Nak jadi mat rempit!

"Cikgu, bila besar nanti saya nak jadi mat rempit"
Tangannya ligat menulis, sambil bercerita dengan nada bersahaja. Ada pula penyokong di sebelah.
"Haah cikgu, saya pun sama, nak ada awek cun kat belakang"
Aduhai anak bangsa, kasihan kalian, persekitaranmu semakin berkembang dengan nilai-nilai di luar keperluan insani. Itu belum aku ceritakan ada yang menyebut tentang rogol dalam kelas Bahasa Melayu. Hendak dimarah, tidak boleh, si anak bangsa pasti tidak memahami apa yang dilontarkan dihadapanku. Beristighfar aku sungguh-sungguh. Berkasar bukan cara terbaik untuk memperbetulkan kesalahan. Diam bukan bermakna aku setuju, tetapi memberi ruang sesaat untuk berfikir sebelum menegur. Teguran biar berbekas.

Berbezanya kehidupan anak-anak yang lahir di abad ini. Entah apa yang terkumpul dalam pemikiran mereka secara tidak sedar. Sebab itu, di Amerika Syarikat kanak-kanak di bawah umur dua tahun diharamkan daripada menonton televisyen. Bagaimana liciknya musuh kita berusaha bersungguh-sungguh meletakkan kanak-kanak sebagai agen pengiklanan kebejatan yang terbaik.

Pemandangan biasa ketika ini, sambil si ibu sibuk menguruskan rumah tangga, bayi / anak kecil dengan mudahya dibiarkan berbaring di hadapan kaca televisyen. Mungkin benar, sekadar dibiarkan menonton kartun ringan. Sedar atau tidak berapa banyak elemen negatif yang wujud di antara setiap babak yang dipaparkan dalam sesebuah cerita atau rancangan di televisyen. Dan setiap elemen ini akan terus dihadam oleh anak-anak ini sedangkan mereka tidak memerlukan televisyen sebagai ganti terhadap keperluan kasih sayang.

Mungkinkah pembangunan jiwa sering dilupakan oleh kita mutakhir ini?

Meru, Klang.
http://syahidahmahassan.blogspot.com/

2 ulasan:

fareast berkata...

begitu sekali ke?

Logik juga sebab sekarang banyak filem dan adegan di TV berkisahkan budaya sempit mat rempit. Tu yang budak-budak ni nak jadi mat rempit.

Syahidah Mahassan berkata...

bukan salah budak tu sama sekali..

ni belum cerita yang di sekolah menengah..

apa puncikgu mesti cepat mengesan dan bertindak menegur dengan segera...kalau cakap elok-elok boleh ja mereka dengar..nama pun budak..tanpa dosa...

gara-gara filem yang ditonton...jadi bahan gurauan...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...