak mahu melihat kita sebagai negara Islam bersatu. Percaya atau tidak dengan bahasa itu sendiri kita dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik kerana terdapat persamaan. Apabila wujud persamaan maka lahirlah sifat kasih sayang yang secara tidak langsung mengeratkan silaturrahim antara kita. Seterusnya penyebaran Islam itu terus-menerus berlangsung tanpa henti. Kita bukan sekadar mahu meng'islah' iaitu memperbaiki akhlak umat Islam sahaja, malah kita seharusnya menyebarkan Islam itu. Sedangkan binatang yang cuba menghampiri api pun kita mahu menyelamatkan binatang tersebut, mahukah kita membiarkan kawan-kawan sekeliling memasuki neraka. Nau'zubillahi min zalik.

Benar, dengan teknologi masa kini, sudah ada perisian komputer yang boleh terus menterjemah pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, sekurang-kurangnya kita tak mahu anak bangsa yang akan datang sudah tidak tahu apa maksud ayam, anjing jika selalu disebut chicken,dog. Oh parah sekali jika begitu jika nasi pun asyik dipanggil rice itupun jika makanannya nasi, tengok-tengok hanya tahu piza dan donut, itu pun dieja doughnut dalam bahasa Inggeris, sedangkan bahasa Melayu sudah menggunakan donut dalam kamus.

Walaupun aku sendiri masih tidak dapat memahami kaitan yang setepat mungkin antara Islam dan Bahasa Melayu, setidak-tidaknya bahasa inilah juga yang memanjangkan lagi peluasan dan penyebaran agama Islam di nusantara. Sedangkan rakyat di Patani, Yala, Narathiwat dan Songkhla dihalang oleh kerajaan Thailand untuk berbahasa Melayu itupun secara curi-curi mempelajari tulisan jawi, kenapa kita di Malaysia tidak mahu menyanjung keindahan asal bahsa tersebut. Terus-terang aku suka mendengar ibu dan nenek di kampung berbual kerana aku dapati perkataan-perkataan yang mereka gunakan ada ketinggian ilmu bahasanya dari segi perbendaharaan kata. Contohnya mak aku sendiri masih menggunakan ayahanda, anakanda, bonda apabila menulis. Sehinggakan aku hendak menghantar kad raya ke rumah pun aku ditegur supaya sentiasa menggunakan kata nama yang bersesuaian kerana menurut beliau ayahanda dan bonda itu merujuk betapa tingginya nilai murni dalam konteks menghormati orang yang lebih tua.

Tajuk ni agak serius, masih boleh dipanjangkan lagi huraian, contoh dan rujukan supaya lebih ilmiah dan mendidik jiwa nusa bangsa. Sekian, terima kasih. Terasa seperti sedang menjawab kertas peperiksaan LKM 400 iaitu kertas Bahasa Melayu yang wajib diambil oleh pelajar USM untuk layak bergraduasi. Terima kasih Puan Safiah atas tunjuk ajar.

*Riwayat asal ditulis pada 24 Ogos 2009. Peperiksaan semester ini bermula 4 November sehigga 20 November untuk subjek Kimia Fizik, Psikologi Kesihatan dan Statistik untuk pelajar sains.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sayang dan cinta

Kemampuan Allah mencintai makhluk tak sama dengan kemampuan cinta manusia, manusia tak dapat nak capai kasih sayang tersebut

sedangkan Yahudi itu sekalipun, mereka dapat kuasai dunia, kaya raya, cerdik kerna Allah beri kasih sayang pada makhluk-Nya. Boleh makan, boleh minum, walaupun mereka menentang Umat Islam.

Kerana Allah sayangkan firaunlah Allah utus Nabi Musa

Bagaimana Nabi Muhammad ada "jiwa dakwah" walaupun dikeji oleh seseorang, Nabi tetap sayang orang tersebut.

Kita benci perbuatan seseorang tetapi jangan sampai kita benci orang tersebut. Tengok muka pun rasa benci. Astaghfirullahalazim, layak kah kita membanci makhluk ciptaan Allah.

Cinta yang harus dititikberatkan ialah cinta yang boleh bawa kepada erti pengorbanan. Cinta Allah sememangnya memerlukan pengorbanan. Cinta manusia boleh berkurang. Walaubagaimanapun cinta Allah kita mesti usaha bagaimana kita sanggup berusaha untuk mencapai cinta manusia, kenapa kita rasa segan, malu untuk mencapai cinta Allah, usaha dakwah kita masih nak perlekeh. Jangan perlekeh usaha dakwah orang, tapi tanya diri sendiri, gerak kerja apa yang kita dah buat.

Kenapa kita masih memiliki ruang-ruang yang banyak untuk kepentingan diri sendiri berbanding masa pengorbanan untuk cinta kepada Allah

Kita jangan ingat kita seorang sahaja yang ada masalah, sebab itu, saat berdoa mohonlah bantuan supaya Allah membantu kita dan orang lain yang mempunyai masalah yang sama.

Al-Maidah ayat 54, rujuk nanti...

"O ye who believe! if any from among you turn back from his Faith, soon will God produce a people whom He will love as they will love Him,- lowly with the believers, mighty against the rejecters, fighting in the Way of God, and never afraid of the reproaches of such as find fault. That is the grace of God, which He will bestow on whom He pleaseth. And God encompasseth all, and He knoweth all things" Al-Maidah : 54.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenapa aku pilih?

Hari ni hujan lebat sungguh, cabaran betul. Kisah di seminar. Memandangkan aku dan Dayah sampai agak lewat, aku tak 'jot down' pun apa yang Brother Joannes Lukas bagi 'talk' tentang 'Liku-liku pengalaman saudara baru'. Yang aku ingat dia ada beritahu beberapa kelemahan institusi agama yang lebih banyak menyukarkan orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Sebenarnya mudah sahaja.

Kemudian, Cikgu Kamarulzaman beri 'talk' tentang 'Bencana Tinggalkan Dakwah'. Katakanlah kita melihat anjing yang sedang dalam kesusahan, sebagai manusia normal kita secara refleksnya akan mempunyai sikap prihatin pada anjing tersebut dan cuba menyelamatkan anjing itu. Tapi takkan sedikit pun tidak kita rasa kasihan dengan kawan bukan-muslim, takkan kita nak biarkan mereka masuk neraka? Mesti kita mahu melihat mereka masuk syurga kan. Aku tertarik dengan Cikgu yang mengajar matematik ni buat kiraan multi-level-marketing. dalam surah al-baqarah ayat 261. Katakan setiap biji benih boleh dapat 700 biji.

Kalau 700/1 x 100% = 70 000 %,

maknanya kita dapat 70 000 % pahala hasil dari aktiviti kita menyampaikan dakwah ni. Orang yang memberi alasan tidak mahu berdakwah harus melihat surah Al-Ashr ayat 1 hingga 3 iaitu kita mesti beriman dan beramal dan berpesan-pesan degan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dalam quran tidak kata beriman atau beramal atau berpesan-pesan dengan kebenaran atau berpesan-pesan dengan kesabaran.

Seterusnya Syaikh Abdullah pula memberi 'talk' tentang 'Tangan-tangan yang mengubah dunia'. Beliau merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Jarak Jauh. Beliau menyatakan menurut Yusuf Qardawi, muslim itu ialah pemilik, pewaris dan pemikul. Tangan-tangan yang menggoncang dunia boleh jadi orang yang muda. Contohnya ialah Muhammad Al-fateh yang masih muda dapat membuka Istanbul. Sejarah telah membuktikan kejayaan Islam bukan sahaja berlaku pada zaman nabi, sahabat, tabiin, tabi' tabiin sahaja. Syeikh Abdullah menekankan muslim hari ni perlu menjaga asas (basic) iaitu seperti Solat SUBUH! 'Basic' ni. Malu dengan diri sendiri sebab 'basic' pun tak jaga.

Selepas itu, Ahmad Nadhir Yop, pelajar tahun 3 Botani minor Agama Islam pula membentangkan tajuk 'Dakwah Kotemporari' secara ringkas. Nadhir menekankan aspek keberkatan menuntut ilmu dengan cara menjaga adab berguru. Juga hidupnya ilmu hanya dengan amalan. Barulah penghayatan tu dapat diperoleh. Aku 'respect' 'gak' dengan Nadhir ni walaupun dia muda dari aku, tapi pengetahuan dia ni 'superb'! Boleh tahanlah. Malunya dengan diri sendiri. Apa yang aku tahu!. Ya Allah.

Lepas tu rehat. 'Lunch'. Nasi tomato. Kemudian balik desasiswa solat zuhur. Dekat jam 2 hujan lebat semula. Terpaksa tunggu reda, pi semula seminar. Tapi Brother Joannes Lukas dah mula 'talk' tentang 'penampilan diri pendakwah'. Beliau menerangkan cara berpakaian, cara berinteraksi, cara berkomunikasi dengan madu' dan juga bukan-muslim. Biar kemas. Cara berjalan dan duduk biar betul postur. Katanya walaupun nampak remeh hal-hal begini, sebenarnya perlu dititikberatkan sebagai pendakwah. Aku teringat 'talk' pasal nak pi 'interview'. Lebih kurang, bagus juga cara-cara dipraktikkan untuk tujuan dakwah. Bayangkan la kalau pendakwah pun berpakaian tak tentu hala, guano nak ajak orang dekat dengan Islam ya tak.

Kemudian dalam jam 3.15 petang, Cikgu Kamarulzaman sambung 'talk' tentang 'saudara baru'. Beliau pesan kita jangan mempersoalkan HASIL dakwah, tapi berusahalah untuk meneruskan GERAK KERJA dakwah tu.

Perkara penting apabila membawa bukan-muslim untuk mendaftar.

1. Jangan biarkan bukan-muslim tu pergi seorang diri
2. Ajar mengucap patah demi patah perkataan (usah melulu)
3. Keperluan salinan kad pengenalan dan 4 keping gambar (walaupun ni urusan dunia ja, tapi kita kena 'follow' la peraturan kat Malaysia)

Balik, solat maghrib, isya'. Jam 9.00 keluar semula pi seminar lagi. Tajuknya 'Mengapa Islam Pilihanku' oleh Brother Joannes Lukas. Beliau ceritalah betapa 3 tahun merahsiakan dari keluarga yang kuat Kristian bahawa dia dah memeluk Islam. Dia beritahu family dia masuk Islam pun melalui surat. Pastu ada la cerita tentang trinity sebenarnya ada dalam surah Al-Maidah ayat 73. kata Bro dalam Bible tak de pun cerita tentang trinity secara jelas sebab kristian sendiri tak pasti..banyak percanggahan Yesus tu anak Tuhan atau Tuhan? Kenapa disalibkan? Pembunuhan Nabi ISa ada dijelaskan dalam An-Nisa ayat 157.

Huhu, sampai sini dulu ya. Aku suka seminar hari ni. Rasa tenang ja masa pergi dan masa balik. Insyaallah. Aku tak salah pilih nak ikut Dayah pi seminar ni. Aku pilih sebab aku tahu aku mesti memilih untuk pergi. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah jua, dan kelemahan itu adalah kekurangan aku sendiri. Aku tahu aku tak boleh tunggu diri aku sempurna baru aku boleh ajak orang lain, sebab kalau kita mengajak orang sebenarnya dengan sendiri nya kita juga memandu orang ke arah kebaikan sambil mengingatkan diri sendiri. Wallahua'lam.

* Riwayat asal ditulis pada 2 Ogos 2009. Ah lambatnya aku!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...