Keluarga Gerilya, Daerah Zeni

Sekadar sedikit info buat kalian, aku mahu syorkan dua buah buku menarik. Keluarga Gerilya karya Promaedya Ananta Toer dan Daerah Zeni karya A Samad Said.

Keluarga Gerilya membawa pembaca ke zaman penindasan dan peperangan dahsyat di Indonesia tatkala menentang Belanda. Sebuah keluarga berjiwa besar gagah melawan musuh sehingga titisan darah terakhir. .


Daerah Zeni pula jujur aku nyatakan anda perlu benar-benar bersedia sebelum membacanya. Aku sendiri perlu mengulang bacaanku memandangkan kandungannya agak kritikal dan amat sukar difahami seperti novel-novel biasa.

*Daerah Zeni, tentang Lazri Meon, seorang penulis, anaknya Zeni dan Zedi membaca novel Lazri, aku seolah-olah turut membaca karya Lazri, sebuah karya perjuangan menentang Inggeris. Zeni dan Zedi menjadikan novel Lazri sebagai pembakar semangat yang tak ternilai. Zeni yang berpisah dengan suami dan Zedi yang cacat anggota. Aku sendiri kadang-kadang tersalah anggap dengan ceritanya. Sekejap tentang dunia nyata Zeni, sekejap tentang Zedi, sekejap sekejap tentang watak-watak dalam novel karya Lazri.

Selamat membaca! Insyaallah pada masa akan datang aku maklumkan judul-judul lain pula.

Di Masjid Ketari singgah Asar,
Pulang ke Karak menaiki kereta,
Fikir-fikir telah tersasar,
Perlu kembali pada Yang Esa.

Syahidah.
Kg Tok Muda.

Ringkas

Nothing much to share. One day, I'll tell you something here.

See you next time!

Syahidah.

Macam macam

26 Nov 2010

Abuya (bapa saudara), Cik Nab, Qilah, Yah dan Utik datang dari rumah Cu [ibu saudara]. Kebetulan Abuya ada kursus di Negeri Sembilan. Ambil peluang tidak berjumpa sewaktu Aidil Adha, maka menziarahi kami di Karak. Tak banyak cerita. Tentang Galas, =P, sudah semestinya, Cik Nab orang penting kempen. Hehe. Oh eh ah. Itu ini. Apa mengapa siapa Tuan Guru. UMNO PAS eh ah oh. Politik politik. Seronok dengar tentang politik. Sebab tak tahu nak percaya yang mana. Keh keh.

Sedikit tentang Korea Utara Korea Selatan. Kata abi Amerika yang untung sebab senjatanya berjaya dijual. Hadoi. Dasyat juga kalau dilihat senjata dan ketenteraan milik Korea Utara. Hebat. Menggerunkan. Hairan juga di Malaysia ni orang kita suka benar menonton drama Korea [aku sekali kah?]. Oh My Lady drama yang sedang dimainkan di TV 8 sekarang ni. Tapi kalau dilihat kenapa watak utama wanita mesti kurang cerdik, bermasalah, status ekonomi yang rendah, keluarga pincang dan segala perkara negatif yang lain. Dan yang pasti drama tu tak lari juga dari pengaruh Barat.

Sedikit tentang Sukan Asia. Ala, badminton kalah. Hoki kalah. Takraw pun. Tapi aku suka tengok orang luar boleh main takraw. Teringat sewaktu di Seri Bentong, Ustaz Zaki antara tenaga pelatih takraw sekolah. Cuma satu perkara yang tidak pernah aku setuju dengan soal pemakaian. Ya aku pun pernah terlibat dengan sukan waktu di USM, aha main kayak tu. Ya lah aku tahulah aku tak pernah menang. Tapi, terang-terangkan apalah guna negara kita Islam tu agama rasmi tapi soal pemakaian pemain tu tak menunjukkan langsung Islam tu kan. Ini bukan lagi tahun 1990, tapi 2010. Hairan, dalil mana pakai waktu bermain tidak perlu pakai tudung, waktu ambil hadiah boleh pakai tudung.

Ah eh oh.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Imbasan Aidil Adha

16 November 2010

Siap sedia soto untuk menu keesokan hari, petang tu abi beli lemang, maka sedikit rendang dimasak, Mujahid sampai rumah jam 9.00 malam. Dia cuti sehari sahaja iaitu esok. Kak Teh beraya di UMS tahun ni memandangkan sedang berlangsungnya peperiksaan semester pertama.

17 November 2010

Solat sunat di masjid Karak, seperti biasa, penuh, ramai. Tengahari along dan Kak Nisa tiba dari Selayang Indah. Jam 5 petang aku, Akmar dan adik ikut along dan Kak Nisa ke Felda Sg Koyan, Kuala Lipis. Selisih dengan Umi Na [ibu saudara sebelah abi] sekeluarga di persimpangan Bukit Fraser. Umi Na mahu balik ke KL semula memandangkan Ayoh Him [suami Umi Na] dan Oyum [anak sulung Umi Na] hanya cuti sehari iaitu hari ni. Sampai di Koyan ada mek [nenek], Abang Eyi [abangs saudara] dan Kak Fiza [isteri].

18 November 2010

Masih di Koyan. Sempat membedah sebahagian Islam dan Keamananan Sejagat, tulisan asal Sayed Qutb. Menjawab persolan mengapa Sayed Qutb menolak teori neorosis sosial Freud. Satu perkara penting yang perlu diambil berat memandangkan aku agak pelik kenapa teori tersebut masih diajar dalam silibus yang aku pelajari. Tidak selesa teori barat tentang hubungan manusia Barat diajar dan dimasukkan dalam kehidupan orang Timur yang pada dasarnya mengamalkan kesopanan. Sudah terang lagi bersuluh pandangan Sayed Qutb tidak boleh diketepikan.

19 November 2010

Ke Felda Lembah Klau, Raub, menjenguk Mak Ngah, Fizah, Acik, Zakirah dan Zuraidah. Acik agak ceria kali ni. Begitu juga Zuraidah [9 tahun] dan Zakirah [7 tahun]. Kematian Zurain [kakak sulung] Ramadhan dua tahun lepas tentunya memberi kesan mendalam buat keluarga Acik. Tidak berjumpa Mak Teh tahun ni memandangkan Idin perlu menduduki SPM pada tahun ni selain Pak Teh [polis] bertugas. Jam 6.00 petang pulang ke Karak.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Terpedaya dan pengaruh

Apa yang hendak ditaip, baca surat khabar hati jadi sakit, tengok tv bertambah-tambah sakit, adoih, tenat. Mari kita melihat secara santai. Pernah tak melihat kenapa iklan di kaca tv kebanyakannya menggunakan model perempuan dan juga kanak-kanak? Boleh tak kira berapa peratus yang modelnya hanya lelaki?

Kita lihat satu-satu. Model perempuan kalau tidak diseksikan tak sah. Tak berjaya iklan tu. Kalau ya pun dah ada model yang bertudung pakaiannya dan tingkah di dalam iklan-iklan komersial langsung jauh tersasar dari landasan. Pakai tudung tapi ya ampun. Itu belum cakap pasal drama dan lain-lain. Sebagai perempuan yang bertudung, aku pandang rendah dengan perbuatan tersebut. Memalukan perempuan bertudung lengkap. Konsep bertudung dan menutup aurat tak difahami. Bertudung ya sudah, tapi menutup aurat?

Model kanak-kanak? Sedar atau tidak model kanak-kanak dalam iklan sangat diperlukan. Kanak-kanak memainkan peranan dan pengaruh yang tertinggi terhadap kuasa membeli ibu bapa. Iklan akan menonjolkan gambaran yang menggembirakan apabila memiliki sesuatu produk atau perkhidmatan. Seolah-olah dunia ini miliknya apabila berjaya membeli. Mahukah kita terus menghidangkan paparan ini yang akan tersimpan secara bawah sedar dalam minda kanak-kanak yang sangat suka menonton televisyen. Dalam masa sejam, dah berapa jenis iklan ditayangkan iaitu barang atau perkhidmatan tersebut sebenarnya tidak diperlukan oleh isi rumah. Kanak-kanak adalah kumpulan yang sepatutnya paling kurang menonton.

Kronologi ini berterusan, pergi sahaja pasaraya, susun atur produk pula yang mempengaruhi kuasa membeli pengguna. Percayalah shopping complex memang sengaja dibina dalam keadaan berselirat tangga dan lifnya, anda akan berjalan dalam tempoh yang lebih lama di dalamnya supaya mata anda akan menangkap lebih banyak produk untuk dibeli, sedar-sedar lebih daripada sejam. Ruang berjalan kaki yang lebih luas menyebabkan anda berjalan lebih perlahan untuk melihat kiri dan kanan. Keselesaan yang anda rasakan sebenarnya memperlekehkan fikiran anda untuk mengatakan tidak terhadap barang yang tidak perlu. Oh, tenangnya di sini! Anda merasakan anda bahagia di dalamnya walhal anda sedang menipu diri sendiri dalam membezakan keperluan dan kehendak. Warna pada dinding yang lebih lembut berbanding warna produk meningkatkan kuasa membeli pengguna. Sambil tangan terus mencapai barang yang tidak perlu, kaki terus berjalan sehingga penat. Sampai di kaunter bayaran, ada pula barang-barang kecil di susun di rak yang juga turut dimasukkan ke dalam troli.

Masih tak nampak? Buka minda tu. Cuba semak resit. Dalam 10 barang yang dibeli tu memang semuanya kita perlukan? Aku jamin tidak. Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi kalau bajet anda rendah anda tidak sepatutnya berbelanja luar dari kawalan. Kalau bajet anda tinggi eloklah sedekahkan duit tu. Zakat jangan lupa.

Jumpa lagi!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Perindu pelangi, lentera mustika

Munirah dan Perindu Pelanginya!

Sebelum melelapkan mata, aku habisi Perindu Pelangi, hampir dua jam baru dapat diselesaikan. Watak Akil pasti dikenang-kenang pembaca kerana keperibadiannya. Hero malaya gitu! Muni membawa aku ke China, merasai keenakan makanan halal Sichuan, melawat Kota Larangan, mendaki Tembok China, mengenali Isador yang mencari kebenaran, tentang sejarah, tentang Islam, tentang keluarga.

Perkara yang menarik perhatian aku dalam novel ini ialah konsep saling memaafkan kepada orang yang iri hati dan berbuat jahat. Itulah yang selalu umi terapkan kepada kami adik-beradik. Jadi, seboleh-bolehnya, setiap kali aku terluka, aku renung dalam-dalam, aku cari hikmah jauh ke hadapan, supaya aku redha dengan perbuatan tersebut, dan semoga Allah mengampunkan dirinya.

Muni, seorang sahabat yang kukenal selama 13 hari sahaja, tapi ukhwah itu berlanjutan seolah-olah lama sudah kami berkawan. Perindu Pelangi baru sahaja aku baca walaupun telah dibeli enam bulan yang lepas. Terima kasih Muni walaupun tidak dapat membantumu melaksanakan tugasan terakhir sehabis baik sebelum keberangkatanmu ke bumi anbiya'.


Lentera Mustika, sebuah novel karya Nisah Haron aku terima pertengahan tahun ini, terima kasih PTS! Aha, Lentera Mustika pula memperkenalkan aku dengan dunia sastera. Ainur Mustika berusaha mengembalikan kegemilangan pantun supaya tidak pupus ditelan zaman. Pembentukan sikap menyayangi warisan bangsa yang jarang-jarang diperlihatkan muda-mudi.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Privacy

Tengok, kenapa aku tidak menyukai Facebook. Privacy setting Fb tidak boleh pakai. List of friends yang aku larang melihat gambar atau video aku yang ditag masih boleh tag aku. Tak faham betul. Ini kemarahan aku sebelum aku delete account tu a few months ago dengan bantuan Cik Farhana. But at the end, aku buat yang baru. Sedikit masa lagi aku padam la tu.

Anonymous, entah sejak bila wujud di blog ni, jadi aku rajin bertambah-tambah check stats. Tapi tak berapa nak berjaya pun. Aku masih tak faham bagaimana IP Adress tu berfungsi. Mula-mula tahu pasal IP ni sejak aku follow blog Sang Pelangi. Lagi terkejut bila tahu Kenit kenal tuan blog SP. Membantu juga entri menjejak penipu maya tu.

Sebenarnya tidak kisah sangat, tapi tau lah perasaan blogger apabila tidak tahu siapa yang membaca dan meninggalkan jejak pada entri tu. Sebab itu aku sendiri tidak lagi komen blog orang lain dengan tanpa nama ataupun nick name lain. Apa-apalah. Bimbang juga, manalah tahu aku pernah buat salah ke ngan anonymous ni, tu yang beliau menganonymouskan diri.

goggle image

Haha, teringat masa kat maktab, gara-gara tak rasa best dapat beberapa helai surat kat locker belakang kelas, aku balas nota terakhir "Don't disturb me". Siap budak tu cari aku masa aku kat universiti dengan message berbunyi, "Garang macam harimau". Hahaahahahaha. Aku apalagi delete nombor telefon beliau setelah aku menyimpan nombor tersebut.

Privacy seorang wanita. Cewahhh.. Ni aku mahu menegur kaum aku. sendiri. Jaga aurat, kawan. Sedih aku tengok korang slumber letak gambar chantekk kat Fb. Aku nak tegur-tegur lebih aku bukan mak ayah korang kan. The wrong is not in the religion, the wrong is in us. Wallahua'lam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Keistimewaan dan istiqamah



"Nanti, dah siap kakak tutup periuk ni ya, kacau sekali-sekala, api perlahan, "
Umi berpesan. Aku apa lagi tak keruan, baca e-novel, dah muka surat 162. Check periuk nasi. Check tudung saji. Perghh. Layan sepinggan nasi berlaukkan ikan goreng, sayur dan gulai udang masak cili api. Alhamdulillah. Nak buat apa lagi ni. Kuah kacang belum settle. Buka blog. Taip. Hehe.

Here it goes,

Aku sekarang sedang membaca dua buah buku. Ikut mood. Pertama. Islamic Civilisation : Real Perspective by Maulana Sadruddin Islahi. Translated by Dr Israr Ahmad Khan. Aku beli buku ni RM 5 je. Kat tempat buku-buku lama. Kat PKNS Shah Alam masa book fair this year. Aku beli sebab judul buku nilah. Tapi aku baru baca sampai muka surat 13. Gler pemalas. Hehe. Mula-mula sahaja dah bercerita tentang istimewa dan berbezanya kita sebagai manusia kerana Allah kurniakan aqal fikiran untuk kita berfikir sebaiknya.


Jika batu besar tergilincir menimpa seseorang lalu membunuhnya, kita tidak pula kata dia tak beraqal. Sekiranya sekawan lembu merosakkan tanaman, lalu memusnahkannya, memang sahlah binatang tidak boleh berfikir. Namun, sekiranya manusia melakukan sebarang tindakan yang membahayakan, dia akan dikatakan perlu bertanggungjawab daripada segi undang-undang,agama, pandangan masyarakat,dan sebagainya oleh sebab dia sedar dan ada reason kenapa dia berbuat jahat.

Islam at a Glance, Sadruddin Islahi, translated by M. Zafar Iqbal [Buku ni aku belum baca]

Buku kedua. Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Terjemahan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) seperti yang tertulis pada buku tersebut. Aku selongkar almari buku. Jumpa. Aku baca mukaddimah dulu. Belum masuk bab seterusnya yang berkisar panduan amalan harian dalam kehidupan seorang muslim, sebaliknya aku mahu menyentuh sedikit mukaddimah yang dijelaskan dalam buku tersebut.

Kitab asal adalah karya Al Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.

"Katakanlah wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik" Al-Kahfi : 103-104

Kita fokus, komited dan begitu berminat untuk mencari ilmu, tetapi andai pencarian itu untuk berlumba-lumba dan mendapat jolokan istimewa supaya dikenali oleh masyarakat, supaya dapat menambah kekayaan dunia. Sebenarnya, usaha tersebut hanya menghancurkan agama dan membinasakan diri, menjual akhirat semata-mata harta dunia.

Fikir-fikir ilmu cukup di dada, fikir-fikir banyak hal dah tau. Fikir-fikir selama ni dah banyak buat amal kebaikan. Kita tak sedar sebenarnya permainan syaitan begitu licik. Memperdayakan kita menuntut ilmu sedang niat kita tidak pernah ikhlas dalam berilmu. Lalu, walau setinggi gunung ilmu dicari, tak pernah ilmu tersebut kita amalkan. Sayang seribu kali sayang. Bersilih ganti masa berlalu. Amalan kita tak pernah bertambah, tetapi rupanya rasa tinggi diri yang tak disedari telah lama bersarang, memusnahkan hasrat dan keikhlasan hati yang mahu keredhaan Allah. Betullah istiqamah itu lebih penting daripada menuntut bertahun-tahun, jauh dari desa, tetapi amalan entah ke mana.

Wallahua'lam. Err, aku berhenti di sini. Aku nak pi dapur. Esok kakak ipar dan mertua along nak datang. Mesti along jelous tak dapat rasa. Haha. Relax bro. Kerja molek.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Cikgu gelabah

Cikgu, tu 13, salah!

Tu lah, cikgu gelabah, inilah hasilnya. Konon mahu menulis jawi, last last terbalik. Kenangan betul. Aku kononnya mahu menulis pantun untuk diletakkan di pintu kelas 3 Cekal. Almaklum, guru kelasnya bulan lapan baru nak hias kelas. Itu pun secara rela hati sebab kebosanan tinggal keseorangan di rumah sewa. Housemate balik kampung.

Tapi jujur, pantun tu aku reka, bukan saja-saja, pandai-pandailah kalian fahami satu-persatu, terutama baris ketiga.

Baris pertama, ialah kalau masuk rumah orang bagilah salam, kalau nak menyampuk kawan-kawan sedang bersembang, ataupun ada kumpulan sedang berbual, bagilah salam, barulah nampak bersopan santun dan baik budi pekerti.

Baris kedua, sepatutnya 31 aku salah tulis 13, mujur anak murid aku si Syahir Akmal menegur, aku apalagi buat muka selamba tak bersalah, cepat-cepat aku ke bilik guru cari kertas, nak tampal, nak betulkan, sempat aku tanya guru besar nombornya. Tapi aku tetap tak puas hati dengan tarikh kemerdekaan kita 31 Ogos. Aku nak je tau apa agaknya isi perbincangan masa mereka di London tu.

Baris ketiga, satu perkara yang makin pudar dalam kalangan masyarakat kita hari ni, sedih weh, sedih, aku nak terang bab tauhid secara terperinci aku bukanlah ahlinya, tapi kan satu je, kalau dalam setiap hati kita ini ada rasa Allah perhatikan, Allah mendengar, Allah melihat apa yang kita buat, confirm tak payah susah-susah kita sakit hati dengar cerita masalah sosial, kes bunuh sana sini. Seram dibuatnya. Islam tidak diamalkan dalam kehidupan.

Baris keempat tu aku nak bagi patriotik sikit, aku memang warganegara Malaysia, begitu juga abi dan umi, jadi sejak dua menjak aku dah berumur 20 tahun ke atas ni, aku nak lah juga Malaysia ni aman makmur bahagia damai. Porak-peranda tahu. Aku keluar rumah pun tak seberani dulu-dulu. Aku belajar kat Perak, Melaka, Pulau Pinang sebelum ni, makin lama makin aku nampak kita ni dah lupa asal-usul. Pakaian kita, cara bercakap kita, hormat kita kepada orang tua, kepada guru. Jadi cikgu ni tahulah perangai budak zaman sekarang. Menangis aku dibuatnya, sedih sebab latar belakang keluarga, budak-budak buat hal di sekolah.

Satu je lah, memang aku gelabah bila budak-budak ni nampak kesalahan aku. Percayalah walaupun dia budak, kita tetap kena dengar apa yang dia nak cakap, sebab belum tentu kita ada sijil pelajaran sana sini arif dan tahu dalam semua perkara. Budak pun boleh jadi guru kepada diri kita. Janganlah sombong. Tak rugi pun kita, sekali-sekala duduklah, renung sikit, bukan berangan, cari hikmah.

13 ke hari merdeka Syahidah oitt!

Aku dah membebel kat sini. Takdir yang Allah tentukan kita kena redha. Semoga kita dijauhkan daripada sifat kufur dengan nikmat-Nya yang tak terhingga. Aku cuba mencari hikmah. Wallahua'lam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Pesan

Kawan,
Pesan umi abi kau mesti ingat.

Islam tidak pernah menyusahkan umatnya,
malah memudahkan.

Solat wajib ditunai,
Puasa? cukup?

Ada, syukur,
tiada, kenapa dirisaukan?
Allah Pemberi Rezeki.
Kita,
perlu berusaha.

Mendahulukan yang tua,
diam lebih baik,
elak sengketa,
tanda hormat kita.

Berkawan,
biar ramai,
musuh, tak mahu dicari.

Indahnya,
bila Islam kita amalkan.

Hari-hari terakhir,
Al-Farabi, Meru, Klang,
15 Ramadhan 1431 H.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Macam sampah!

"Apalah orang sekarang, buang anak macam sampah"
Ungkapan yang mudah sahaja disebut oleh sesiapa pun pada waktu ini. Berita menyedihkan ini seringkali kita tonton di kaca televisyen. Itu sahajakah akal fikiran kita ini mampu terjemahkan maksud di sebalik kejadian-kejadian sebegitu? Sedarkah kita telah jauh meninggalkan makna sebenar hidup sebagai muslim secara menyeluruh.

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi


KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.

Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.

Sumber Berita Harian

Cinta



Aku rindukan kedamaian dan ketenangan berada dalam mahabbah dan kecintaan teragung di atas nama Islam, semoga aku, keluargaku, teman-temanku terus-terusan dikelilingi dengan suasana ini.

Al-Farabi, Meru, Klang
9 Ramadhan 1431 h
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiga


Pertama, suka latar belakang buku!


Kedua, aku dilema!

Ketiga, aku mahu kembali ke kampus!

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Nostalgia dalam diri

10 Julai 2010, aku, Farhana, Nadirah, Kak Huda dan suami menonton Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Shah Alam. Apa yang pasti mengalirnya air mataku malam itu bukan kerana merasai kesakitan saudara di Gaza. Malunya! Aku terkenangkan nostalgiaku lewat tahun 80-an sewaktu lagu khas buat Ustaz Asri Ibrahim diperdengarkan. Kenangan waktu kecil yang sukar diungkapkan dengan kata-kata mahu pun tulisan.


Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Menggamit rindu

Menangislah kerana tidak menangis takut akan Allah.

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Isabella lagi

Salam semua,

Baru-baru ni 4 Julai 2010 aku sempat ke Pesta Buku Selangor bersama-sama Farhana dan Kak Ada. Perancangan awal hendak jadi guider untuk Muni tapi tak jadi daa. Muni dengan Perindu Pelangi! Seharian jugalah kami di PKNS Shah Alam. Alang-alang aku di PKNS aku bertanya dengan pihak kedai buku Marwilis yang suatu ketika dahulu pernah menerbitkan Isabella versi Bahasa Melayu.

Menurut staf di Marwilis, mereka tiada lagi simpanan Isabella. Dan katanya lagi, aku bukanlah orang pertama yang bertanyakan tentang novel tersebut. Sayang seribu kali sayang. Sedang aku asyik melihat buku-buku di ruangan syarikat PTS dan Al-hidayah, aku bertemu Isabella di sana. Penerbitnya Kharisma Network Sdn Bhd. Lihat!

Isabella.

Anda boleh beli secara online di Kedai-Buku.com. Aku tahu, novel ini ramai peminatnya, berdasarkan statistik blog aku yang menggunakan enjin carian dengan kata kunci Isabella dan penterjemah novel (Abdullah Hussain) ini. Diharap entri kali ini membantu kalian.

Jumpa lagi!
Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Nak jadi mat rempit!

"Cikgu, bila besar nanti saya nak jadi mat rempit"
Tangannya ligat menulis, sambil bercerita dengan nada bersahaja. Ada pula penyokong di sebelah.
"Haah cikgu, saya pun sama, nak ada awek cun kat belakang"
Aduhai anak bangsa, kasihan kalian, persekitaranmu semakin berkembang dengan nilai-nilai di luar keperluan insani. Itu belum aku ceritakan ada yang menyebut tentang rogol dalam kelas Bahasa Melayu. Hendak dimarah, tidak boleh, si anak bangsa pasti tidak memahami apa yang dilontarkan dihadapanku. Beristighfar aku sungguh-sungguh. Berkasar bukan cara terbaik untuk memperbetulkan kesalahan. Diam bukan bermakna aku setuju, tetapi memberi ruang sesaat untuk berfikir sebelum menegur. Teguran biar berbekas.

Berbezanya kehidupan anak-anak yang lahir di abad ini. Entah apa yang terkumpul dalam pemikiran mereka secara tidak sedar. Sebab itu, di Amerika Syarikat kanak-kanak di bawah umur dua tahun diharamkan daripada menonton televisyen. Bagaimana liciknya musuh kita berusaha bersungguh-sungguh meletakkan kanak-kanak sebagai agen pengiklanan kebejatan yang terbaik.

Pemandangan biasa ketika ini, sambil si ibu sibuk menguruskan rumah tangga, bayi / anak kecil dengan mudahya dibiarkan berbaring di hadapan kaca televisyen. Mungkin benar, sekadar dibiarkan menonton kartun ringan. Sedar atau tidak berapa banyak elemen negatif yang wujud di antara setiap babak yang dipaparkan dalam sesebuah cerita atau rancangan di televisyen. Dan setiap elemen ini akan terus dihadam oleh anak-anak ini sedangkan mereka tidak memerlukan televisyen sebagai ganti terhadap keperluan kasih sayang.

Mungkinkah pembangunan jiwa sering dilupakan oleh kita mutakhir ini?

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Keluarga baru

Alhamdulillah.

Tahniah along dan kak nisa, selamat berbahagia..
Sedar-sedar dah ada kakak ipar pun, hmmm walhal dulu kami sepuluh beradik kecil lagi dijaga umi dan abi...Masa akan terus berlalu. Pantas. Semoga along dan kak nisa dapat hadapi dengan tenang keadaan sekarang. Along bekerja di Sabah, kak nisa masih di Selangor. Masih perlu menyudahkan pengajian master yang berbaki. Terasa pula mahu ke Sabah.

Oh ya, tahniah kak teh, kerana dapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah 3 Julai nanti. Semoga berjaya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Cerita cikgu

Farabi oh Farabi.


Salam, sekali-sekala berpeluang menaip di sini, mengubat kerinduan pada laman maya yang terusik dengan madah-madah ringan sendiri. Seronok menjenguk taman-taman indah sahabat-sahabat blogger yang lain, satu-persatu dibaca sepantas yang boleh.

Berbezanya ruang waktu yang ada semasa masih di kampus dan alam pekerjaan untuk aku isi dengan menjengah ruang maya. Aku gagahkan juga untuk menulis hari ini. Aku mulakan dengan cerita aku di sekolah.

Setiap pagi tugasku mengajar dan memperbetulkan bacaan Iqra' dan hafazan surah-surah yang ringkas anak-anak Tahun 2 hingga Tahun 5. Aini, Umairah, Maisarah, Izyan Mufid, Mustaqim, Hafiz, Farez, Ainina, Atirah, Akmal, Hadi, Izzuddin dan Safiy. Alhamdulillah, tidak sukar aku mengurus mereka selama 1 jam. Kagum dan senang hati sekali bersama mereka. Begitu mudah anak-anak ini menghafal dalam masa yang singkat. Insyaallah aku doakan mereka menjadi anak pintar soleh yang Islam perlukan. Bagus juga pihak pentadbiran sekolah mewajibkan semua guru terlibat dengan kelas sebegini walaupun sebenarnya aku hanyalah guru subjek Bahasa Melayu, Sains dan Kemahiran Hidup di sini.

Beratur menunggu giliran.

Sesudah itu, dari jam 8.30 sehingga 2.30 petang seperti sekolah-sekolah yang lain, sesi pembelajaran diteruskan. Anak-anak Tahap 1 akan berhenti untuk solat Zuhur pada jam 1.30 petang bergilir dengan Tahap 2 yang akan solat jam 2.00 petang. Perkara penting buat guru-guru ialah memantau anak-anak berwhudu' dan solat dengan cara yang betul. Nama pun budak, banyaklah ragam mereka.

Siapakah guru?

Ada yang kata selagi kita belum terlibat dengan dunia pendidikan ni, kita tidak boleh mempersoalkan tindakan guru-guru. Mungkin ya mungkin tidak. Pengalaman aku mungkin terlalu sedikit untuk membicarakan persoalan ini secara menyeluruh. Tetapi aku terasa jugalah kalau ada yang tidak mahu menghargai guru. Sedangkan sesiapapun kita ini, guru itulah membolehkan kita menjadi ORANG! selain ibu dan bapa kita sendiri. Bukan mudah untuk menubuhkan sebuah sekolah yang bebas dari sekularisme dan juga isme-isme yang boleh memusnahkan hasrat dan impian untuk melahirkan manusia pintar soleh. Mendidik dan mengajar. Pekerjaan dua dalam satu yang hanya dapat dirasai oleh seseorang yang bergelar guru.

Nota : Rindu betul dengan cikgu-cikgu zaman sekolah. Terima kasih buat guru-guru di Tadika Islam Taman Sentosa (Raub), Maahad Tarbiyah Luqmanul Hakim (Raub), SK Tuanku Fatimah (Bentong), SK Karak (Karak), SMK Seri Bentong (Karak) dan MRSM Pasir Salak (Perak). Tidak lupa pensyarah di Kolej Matrikulasi Melaka (Melaka) dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (Pusat Pengajian Sains Kimia). Errr, macam ucapan rayalah!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tentang kawan

Salam,
Pastinya kita akan merindui kawan yang selalu mengingatkan kita supaya berbuat kebaikan.Mungkin kita sensitif dengan teguran dan kritikan seseorang yang bernama kawan. Namun, itulah yang terbaik. Kita tidak mungkin dengan mudah dapat koreksi kesalahan sendiri.









Hantu buku

Salam,
Tak lengkap rasanya diri ini, jika dalam seminggu aku tidak menyentuh langsung bahan bacaan. Alhamdulillah, ada sahaja yang datang. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengirimkan nota penting buat diri.
Aku mudah bosan, sekiranya dalam seminggu aku hanya boleh membaca RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) atau buku-buku murid yang tidak bertanda. Aduhai, tak boleh hidup! Jadi, setiap kali keluar, apalagi singgah sahaja kedai buku berdekatan. Habislah sekurang-kurangnya RM 25.00. Jadi, agak sedih kerana aku belum pernah mengunjungi Pesta Buku di PWTC baru-baru ini. Hendak menangis dibuatnya. Ada mesyuarat PIBG pada hari yang terakhir dan aku sangat sibuk pada hari-hari yang sebelumnya.
Oh, bantulah aku. Rindu Bau Pohon Tin pemberian Kak Wani sudah lama dihabiskan dalam bas bulan lepas. Minggu ini perlu selongkar 'perpustakaan' nampaknya.
P/S - Aku sangat mengalu-alukan kiriman soft copy sebarang bahan yang menarik untuk dibaca. Sahabat-sahabat yang rajin tag nama aku di Facebook, terima kasih ya.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Pesanan

Malam ini, di saat kita hampir terlelap, fikiran bangsaku terus terjajah, jiwanya mati, fizikalnya lemah,
tanahnya dirampas, maruahnya dicabut. Maka, mampukah lagi tidurmu lena,
jangan pernah berhenti berfikir, tentang apa yang patut aku buat, untuk masyarakat, untuk Islam.
Kerana tidak berbuat apa-apa itu adalah satu dosa.
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
Salam ukhwah, salam realiti
Untuk keluarga Akademi Dakwah, API

Amir AD

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya,
andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah,
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,
Sedikit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga,
Andai rebah bangkitlah semula,
Andai terluka, ingatlah janjinya

Ana AD

Tak perlu takut, bimbang dan ragu-ragu dalam menghadapi hidup ini,
kerana betapa sukar pun hidup ini,
ianya tidaklah lebih dari apa yang Allah tentukan
dan tak kurang juga dari yang Allah telah tentukan
Yakinlah Allah menguji hanya setakat kemampuanmu
U can handle it, You can be okay
Insyaallah

Kak Wahid AD

Sesungguhnya perjalanan seorang dai'e itu sangat panjang dan melelahkan.
Ketika itu orang lalai akan hairan melihat dai'e menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya
"Sampai bila kau akan melelahkan diri?"
Jawab dai'e dengan pasti
"Sebenarnya aku mengharap pengistirehatan (syurga)"
Al-Fawaid- Ibnu Qayyim
Orang yang menegakkan kebenaran, dia dihina, dicaci,
namanya tercemar, ramai yang menentangnya, tapi kita mesti ingat kita berjuang bukan untuk mendapat nama disisi Allah,
biar makhluk tak suka tetapi kita mendapat redha-Nya
Selamat berjuang wahai pembantu agama Allah

AD Ifwat

"Apabila kamu melihat di hatimu terdapat kekasaran, maka duduklah bersama orang-orang yang suka
mengingatkan Allah dan bertemanlah dengan orang-orang yang zuhud"
Ahmad b Ubai al-Hawari al-Dimasyqi.
Salam tahun baru Islam
Semoga tahun baru yang akan datang, akan mengingatkan azam untuk mendekatkan diri pada
PENCIPTA,
dan semoga apa yang telah dilalui menjadi ujian dan ambillah i'brah dari setiap yang berlaku,
itulah tanda kasih dan sayang dari-Nya

AD Muni

Semalam kita hadapi dengan kepayahan, tahun yang berlalu tak mungkin akan kembali
hanya sinar esok yang bakal kita tempuhi
hiasilah tahun baru dengan keteguhan iman di dada
Semoga kita akan sentiasa dirahmati-Nya
Salam Maal Hijrah

AD Samiha

Verily in remembrance of Allah does the heart finds peace and rest.
Salam tahun baru hijrah

AD Eqa

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Aku mahu jadi jutawan

Salam,

Alhamdulillah, tamat sahaja pengajian aku di Universiti Sains Malaysia pada bulan November yang lalu, aku mula bekerja sebagai guru di Meru.

"Sekolah swasta? Mesti gaji kau tinggi kan?"

Sahabat-sahabat yang mengetahui terus sahaja melontarkan persoalan gaji. Aku tak tahu hendak kata apa lagi. Tidaklah mereka ketahui realitinya bukanlah begitu.

"Ustazah ya sekarang?"

Aduhai, segan aku dibuatnya. Jujur, aku tidaklah mengajar subjek agama di sekolah. Namun, penampilan aku yang agak berbeza sebelum ini membuatkan sahabat-sahabat bertubi-tubi menyerang aku. Opps. Tidaklah sampai begitu teruk. Biasalah. Err, panggil aku Cikgu Syahidah sahaja ya. Aku segan. Tahu.

Bersyukur aku. Setelah tiga bulan di sini, bukan sahaja aku berpeluang untuk mendidik anak-anak ini malahan aku juga turut ditarbiyah secara tidak langsung. Usrah guru yang mesti dihadiri bersama Majlis Latihan Perguruan sekolah banyak menyedarkan aku supaya lebih memahami erti kehidupan sebagai pendidik. Walaupun abi (ayahku) sendiri seorang guru sejak tahun 1982 yang lalu, sebelum ini aku sememangnya tidak begitu peka dengan tugasan beliau.

"Jadi guru ni, kalau hendak jadi jutawan dunia tentulah lambat lagi, tetapi, mahu jadi jutawan akhirat, Insyaallah. Berusahalah ke arah itu"

Masih aku ingat pesanan tersebut hingga ke hari ini. Hidup bersederhana tetapi penuh keberkatan itu lebih baik daripada aku dikelilingi kemewahan tetapi sering gusar akan berkurangnya harta tersebut.

Doakan aku sentiasa ikhlas dalam tugasan aku di sini kerana aku tidak kuat untuk mengharunginya sendiri. Semoga kalian sentiasa mengenang jasa guru. Jika tidak, siapalah kita.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Hobi gila

Dalam mengetahui sesuatu perkara, Umi selalu kata,

"Kakak, belajar sains cuba kaitkan dengan Islam"

Serius, aku tak tahu apa yang aku boleh kaitkan Kimia dengan Islam masa tu. Langsung. Pengetahuan untuk mengaitkan Kimia dan Islam aku kosong. Aku senyap setiap kali umi berkata. Aku nak cakap apa.

Namun, hobi gila tetap diteruskan. Bak kata ayah Nik Nur Madihah, pelajar terbaik SPM 2008,

"Belajar bukan sebab nak jadi doktor, jadi peguam, jurutera, itu cita-cita orang nak makan gaji. Tapi, tanam azam sebab nak jadi orang cerdik, Insyaallah kerja akan datang sendiri" Catatan Hati Nik Nur Madihah, Hijjaz Records Publishing.

Jadi, aku tak pernah rasa rugi dengan membaca. Kalau rasa nak jadi gila. Satu perkara

Pantun kenangan yang aku tinggalkan buat bekas pelajar di Meru, sempena sambutan Kemerdekaan Ogos yang lalu, bila aku mula menulis pantun, ia bukan saja-saja, tapi aku sangat memaksudkannya.

Ke pekan Meru berjalan-jalan,
Terjumpa pula kawan lama,
Sambut merdeka sama raikan,
Ayuh hapuskan penjajahan minda.

Wallahua'lam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Terima kasih Tuhan


Syukran. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana masih memberi aku peluang untuk memperbetulkan kesilapan silamku.

Aku merintih,
Dalam diriku,
Tiada siapa yang mendengar,
melainkan Dia,
Tuhan yang Esa.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...