Terpedaya dan pengaruh

Apa yang hendak ditaip, baca surat khabar hati jadi sakit, tengok tv bertambah-tambah sakit, adoih, tenat. Mari kita melihat secara santai. Pernah tak melihat kenapa iklan di kaca tv kebanyakannya menggunakan model perempuan dan juga kanak-kanak? Boleh tak kira berapa peratus yang modelnya hanya lelaki?

Kita lihat satu-satu. Model perempuan kalau tidak diseksikan tak sah. Tak berjaya iklan tu. Kalau ya pun dah ada model yang bertudung pakaiannya dan tingkah di dalam iklan-iklan komersial langsung jauh tersasar dari landasan. Pakai tudung tapi ya ampun. Itu belum cakap pasal drama dan lain-lain. Sebagai perempuan yang bertudung, aku pandang rendah dengan perbuatan tersebut. Memalukan perempuan bertudung lengkap. Konsep bertudung dan menutup aurat tak difahami. Bertudung ya sudah, tapi menutup aurat?

Model kanak-kanak? Sedar atau tidak model kanak-kanak dalam iklan sangat diperlukan. Kanak-kanak memainkan peranan dan pengaruh yang tertinggi terhadap kuasa membeli ibu bapa. Iklan akan menonjolkan gambaran yang menggembirakan apabila memiliki sesuatu produk atau perkhidmatan. Seolah-olah dunia ini miliknya apabila berjaya membeli. Mahukah kita terus menghidangkan paparan ini yang akan tersimpan secara bawah sedar dalam minda kanak-kanak yang sangat suka menonton televisyen. Dalam masa sejam, dah berapa jenis iklan ditayangkan iaitu barang atau perkhidmatan tersebut sebenarnya tidak diperlukan oleh isi rumah. Kanak-kanak adalah kumpulan yang sepatutnya paling kurang menonton.

Kronologi ini berterusan, pergi sahaja pasaraya, susun atur produk pula yang mempengaruhi kuasa membeli pengguna. Percayalah shopping complex memang sengaja dibina dalam keadaan berselirat tangga dan lifnya, anda akan berjalan dalam tempoh yang lebih lama di dalamnya supaya mata anda akan menangkap lebih banyak produk untuk dibeli, sedar-sedar lebih daripada sejam. Ruang berjalan kaki yang lebih luas menyebabkan anda berjalan lebih perlahan untuk melihat kiri dan kanan. Keselesaan yang anda rasakan sebenarnya memperlekehkan fikiran anda untuk mengatakan tidak terhadap barang yang tidak perlu. Oh, tenangnya di sini! Anda merasakan anda bahagia di dalamnya walhal anda sedang menipu diri sendiri dalam membezakan keperluan dan kehendak. Warna pada dinding yang lebih lembut berbanding warna produk meningkatkan kuasa membeli pengguna. Sambil tangan terus mencapai barang yang tidak perlu, kaki terus berjalan sehingga penat. Sampai di kaunter bayaran, ada pula barang-barang kecil di susun di rak yang juga turut dimasukkan ke dalam troli.

Masih tak nampak? Buka minda tu. Cuba semak resit. Dalam 10 barang yang dibeli tu memang semuanya kita perlukan? Aku jamin tidak. Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi kalau bajet anda rendah anda tidak sepatutnya berbelanja luar dari kawalan. Kalau bajet anda tinggi eloklah sedekahkan duit tu. Zakat jangan lupa.

Jumpa lagi!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

2 ulasan:

marmalade berkata...

pasal barang-barang tuh, itulah namanya marketing! :)

Syahidah Mahassan berkata...

@marmalade

ya kakak, baca kat buku persatuan pengguna..hehe..ginilah jadinya entri..keh keh

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...