Cikgu gelabah

Cikgu, tu 13, salah!

Tu lah, cikgu gelabah, inilah hasilnya. Konon mahu menulis jawi, last last terbalik. Kenangan betul. Aku kononnya mahu menulis pantun untuk diletakkan di pintu kelas 3 Cekal. Almaklum, guru kelasnya bulan lapan baru nak hias kelas. Itu pun secara rela hati sebab kebosanan tinggal keseorangan di rumah sewa. Housemate balik kampung.

Tapi jujur, pantun tu aku reka, bukan saja-saja, pandai-pandailah kalian fahami satu-persatu, terutama baris ketiga.

Baris pertama, ialah kalau masuk rumah orang bagilah salam, kalau nak menyampuk kawan-kawan sedang bersembang, ataupun ada kumpulan sedang berbual, bagilah salam, barulah nampak bersopan santun dan baik budi pekerti.

Baris kedua, sepatutnya 31 aku salah tulis 13, mujur anak murid aku si Syahir Akmal menegur, aku apalagi buat muka selamba tak bersalah, cepat-cepat aku ke bilik guru cari kertas, nak tampal, nak betulkan, sempat aku tanya guru besar nombornya. Tapi aku tetap tak puas hati dengan tarikh kemerdekaan kita 31 Ogos. Aku nak je tau apa agaknya isi perbincangan masa mereka di London tu.

Baris ketiga, satu perkara yang makin pudar dalam kalangan masyarakat kita hari ni, sedih weh, sedih, aku nak terang bab tauhid secara terperinci aku bukanlah ahlinya, tapi kan satu je, kalau dalam setiap hati kita ini ada rasa Allah perhatikan, Allah mendengar, Allah melihat apa yang kita buat, confirm tak payah susah-susah kita sakit hati dengar cerita masalah sosial, kes bunuh sana sini. Seram dibuatnya. Islam tidak diamalkan dalam kehidupan.

Baris keempat tu aku nak bagi patriotik sikit, aku memang warganegara Malaysia, begitu juga abi dan umi, jadi sejak dua menjak aku dah berumur 20 tahun ke atas ni, aku nak lah juga Malaysia ni aman makmur bahagia damai. Porak-peranda tahu. Aku keluar rumah pun tak seberani dulu-dulu. Aku belajar kat Perak, Melaka, Pulau Pinang sebelum ni, makin lama makin aku nampak kita ni dah lupa asal-usul. Pakaian kita, cara bercakap kita, hormat kita kepada orang tua, kepada guru. Jadi cikgu ni tahulah perangai budak zaman sekarang. Menangis aku dibuatnya, sedih sebab latar belakang keluarga, budak-budak buat hal di sekolah.

Satu je lah, memang aku gelabah bila budak-budak ni nampak kesalahan aku. Percayalah walaupun dia budak, kita tetap kena dengar apa yang dia nak cakap, sebab belum tentu kita ada sijil pelajaran sana sini arif dan tahu dalam semua perkara. Budak pun boleh jadi guru kepada diri kita. Janganlah sombong. Tak rugi pun kita, sekali-sekala duduklah, renung sikit, bukan berangan, cari hikmah.

13 ke hari merdeka Syahidah oitt!

Aku dah membebel kat sini. Takdir yang Allah tentukan kita kena redha. Semoga kita dijauhkan daripada sifat kufur dengan nikmat-Nya yang tak terhingga. Aku cuba mencari hikmah. Wallahua'lam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...