Isabella lagi

Salam semua,

Baru-baru ni 4 Julai 2010 aku sempat ke Pesta Buku Selangor bersama-sama Farhana dan Kak Ada. Perancangan awal hendak jadi guider untuk Muni tapi tak jadi daa. Muni dengan Perindu Pelangi! Seharian jugalah kami di PKNS Shah Alam. Alang-alang aku di PKNS aku bertanya dengan pihak kedai buku Marwilis yang suatu ketika dahulu pernah menerbitkan Isabella versi Bahasa Melayu.

Menurut staf di Marwilis, mereka tiada lagi simpanan Isabella. Dan katanya lagi, aku bukanlah orang pertama yang bertanyakan tentang novel tersebut. Sayang seribu kali sayang. Sedang aku asyik melihat buku-buku di ruangan syarikat PTS dan Al-hidayah, aku bertemu Isabella di sana. Penerbitnya Kharisma Network Sdn Bhd. Lihat!

Isabella.

Anda boleh beli secara online di Kedai-Buku.com. Aku tahu, novel ini ramai peminatnya, berdasarkan statistik blog aku yang menggunakan enjin carian dengan kata kunci Isabella dan penterjemah novel (Abdullah Hussain) ini. Diharap entri kali ini membantu kalian.

Jumpa lagi!
Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

5 ulasan:

marmalade berkata...

i think i have lost this book; then again, it was my father's, i dare not to take what is not mine. but thank you for sharing that it can be found again. i shall buy this. and be remembered of such a delicious read.

it was truly a wonderful book (and superb translation!) :)

thank you syahidah.

Syahidah Mahassan berkata...

oh ya ka, kesiannya, tak apa, carilah yang baru, mungkin sedikit berbeza tetapi tetap sama kandungannya.

mxypltk berkata...

BUku yang diiklankan dalam blog ini bukan diterjemahkan oleh Abdullah Hussain, tetapi Norhawanis Othman. Norhawanis terjemah daripada Bahasa Indonesia.

mxypltk berkata...

Terjemahan Abdullah Hussain telah diterbitkan kembali, sila lihat blog ini.

http://ulasbuku.blogspot.com/2011/02/isabella-edisi-pelima-media-2011.html

sm berkata...

salam, terima kasih Tuan kerana memaklumkan hal ini, saya sangat menghargainya~

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...