Aku mahu jadi jutawan

Salam,

Alhamdulillah, tamat sahaja pengajian aku di Universiti Sains Malaysia pada bulan November yang lalu, aku mula bekerja sebagai guru di Meru.

"Sekolah swasta? Mesti gaji kau tinggi kan?"

Sahabat-sahabat yang mengetahui terus sahaja melontarkan persoalan gaji. Aku tak tahu hendak kata apa lagi. Tidaklah mereka ketahui realitinya bukanlah begitu.

"Ustazah ya sekarang?"

Aduhai, segan aku dibuatnya. Jujur, aku tidaklah mengajar subjek agama di sekolah. Namun, penampilan aku yang agak berbeza sebelum ini membuatkan sahabat-sahabat bertubi-tubi menyerang aku. Opps. Tidaklah sampai begitu teruk. Biasalah. Err, panggil aku Cikgu Syahidah sahaja ya. Aku segan. Tahu.

Bersyukur aku. Setelah tiga bulan di sini, bukan sahaja aku berpeluang untuk mendidik anak-anak ini malahan aku juga turut ditarbiyah secara tidak langsung. Usrah guru yang mesti dihadiri bersama Majlis Latihan Perguruan sekolah banyak menyedarkan aku supaya lebih memahami erti kehidupan sebagai pendidik. Walaupun abi (ayahku) sendiri seorang guru sejak tahun 1982 yang lalu, sebelum ini aku sememangnya tidak begitu peka dengan tugasan beliau.

"Jadi guru ni, kalau hendak jadi jutawan dunia tentulah lambat lagi, tetapi, mahu jadi jutawan akhirat, Insyaallah. Berusahalah ke arah itu"

Masih aku ingat pesanan tersebut hingga ke hari ini. Hidup bersederhana tetapi penuh keberkatan itu lebih baik daripada aku dikelilingi kemewahan tetapi sering gusar akan berkurangnya harta tersebut.

Doakan aku sentiasa ikhlas dalam tugasan aku di sini kerana aku tidak kuat untuk mengharunginya sendiri. Semoga kalian sentiasa mengenang jasa guru. Jika tidak, siapalah kita.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

Ana FyruZ berkata...

Wahai guru muda..

Benar kata abimu itu.
InsyaALLAH, ALLAH tidak akan menganayai hamba2NYA dan tidak akan membebankan sesuatu dimana hambaNYA tidak mampu di galasnya..

Anda boleh lakukan!!

Demi cinta kepadaNYA..
Demi wajah suci anak-anak didikmu..
Demi amanah ini..

Kita Memerlukan PERJUANGAN ini!!

InsyaALLAH, sesungguhnya beruntunglah sekiranya hari ini lebih baik dari hari semalam..

Ayuh.. Kita sama-sama meniti hari2 dan mula menabung pahala akhirat..InsayALLAH.

AYuh!!..jadi Jutawan JOMM!! =)

Syahidah Mahassan berkata...

Itulah, hendak berusaha jadi jutawanlah ni, tetapi mudah sangat kecewa, aduhai, lemah betul semangat.

Syahidah - sila sabar, heh.

ainunl.muaiyanah berkata...

syida : dah jadi cikgu .... nanti yan join the team .. :)
jadilah guru yang baik ya :)

Syahidah Mahassan berkata...

ainunl

ya ainunl, aku cikgu.
terima kasih. =P

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...