masihkah aku bertanya kenapa?

"Adik-adik pun nak belajar juga, tak sempat nak tolong nanti"

Ayat ni buat aku nangis. Sebab aku dah susahkah sekali lagi. Sama waktu aku di Pasir Salak dulu!

"Allah dah tentukan jalan hidup aku, sebab-musabab yang berlaku yang membezakan cara pandang aku terhadap keadaan tersebut"

Aku berhenti menangis sebab ayat ni. Ayat sendiri je pun. Eh silap. Ayat dalam buku tulisan Ustaz A. Ustaz A menulis pandangan tentang Perang Teluk antara Baghdad dan Kuwait pada tahun 1990. Eh masa tu aku baru berumur tiga tahun waktu perang tu.

Kenapa susah sangat nak bersyukur. Kenapa susah sangat nak bangun semula. Macam dulu. Kenapa susah sangat nak mohon doa dan pertolongan tu pada Allah Tuhan aku. Ah aku sendiri yang lupa dengan kewujudan-Nya. Masih tak percaya lagikah aku dengan qada' dan qadar. Memang sebab-musabab yang berlaku tu buat aku buta hati. Tak nampak langsung hikmah di sebaliknya.

Insyaallah, berhenti merungut! Andai ini Ramadhan terakhir, apa agaknya amalan yang aku ada untuk dibuat bekal. Solat aku tak jaga, makan minum syubahat aku tak peduli. Dakwah aku tak buat. Majlis ilmu akhirat lama aku tinggal. Dengan keluarga dan saudara-mara aku sombong. Dengan kawan-kawan aku terlalu merendah diri dengan keadaan duniawi. Ikhtilat aku tak jaga. Buat baik aku tak ikhlas, tak bersungguh. Tiga tahun di kampus apa amalan baik yang aku buat? Sekadar mendatangkan fitnah. Fitnah orang akan ingat sampai bila-bila malah jadi bahan gurauan. Kalau dikenang hanya buat air mata aku terus mengalir. Lupanya aku menjaga malu aku sebagai perempuan. Akhlak aku tak jaga sebaiknya.

Ada hikmahnya aku baca buku Ustaz A. Aku tak ingat langsung sama ada aku pernah atau tidak bertemu dengan Ustaz A. Kata Dr Af beliau sangat mengkagumi peribadi Ustaz A. Mungkin aku pernah bertemu, tapi aku tak ingat waktunya.

Perencanaan Allah tu ada sebabnya. Dalam waktu aku di hujung semester terakhir ni banyak betul informasi yang aku peroleh. Satu-persatu menerjah kotak fikiran tanpa aku rancang untuk mengetahuinya. Betullah kalau kita berusaha, Allah pasti tunjuk jalan. Masihkah aku mahu bertanya kenapa aku? Malu aku Ya Allah. Malu.

Rentetan tentang aku sebagai hamba dari esq training dan Ini Sejarah Kita, termasuk apa yang aku tahu tentang Patani, Turki, Divide and Rule, World Order semua tu ada kaitannya dengan kebangkitan dan kejatuhan Islam di muka bumi ini. Terang-terang semua tu dah tertulis. Teori Darwin tentang evolusi pun dah dapat dikecam dunia dengan adanya buku tulisan Harun Yahya. Masihkah aku bertanya.

Betullah kita mesti kaji kenapa ada kisah Ashabul-Kahfi tu. Allah mahu kita berfikir kenapa Allah kata dalam Quran Ashabul Kahfi tertidur dalam gua tu selama 309 tahun pada ayat 25 surah tersebut. Namun pada ayat 26 surah al-Kahfi, Allah beritahu berapa tahun sebenarnya mereka tertidur hanya Allah yang lebih tahu. Masihkah aku mahu bertanya kenapa?

Ya Allah, hanya Kau tahu kenapa ilmu itu kau berikan di hujung semester ku ini, selama ni apa yang aku buat seolah-olah sia-sia.

Aku sepatutnya bersyukur.

*Riwayat asal ditulis pada 23 Ogos 2009. =P.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...