Tiga


Pertama, suka latar belakang buku!


Kedua, aku dilema!

Ketiga, aku mahu kembali ke kampus!

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Nostalgia dalam diri

10 Julai 2010, aku, Farhana, Nadirah, Kak Huda dan suami menonton Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati, Shah Alam. Apa yang pasti mengalirnya air mataku malam itu bukan kerana merasai kesakitan saudara di Gaza. Malunya! Aku terkenangkan nostalgiaku lewat tahun 80-an sewaktu lagu khas buat Ustaz Asri Ibrahim diperdengarkan. Kenangan waktu kecil yang sukar diungkapkan dengan kata-kata mahu pun tulisan.


Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Menggamit rindu

Menangislah kerana tidak menangis takut akan Allah.

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Isabella lagi

Salam semua,

Baru-baru ni 4 Julai 2010 aku sempat ke Pesta Buku Selangor bersama-sama Farhana dan Kak Ada. Perancangan awal hendak jadi guider untuk Muni tapi tak jadi daa. Muni dengan Perindu Pelangi! Seharian jugalah kami di PKNS Shah Alam. Alang-alang aku di PKNS aku bertanya dengan pihak kedai buku Marwilis yang suatu ketika dahulu pernah menerbitkan Isabella versi Bahasa Melayu.

Menurut staf di Marwilis, mereka tiada lagi simpanan Isabella. Dan katanya lagi, aku bukanlah orang pertama yang bertanyakan tentang novel tersebut. Sayang seribu kali sayang. Sedang aku asyik melihat buku-buku di ruangan syarikat PTS dan Al-hidayah, aku bertemu Isabella di sana. Penerbitnya Kharisma Network Sdn Bhd. Lihat!

Isabella.

Anda boleh beli secara online di Kedai-Buku.com. Aku tahu, novel ini ramai peminatnya, berdasarkan statistik blog aku yang menggunakan enjin carian dengan kata kunci Isabella dan penterjemah novel (Abdullah Hussain) ini. Diharap entri kali ini membantu kalian.

Jumpa lagi!
Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Nak jadi mat rempit!

"Cikgu, bila besar nanti saya nak jadi mat rempit"
Tangannya ligat menulis, sambil bercerita dengan nada bersahaja. Ada pula penyokong di sebelah.
"Haah cikgu, saya pun sama, nak ada awek cun kat belakang"
Aduhai anak bangsa, kasihan kalian, persekitaranmu semakin berkembang dengan nilai-nilai di luar keperluan insani. Itu belum aku ceritakan ada yang menyebut tentang rogol dalam kelas Bahasa Melayu. Hendak dimarah, tidak boleh, si anak bangsa pasti tidak memahami apa yang dilontarkan dihadapanku. Beristighfar aku sungguh-sungguh. Berkasar bukan cara terbaik untuk memperbetulkan kesalahan. Diam bukan bermakna aku setuju, tetapi memberi ruang sesaat untuk berfikir sebelum menegur. Teguran biar berbekas.

Berbezanya kehidupan anak-anak yang lahir di abad ini. Entah apa yang terkumpul dalam pemikiran mereka secara tidak sedar. Sebab itu, di Amerika Syarikat kanak-kanak di bawah umur dua tahun diharamkan daripada menonton televisyen. Bagaimana liciknya musuh kita berusaha bersungguh-sungguh meletakkan kanak-kanak sebagai agen pengiklanan kebejatan yang terbaik.

Pemandangan biasa ketika ini, sambil si ibu sibuk menguruskan rumah tangga, bayi / anak kecil dengan mudahya dibiarkan berbaring di hadapan kaca televisyen. Mungkin benar, sekadar dibiarkan menonton kartun ringan. Sedar atau tidak berapa banyak elemen negatif yang wujud di antara setiap babak yang dipaparkan dalam sesebuah cerita atau rancangan di televisyen. Dan setiap elemen ini akan terus dihadam oleh anak-anak ini sedangkan mereka tidak memerlukan televisyen sebagai ganti terhadap keperluan kasih sayang.

Mungkinkah pembangunan jiwa sering dilupakan oleh kita mutakhir ini?

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...