Macam macam

26 Nov 2010

Abuya (bapa saudara), Cik Nab, Qilah, Yah dan Utik datang dari rumah Cu [ibu saudara]. Kebetulan Abuya ada kursus di Negeri Sembilan. Ambil peluang tidak berjumpa sewaktu Aidil Adha, maka menziarahi kami di Karak. Tak banyak cerita. Tentang Galas, =P, sudah semestinya, Cik Nab orang penting kempen. Hehe. Oh eh ah. Itu ini. Apa mengapa siapa Tuan Guru. UMNO PAS eh ah oh. Politik politik. Seronok dengar tentang politik. Sebab tak tahu nak percaya yang mana. Keh keh.

Sedikit tentang Korea Utara Korea Selatan. Kata abi Amerika yang untung sebab senjatanya berjaya dijual. Hadoi. Dasyat juga kalau dilihat senjata dan ketenteraan milik Korea Utara. Hebat. Menggerunkan. Hairan juga di Malaysia ni orang kita suka benar menonton drama Korea [aku sekali kah?]. Oh My Lady drama yang sedang dimainkan di TV 8 sekarang ni. Tapi kalau dilihat kenapa watak utama wanita mesti kurang cerdik, bermasalah, status ekonomi yang rendah, keluarga pincang dan segala perkara negatif yang lain. Dan yang pasti drama tu tak lari juga dari pengaruh Barat.

Sedikit tentang Sukan Asia. Ala, badminton kalah. Hoki kalah. Takraw pun. Tapi aku suka tengok orang luar boleh main takraw. Teringat sewaktu di Seri Bentong, Ustaz Zaki antara tenaga pelatih takraw sekolah. Cuma satu perkara yang tidak pernah aku setuju dengan soal pemakaian. Ya aku pun pernah terlibat dengan sukan waktu di USM, aha main kayak tu. Ya lah aku tahulah aku tak pernah menang. Tapi, terang-terangkan apalah guna negara kita Islam tu agama rasmi tapi soal pemakaian pemain tu tak menunjukkan langsung Islam tu kan. Ini bukan lagi tahun 1990, tapi 2010. Hairan, dalil mana pakai waktu bermain tidak perlu pakai tudung, waktu ambil hadiah boleh pakai tudung.

Ah eh oh.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

2 ulasan:

marmalade berkata...

heheheh.
masa saya kursus dulu selama 6 bulan, kami diberi pakaian sukan - satu berlengan panjang dan satu berlengan pendek.

saya rasa yang bertudung tu tak perlulah diberi pakaian lengan pendek, tapi since dah diberi kenalah cari alternatif (untuk memakai sarung lengan). tapi ada juga kawan-kawan yang bertudung tapi berlengan pendek, lantas komen diberi, "mazhab mana ni - pakai tudung tapi berlengan pendek?" hehehehe.

Syahidah Mahassan berkata...

hmmm,

tepuk dada tanya selera dah tak sesuai,

perlu tukar tepuk dada tanya iman,

kita sendiri yang memilih nak pakai apa, sama ada nak ikut yang baik, nak cari yang baik, atau mengenepikan yang baik sebab tak mahu dipandang serong orang lain,

kadang2 benda ni terkena kat diri sendiri balik,

hmmm

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...