Perindu pelangi, lentera mustika

Munirah dan Perindu Pelanginya!

Sebelum melelapkan mata, aku habisi Perindu Pelangi, hampir dua jam baru dapat diselesaikan. Watak Akil pasti dikenang-kenang pembaca kerana keperibadiannya. Hero malaya gitu! Muni membawa aku ke China, merasai keenakan makanan halal Sichuan, melawat Kota Larangan, mendaki Tembok China, mengenali Isador yang mencari kebenaran, tentang sejarah, tentang Islam, tentang keluarga.

Perkara yang menarik perhatian aku dalam novel ini ialah konsep saling memaafkan kepada orang yang iri hati dan berbuat jahat. Itulah yang selalu umi terapkan kepada kami adik-beradik. Jadi, seboleh-bolehnya, setiap kali aku terluka, aku renung dalam-dalam, aku cari hikmah jauh ke hadapan, supaya aku redha dengan perbuatan tersebut, dan semoga Allah mengampunkan dirinya.

Muni, seorang sahabat yang kukenal selama 13 hari sahaja, tapi ukhwah itu berlanjutan seolah-olah lama sudah kami berkawan. Perindu Pelangi baru sahaja aku baca walaupun telah dibeli enam bulan yang lepas. Terima kasih Muni walaupun tidak dapat membantumu melaksanakan tugasan terakhir sehabis baik sebelum keberangkatanmu ke bumi anbiya'.


Lentera Mustika, sebuah novel karya Nisah Haron aku terima pertengahan tahun ini, terima kasih PTS! Aha, Lentera Mustika pula memperkenalkan aku dengan dunia sastera. Ainur Mustika berusaha mengembalikan kegemilangan pantun supaya tidak pupus ditelan zaman. Pembentukan sikap menyayangi warisan bangsa yang jarang-jarang diperlihatkan muda-mudi.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...