Macam macam

26 Nov 2010

Abuya (bapa saudara), Cik Nab, Qilah, Yah dan Utik datang dari rumah Cu [ibu saudara]. Kebetulan Abuya ada kursus di Negeri Sembilan. Ambil peluang tidak berjumpa sewaktu Aidil Adha, maka menziarahi kami di Karak. Tak banyak cerita. Tentang Galas, =P, sudah semestinya, Cik Nab orang penting kempen. Hehe. Oh eh ah. Itu ini. Apa mengapa siapa Tuan Guru. UMNO PAS eh ah oh. Politik politik. Seronok dengar tentang politik. Sebab tak tahu nak percaya yang mana. Keh keh.

Sedikit tentang Korea Utara Korea Selatan. Kata abi Amerika yang untung sebab senjatanya berjaya dijual. Hadoi. Dasyat juga kalau dilihat senjata dan ketenteraan milik Korea Utara. Hebat. Menggerunkan. Hairan juga di Malaysia ni orang kita suka benar menonton drama Korea [aku sekali kah?]. Oh My Lady drama yang sedang dimainkan di TV 8 sekarang ni. Tapi kalau dilihat kenapa watak utama wanita mesti kurang cerdik, bermasalah, status ekonomi yang rendah, keluarga pincang dan segala perkara negatif yang lain. Dan yang pasti drama tu tak lari juga dari pengaruh Barat.

Sedikit tentang Sukan Asia. Ala, badminton kalah. Hoki kalah. Takraw pun. Tapi aku suka tengok orang luar boleh main takraw. Teringat sewaktu di Seri Bentong, Ustaz Zaki antara tenaga pelatih takraw sekolah. Cuma satu perkara yang tidak pernah aku setuju dengan soal pemakaian. Ya aku pun pernah terlibat dengan sukan waktu di USM, aha main kayak tu. Ya lah aku tahulah aku tak pernah menang. Tapi, terang-terangkan apalah guna negara kita Islam tu agama rasmi tapi soal pemakaian pemain tu tak menunjukkan langsung Islam tu kan. Ini bukan lagi tahun 1990, tapi 2010. Hairan, dalil mana pakai waktu bermain tidak perlu pakai tudung, waktu ambil hadiah boleh pakai tudung.

Ah eh oh.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Imbasan Aidil Adha

16 November 2010

Siap sedia soto untuk menu keesokan hari, petang tu abi beli lemang, maka sedikit rendang dimasak, Mujahid sampai rumah jam 9.00 malam. Dia cuti sehari sahaja iaitu esok. Kak Teh beraya di UMS tahun ni memandangkan sedang berlangsungnya peperiksaan semester pertama.

17 November 2010

Solat sunat di masjid Karak, seperti biasa, penuh, ramai. Tengahari along dan Kak Nisa tiba dari Selayang Indah. Jam 5 petang aku, Akmar dan adik ikut along dan Kak Nisa ke Felda Sg Koyan, Kuala Lipis. Selisih dengan Umi Na [ibu saudara sebelah abi] sekeluarga di persimpangan Bukit Fraser. Umi Na mahu balik ke KL semula memandangkan Ayoh Him [suami Umi Na] dan Oyum [anak sulung Umi Na] hanya cuti sehari iaitu hari ni. Sampai di Koyan ada mek [nenek], Abang Eyi [abangs saudara] dan Kak Fiza [isteri].

18 November 2010

Masih di Koyan. Sempat membedah sebahagian Islam dan Keamananan Sejagat, tulisan asal Sayed Qutb. Menjawab persolan mengapa Sayed Qutb menolak teori neorosis sosial Freud. Satu perkara penting yang perlu diambil berat memandangkan aku agak pelik kenapa teori tersebut masih diajar dalam silibus yang aku pelajari. Tidak selesa teori barat tentang hubungan manusia Barat diajar dan dimasukkan dalam kehidupan orang Timur yang pada dasarnya mengamalkan kesopanan. Sudah terang lagi bersuluh pandangan Sayed Qutb tidak boleh diketepikan.

19 November 2010

Ke Felda Lembah Klau, Raub, menjenguk Mak Ngah, Fizah, Acik, Zakirah dan Zuraidah. Acik agak ceria kali ni. Begitu juga Zuraidah [9 tahun] dan Zakirah [7 tahun]. Kematian Zurain [kakak sulung] Ramadhan dua tahun lepas tentunya memberi kesan mendalam buat keluarga Acik. Tidak berjumpa Mak Teh tahun ni memandangkan Idin perlu menduduki SPM pada tahun ni selain Pak Teh [polis] bertugas. Jam 6.00 petang pulang ke Karak.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Terpedaya dan pengaruh

Apa yang hendak ditaip, baca surat khabar hati jadi sakit, tengok tv bertambah-tambah sakit, adoih, tenat. Mari kita melihat secara santai. Pernah tak melihat kenapa iklan di kaca tv kebanyakannya menggunakan model perempuan dan juga kanak-kanak? Boleh tak kira berapa peratus yang modelnya hanya lelaki?

Kita lihat satu-satu. Model perempuan kalau tidak diseksikan tak sah. Tak berjaya iklan tu. Kalau ya pun dah ada model yang bertudung pakaiannya dan tingkah di dalam iklan-iklan komersial langsung jauh tersasar dari landasan. Pakai tudung tapi ya ampun. Itu belum cakap pasal drama dan lain-lain. Sebagai perempuan yang bertudung, aku pandang rendah dengan perbuatan tersebut. Memalukan perempuan bertudung lengkap. Konsep bertudung dan menutup aurat tak difahami. Bertudung ya sudah, tapi menutup aurat?

Model kanak-kanak? Sedar atau tidak model kanak-kanak dalam iklan sangat diperlukan. Kanak-kanak memainkan peranan dan pengaruh yang tertinggi terhadap kuasa membeli ibu bapa. Iklan akan menonjolkan gambaran yang menggembirakan apabila memiliki sesuatu produk atau perkhidmatan. Seolah-olah dunia ini miliknya apabila berjaya membeli. Mahukah kita terus menghidangkan paparan ini yang akan tersimpan secara bawah sedar dalam minda kanak-kanak yang sangat suka menonton televisyen. Dalam masa sejam, dah berapa jenis iklan ditayangkan iaitu barang atau perkhidmatan tersebut sebenarnya tidak diperlukan oleh isi rumah. Kanak-kanak adalah kumpulan yang sepatutnya paling kurang menonton.

Kronologi ini berterusan, pergi sahaja pasaraya, susun atur produk pula yang mempengaruhi kuasa membeli pengguna. Percayalah shopping complex memang sengaja dibina dalam keadaan berselirat tangga dan lifnya, anda akan berjalan dalam tempoh yang lebih lama di dalamnya supaya mata anda akan menangkap lebih banyak produk untuk dibeli, sedar-sedar lebih daripada sejam. Ruang berjalan kaki yang lebih luas menyebabkan anda berjalan lebih perlahan untuk melihat kiri dan kanan. Keselesaan yang anda rasakan sebenarnya memperlekehkan fikiran anda untuk mengatakan tidak terhadap barang yang tidak perlu. Oh, tenangnya di sini! Anda merasakan anda bahagia di dalamnya walhal anda sedang menipu diri sendiri dalam membezakan keperluan dan kehendak. Warna pada dinding yang lebih lembut berbanding warna produk meningkatkan kuasa membeli pengguna. Sambil tangan terus mencapai barang yang tidak perlu, kaki terus berjalan sehingga penat. Sampai di kaunter bayaran, ada pula barang-barang kecil di susun di rak yang juga turut dimasukkan ke dalam troli.

Masih tak nampak? Buka minda tu. Cuba semak resit. Dalam 10 barang yang dibeli tu memang semuanya kita perlukan? Aku jamin tidak. Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi kalau bajet anda rendah anda tidak sepatutnya berbelanja luar dari kawalan. Kalau bajet anda tinggi eloklah sedekahkan duit tu. Zakat jangan lupa.

Jumpa lagi!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...