Perindu pelangi, lentera mustika

Munirah dan Perindu Pelanginya!

Sebelum melelapkan mata, aku habisi Perindu Pelangi, hampir dua jam baru dapat diselesaikan. Watak Akil pasti dikenang-kenang pembaca kerana keperibadiannya. Hero malaya gitu! Muni membawa aku ke China, merasai keenakan makanan halal Sichuan, melawat Kota Larangan, mendaki Tembok China, mengenali Isador yang mencari kebenaran, tentang sejarah, tentang Islam, tentang keluarga.

Perkara yang menarik perhatian aku dalam novel ini ialah konsep saling memaafkan kepada orang yang iri hati dan berbuat jahat. Itulah yang selalu umi terapkan kepada kami adik-beradik. Jadi, seboleh-bolehnya, setiap kali aku terluka, aku renung dalam-dalam, aku cari hikmah jauh ke hadapan, supaya aku redha dengan perbuatan tersebut, dan semoga Allah mengampunkan dirinya.

Muni, seorang sahabat yang kukenal selama 13 hari sahaja, tapi ukhwah itu berlanjutan seolah-olah lama sudah kami berkawan. Perindu Pelangi baru sahaja aku baca walaupun telah dibeli enam bulan yang lepas. Terima kasih Muni walaupun tidak dapat membantumu melaksanakan tugasan terakhir sehabis baik sebelum keberangkatanmu ke bumi anbiya'.


Lentera Mustika, sebuah novel karya Nisah Haron aku terima pertengahan tahun ini, terima kasih PTS! Aha, Lentera Mustika pula memperkenalkan aku dengan dunia sastera. Ainur Mustika berusaha mengembalikan kegemilangan pantun supaya tidak pupus ditelan zaman. Pembentukan sikap menyayangi warisan bangsa yang jarang-jarang diperlihatkan muda-mudi.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Privacy

Tengok, kenapa aku tidak menyukai Facebook. Privacy setting Fb tidak boleh pakai. List of friends yang aku larang melihat gambar atau video aku yang ditag masih boleh tag aku. Tak faham betul. Ini kemarahan aku sebelum aku delete account tu a few months ago dengan bantuan Cik Farhana. But at the end, aku buat yang baru. Sedikit masa lagi aku padam la tu.

Anonymous, entah sejak bila wujud di blog ni, jadi aku rajin bertambah-tambah check stats. Tapi tak berapa nak berjaya pun. Aku masih tak faham bagaimana IP Adress tu berfungsi. Mula-mula tahu pasal IP ni sejak aku follow blog Sang Pelangi. Lagi terkejut bila tahu Kenit kenal tuan blog SP. Membantu juga entri menjejak penipu maya tu.

Sebenarnya tidak kisah sangat, tapi tau lah perasaan blogger apabila tidak tahu siapa yang membaca dan meninggalkan jejak pada entri tu. Sebab itu aku sendiri tidak lagi komen blog orang lain dengan tanpa nama ataupun nick name lain. Apa-apalah. Bimbang juga, manalah tahu aku pernah buat salah ke ngan anonymous ni, tu yang beliau menganonymouskan diri.

goggle image

Haha, teringat masa kat maktab, gara-gara tak rasa best dapat beberapa helai surat kat locker belakang kelas, aku balas nota terakhir "Don't disturb me". Siap budak tu cari aku masa aku kat universiti dengan message berbunyi, "Garang macam harimau". Hahaahahahaha. Aku apalagi delete nombor telefon beliau setelah aku menyimpan nombor tersebut.

Privacy seorang wanita. Cewahhh.. Ni aku mahu menegur kaum aku. sendiri. Jaga aurat, kawan. Sedih aku tengok korang slumber letak gambar chantekk kat Fb. Aku nak tegur-tegur lebih aku bukan mak ayah korang kan. The wrong is not in the religion, the wrong is in us. Wallahua'lam.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Keistimewaan dan istiqamah



"Nanti, dah siap kakak tutup periuk ni ya, kacau sekali-sekala, api perlahan, "
Umi berpesan. Aku apa lagi tak keruan, baca e-novel, dah muka surat 162. Check periuk nasi. Check tudung saji. Perghh. Layan sepinggan nasi berlaukkan ikan goreng, sayur dan gulai udang masak cili api. Alhamdulillah. Nak buat apa lagi ni. Kuah kacang belum settle. Buka blog. Taip. Hehe.

Here it goes,

Aku sekarang sedang membaca dua buah buku. Ikut mood. Pertama. Islamic Civilisation : Real Perspective by Maulana Sadruddin Islahi. Translated by Dr Israr Ahmad Khan. Aku beli buku ni RM 5 je. Kat tempat buku-buku lama. Kat PKNS Shah Alam masa book fair this year. Aku beli sebab judul buku nilah. Tapi aku baru baca sampai muka surat 13. Gler pemalas. Hehe. Mula-mula sahaja dah bercerita tentang istimewa dan berbezanya kita sebagai manusia kerana Allah kurniakan aqal fikiran untuk kita berfikir sebaiknya.


Jika batu besar tergilincir menimpa seseorang lalu membunuhnya, kita tidak pula kata dia tak beraqal. Sekiranya sekawan lembu merosakkan tanaman, lalu memusnahkannya, memang sahlah binatang tidak boleh berfikir. Namun, sekiranya manusia melakukan sebarang tindakan yang membahayakan, dia akan dikatakan perlu bertanggungjawab daripada segi undang-undang,agama, pandangan masyarakat,dan sebagainya oleh sebab dia sedar dan ada reason kenapa dia berbuat jahat.

Islam at a Glance, Sadruddin Islahi, translated by M. Zafar Iqbal [Buku ni aku belum baca]

Buku kedua. Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Terjemahan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) seperti yang tertulis pada buku tersebut. Aku selongkar almari buku. Jumpa. Aku baca mukaddimah dulu. Belum masuk bab seterusnya yang berkisar panduan amalan harian dalam kehidupan seorang muslim, sebaliknya aku mahu menyentuh sedikit mukaddimah yang dijelaskan dalam buku tersebut.

Kitab asal adalah karya Al Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.

"Katakanlah wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan dengan orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik" Al-Kahfi : 103-104

Kita fokus, komited dan begitu berminat untuk mencari ilmu, tetapi andai pencarian itu untuk berlumba-lumba dan mendapat jolokan istimewa supaya dikenali oleh masyarakat, supaya dapat menambah kekayaan dunia. Sebenarnya, usaha tersebut hanya menghancurkan agama dan membinasakan diri, menjual akhirat semata-mata harta dunia.

Fikir-fikir ilmu cukup di dada, fikir-fikir banyak hal dah tau. Fikir-fikir selama ni dah banyak buat amal kebaikan. Kita tak sedar sebenarnya permainan syaitan begitu licik. Memperdayakan kita menuntut ilmu sedang niat kita tidak pernah ikhlas dalam berilmu. Lalu, walau setinggi gunung ilmu dicari, tak pernah ilmu tersebut kita amalkan. Sayang seribu kali sayang. Bersilih ganti masa berlalu. Amalan kita tak pernah bertambah, tetapi rupanya rasa tinggi diri yang tak disedari telah lama bersarang, memusnahkan hasrat dan keikhlasan hati yang mahu keredhaan Allah. Betullah istiqamah itu lebih penting daripada menuntut bertahun-tahun, jauh dari desa, tetapi amalan entah ke mana.

Wallahua'lam. Err, aku berhenti di sini. Aku nak pi dapur. Esok kakak ipar dan mertua along nak datang. Mesti along jelous tak dapat rasa. Haha. Relax bro. Kerja molek.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...