Lagu



Not much to say, tribute to all~in memories. There is a will, there is a way~Redha siapa yang kita cari.

Makan?

27 Nov 2011
Pemakanan yang tidak seimbang? Ah, tidak. Apa silap ya? Bangun sahaja dari tidur rasa seperti hendak pitam, pening kepala dan rasa macam nak demam. Tak pernah macam ni. Jadi aku ke klinik untuk memeriksa tekanan darah. Pembantu kesihatan yang ada di Klinik 1 Malaysia tu beritahu tekanan darah aku normal. Tapi, aku tak puas hatilah, sebab aku rasa tak sihat.

28 Nov 2011
Jadi, sebelum pergi kerja aku singgah klinik swasta di Raub. Doktor perempuan ni maklumkan tekanan darah aku rendah dari paras normal. Pergi kerja, duduk pejabat buat laporan. Mujur tidak perlu buat tugas luar. Staf pejabat pun kata aku nampak stress. Hehe, memang pun stress.

Hendak kata aku tak cukup tidur? Terlebih-lebih adalah. Nak buat macam mana ni?
29 Nov 2011
Aku ambil cuti sakit. Tapi sempat juga bawa umi dan Ain ke kedai beli barang dapur. Ya, aku boleh buat kerja, tapi aku bimbang lah kalau jadi apa-apa nanti menyusahkan orang lain.

30 Nov 2011
Pergi kerja seperti biasa. Tugas luar sekitar Raub sahaja. Tapi, seorang diri. Memang tiada mood betul. Tapi, kerja jugalah.

3 Dis 2011
Aku rasa makin sihat, walaupun suhu badan turun naik. Semoga dipermudahkan segala urusan. Sakit tu nak mengingatkan silap silap kita yang lalu. Setiap perkara yang berlaku akan ada satu titik permulaan yang perlu kita jadikan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Sekadar hiasan ; kenangan bersama keluarga sewaktu ke Kota Kinabalu melawat tempat along di pangkalan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sampai bila


Assalamualaikum,

Waalaikumussalam, aku jawab sendiri pun tak apa, tiada hal, baik, tajuk aku hari ni sampai bila?

baik, kenapa kita kerja, eh bukan kenapa dan apa tujuan kita bekerja, cuba fikir-fikirkan, semata-mata nak cari duit untuk beli barang? tentulah sepatutnya bukan itu...Niat tu penting, aku tanamkan dalam diri, terutamanya bila aku terkurang motivasi, kita kerja apa apa pun selagi halal cuba niatkan untuk bawa Islam, tonjolkan Islam, bagaimana, banyak caranya...

hmmmm, 17 november baru-baru ni aku ke KL, ambil exam untuk kerja, lagi lagi tentang kerja, kemudian selepas exam jumpa cik Ainunl, memandangkan sudah lama tak jumpa beliau, adalah tujuh tahun, mujur beliau sudi menerima aku seadanya, hahahah, terima kasih banyak banyak sebab layan aku yang tak tau malu menyibuk ni, hehe, sembang sembang, aku rasa kita semakin dewasa ni kita nya isi perbualan juga dewasa, wah, tentulah dewasa kan Ainunl...

esok pagi-pagi cepatnya dah kena meninggalkan beliau, sebenarnya aku rasa aku jadi speechless, masa yang terlalu singkat untuk membincangkan banyak benda, kan, kan, sebenarnya kenapa dengan aku ni ya, adesh, lain kali aku gi lagi boleh? dan aku rasa beliau ada pandangan beliau sendiri dalam bidang yang beliau ceburi sekarang...

hmmm, kemudian, aku janji janji dengan Farha, aku pi PWTC, ada karnival kerjaya, tapi aku tak prepare sekeping pun resume, saja jalan jalan tengok tengok, entahlah, layan, adalah dua jam berkeliaran dalam Dewan Tun Razak tu, apa yang aku buat entah, register register nama then aku ambil brochure, USB aku buat hal lah pula time tu, kena virus, hoho, tak boleh upload resume kat company Sapura tu. tapi aku serius ke nak Oil & Gas ni, perghhhh, aku rasa minat tu berkuranglah, adalah Sime Darby, TNB, TM, Airod, Boustead, tapi aku rasa banyak program SL1M lah. Siapa kata orang menganggur sahaja pergi karnival kerjaya, aku kan dah kerja pun datang tau...

hoho, penting kah minat? pentinglah juga...

tapi...wahhhhhhhhhhh..kenapa ada tapi tapi....huk aloh............

habis karnival kerjaya lepak sembang sakan kat rumah Farha, port biasa aku bila ke KL, dah tiga kali ni gi rumah beliau, hehehe sori Farha.....tapi...aku suka...hehehe

sekian repekan aku untuk hari ni. Ada masa aku sambung lagi.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Apa berlaku di hadapan



Sabtu, 29 Oktober 2011
Selesai tugasan di pejabat di Raub, aku langsung terus ke Felda Sg Koyan, ingin menjenguk mek(nenek). Tiba di Koyan, mek tiada di rumah. Telefon abi kalau kalau abi tahu mek ke mana, abi beritahu mek sendiri tak angkat abi call. Aduyai, inilah akibatnya aku tak telefon mek dulu sebelum datang. Tapi, selama ni aku memang tak pernah telefon, aku terus datang, sebab aku tak nak mek susah susah memasak. Mek memang mempunyai kerisauan tahap tertinggi sekiranya orang yang datang ke rumahnya belum makan.

Aku ke rumah Mak Cik Ros, jiran nenek untuk bertanya. Rupa-rupanya Mek ikut Ayah Cik ke KL sudah sejak petang 28 Oktober, Jumaat. Cik Ros hidang nasi. Jadi, aku terpaksa makan walhal aku dah kenyang balun kentang goreng Marrybrown dalam kereta on the way ke Koyan tadi. Kebetulan ada kunci rumah Mek aku masuk rumah mek ditemani Cik Ros untuk mencari surat abi. Umi memang amanahkan aku ambil surat jika ke Koyan, memandangkan abi tidak berkesempatan.

Selesai, aku singgah Mobil untuk isi minyak. Dengan yakin, "Adik, isi penuh ya". Sambil tu aku tengok dompet, cukup ni, dalam hati. Minyak dah diisi. Penuh. Tengok tengok. Oh no, RM 50.00? Aduyai, salah budget lah pula. Selalu dalam RM 40 sahaja. Dalam dompet ada RM44.00 dan duit syiling yang aku tak kira berapa. Alamakkkkkkkkkkkk~Takkan nak patah balik minta pada Cik Ros, nanti kantoi dengan mek, mek bising nanti. Aku dengan yakin bayar RM44.00 sahaja beserta meninggalkan I/C tanpa segan silu kepada adik jaga petrol pump tu. "Nanti akak datang balik, percaya tak ni, awak jangan jual pula I/C tu". Adik tu angguk. Mungkin dia gelak dalam hati.

Waktu tu aku hanya terfikir Kak Zak. Kak Z ada di Tersang. Call Kak Z. "Akak, ada kat rumah tak, saya nak pinjam RM6.00 tak cukup isi minyak di Koyan". Kak Z menjawab ok. Aku dengan pantas ke Tersang. Pergi dah dalam 15-30 minit macam tu, patah balik Koyan semula pergi Mobil semata-mata nak bayar RM 6.00. Adalah 40 minit agaknya. Ces, lawak, lawak. Rupa-rupanya Mak Cik jaga kaunter kat dalam Mobil kawan Mek, la, apasal tadi aku tak nampak beliau. Katanya kalau kenal tak bayar pun tak apa. Nak dijadikan cerita. Aku nampak adik tadi je, huhuhu. Lepas tu aku balik Raub semula. Konon nak tidur Koyan malam, tak jadilah. Aku tidur seorang Cik Ros tak bagi. Aku tak kisah. Balik Raub pun sendiri juga, Kak Z dan Kak T tiada.

Ahad, 30 Oktober
Pergi kerja lagi, seperti biasa. Staf pejabat beritahu aku, ada kemalangan maut berhadapan pusat servis Produa berdekatan Taman Raub Jaya semalam. Jalan sesak dari situ sehingga berdekatan pasaraya Thong Fatt, mungkin dalam 2, 3 atau 4 kilometer kereta sesak, tak bergerak. Lori dan kereta bertembung. Pemandu kereta mati di tempat kejadian. Selepas kerja aku balik ke Karak, beritahu abi kisah kemalangan tu. Abi kata, ada hikmahnya aku balik Koyan, sebab kemalangan tu berlaku masa aku masih di Koyan.

Isnin, 31 Oktober
Aku hari ni masih di Karak, aku cuti sehari. Cuti ganti. Pukul 10.00 pagi lebih kurang abi call, Pak Cik Man kemalangan di KL, pagi tadi selepas menghantar Mak Cik Ze ke tempat kerja. Meninggal dunia. Aku baru sahaja jumpa PC Man waktu balik raya ke Kelantan. PC Man kelakar orangnya dan rajin. Abi dan umi bergegas ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku tak dapat ikut, adik belum balik sekolah, lagipun petang adik ada exam KAFA. Itulah kerja Tuhan, hanya Dia lebih mengetahui. semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh. Jenazah akan dikebumikan di Ulu Klang hari ni juga.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tahniah adikku!

Alhamdulillah, adikku Muhammad Mujahid telah menerima lesen penyenggaraan kapal terbang beliau yang pertama. General lesen sebelum melepasi peringkat seterusnya nanti. Permulaan yang perlu diteruskan. Insyaallah De, kakak yakin awak boleh! 5 tahun De belajar di METC (MAS Engineering Training) Subang. 5 tahun, bukan suatu tempoh yang singkat. Mesti buat yang terbaik! Lagi setahun sahaja lagi, sabar!

Senyuman kegembiraan! Hangar 6, KLIA, 17 Oktober 2011

100 years of aviation, dirasmikan oleh Dato' Sri PM kita

Bergambar kenangan di hangar

Hangar ni kalau nak dibandingkan seperti bengkellah, cuma kapal terbang tidaklah dipanggil bengkel seperti kenderaan darat. Hmmm, selepas ni konvokesyen Kak Nisa, Kak teh dan Along pula, huhuhu......Alhamdulillah...Semoga Allah berkati usaha kita....

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ukhwah

Hari ni selepas kerja, ada jamuan Raya pejabat. Banyaklah makanan, Alhamdulillah semuanya licin, habis tidaklah membazir. Talapiah bakar, patin bakar, kambing bakar, rendang, nasi impit, nasi minyak dan banyaklah lagi. Tidaklah aku makan semua yang ada. Agak-agak muat perut. Makanan? Eh, bukan itu yang utama, seronok melihat staf-staf membawa keluarga masing-masing, bawa anak-anak, geng-geng bujanglah yang kena usik apa lagi, hehe, nakal betul mereka. Hmmm, seronok juga, sebelum dan selepas jamuan masing-masing tahu apa tugasan yang perlu dibuat. Semangat kerjasama gitu!

Lama juga aku tak komen blog kawan-kawan, hmmm, rindunya hendak berkumpulan membincangkan soal-soal kehidupan, masalah-masalah dunia dengan sahabat-sahabat di Penang dahulu. Mereka banyak membuka mata aku supaya dapat lihat lebih jauh. Kita tak dilahirkan untuk hidup seorang di dunia. Kita perlu bermasyarakat. Ya, itu sesuatu yang aku perlu sentiasa belajar. Belajar bermasyarakat. Tak semudah yang disangka.

Adakah kita hanya mahu berkawan dengan orang yang kita kenal sahaja? Bagaimana dengan orang di sekeliling? Aku seronok di kawasan rumah sewa aku yang baru. Di Taman Kenanga, Raub. Taman ini antara taman perumahan terawal di bandar Raub ni. Jadi, jiran-jiran sememangnya agak rapat. Kebanyakannya perempuan suri rumah yang ada juga sedikit sebanyak membantu keluarga dengan menjahit dan membuat kuih. Terasa seperti dah kenal lama cara mereka berbual dengan kita. Tak rasa terasing walaupun aku tak tahu sembang tentang apa. Tapi, layan.

Di sebelah kanan, tuan rumah dengan empat orang anak. Di sebelah kiri, nenek yang tinggal seorang. Tapi, semuanya sangat ramah. Umi pernah pesan, hendak bersembang dengan orang tua, kita kena banyak diam, dengar apa yang beliau hendak cakap, itu lebih baik, sebab orang tua ni mudah kecil hati. Kalau dipanggil kena menyahut, yang lucunya nenek ni sedang bercakap dengan telefon, dalam masa yang sama ajak aku sembang. Serba salah aku. Masuk rumah sekejap, keluar balik cari dia. Hmmm..Hidup berjiran, jangan sombong~

I've change a lot these days, learn and learn, =)
Kg Tok Muda

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Melakar memori


Bila datang masa bertandang,
Belum tentu suka di hati,
Bila masa pandang pandang,
Itu jauh sekali.

Musim hujan berlalu pergi,
Tidak pula risau di hati,
Zaman teknologi zaman IT,
Itupun tak menjadi.

Kais-kais ayam mencari,
Mencari makanan sebiji sebiji,
Buat keputusan susah juga ni,
Harap redha Allah jua menanti.

Palu palu si gendang ketapi,
Dipalu palu di tepi titi,
Aduhai bila dah jauh hati,
Habis semua kerja tak menjadi.

Asyik berdendang cerita lama,
Tapi penuh budi bahasa,
Budi yang baik dikenang jua,
Itulah dia cerita bangsa.

Usah dikenang cerita lama,
Yang dikejar tak dapat dikendong terlepas,
Bagaimana mahu diubat hati yang lara,
Ingatkan Allah mestilah ikhlas.

6.14 petang, 11/02/17~KTokMuda

Haha, bila baca semula pantun ni, kelakar pula. Hmmm, seronok juga berpantun dalam waktu orang terlalu sibuk dengan teknologi lalu melupakan apa yang nenek moyang kita ada. =)

Hmmm, Milah, Ecah, ok tak?

Milah, sangat seronok jumpa hari tu. Tak tahulah bila lagi saya berpeluang ke Kuantan. Kalau lalu Karak, beritahu saya ya. Hehe.

Ecah, terima kasih kad raya. Terharu habis dibuatnya. Dah lama juga tak dapat kad raya, ada juga yang nak beri tahun ni. Sebab tahun ni dan tahun lepas aku sendiri pun tidak beri kad raya untuk sesiapa pun.

=) Terima kasih kerana sudi bersahabat waktu susah dan senang~

Hari ni 14 Syawal 1432 H.
Jalan Tengku Abdul Samad.

Syawal 1432 H

Jarang juga sebenarnya dapat berkumpul begini. Hmm bertambah seorang anak abi dan umi. Kakak iparlah tu. Jadilah 10+1 beradik. Hehe. Aku sendiri pun selepas ni tak tahu juga ke mana. Kita merancang Allah yang menentukan. Ada hikmah di sebalik kejadian. Tahun ni along dapat pulang beraya di Semenanjung, tahun hadapan tak tahulah tu. Kerja oh kerja. Ada rezeki Mujahid (adik bawah aku) pula selepas habis latihan. Aku? Hehe, wait and see lah. Buat sementara di Raublah mana lagi. Ada peluang lain lebih baik aku pergi, tak kisahlah walau jauh pun.

Raya kali ni aku, along, Kak Nisa, Mujahid dan Kak Teh balik Kelantan pada hari raya ketiga termasuk mek, Ayah Cik (pak cik), Idah (sepupu) dan Oyum (sepupu). Kebetulan ada kenduri sepupu ayah (kalau aku dua pupu lah orang panggil, terkupu-kupu dibuatnya nak cakap tentang hubungan kekeluargaan ni bila ke Kelantan). Sesak habis Kelantan di jalan raya. Aku tak dibenarkan langsung memandu. Bak along bak Mujahid, tak baginya mereka berdua pada aku. Adalah dua kali agaknya aku memandu. Dalam 14 km, haha, itupun dari rumah Mak Nenek (nenek saudara) ke tempat kenduri, punyalah dekat. Tapi bukan biasa-biasa punya jalan. Ladang getah kot. Alhamdulillah teknik pemanduan semakin hari semakin baik walaupun agak cuai kadang-kadang.

Tapi, kali ni memang seronok, walaupun agak penat di tempat kenduri, aku rasa makin lama makin aku faham perangai mek (nenek). =). Lucu kan dah besar-besar baru nak kenal nenek sendiri. Hehe. =). Ya, aku gembira. Bulan Ramadhan pun banyak kali juga balik Koyan berbuka puasa dengan mek. Hmmm, alhamdulillah~

Felda Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang, 1 Syawal 1432 H

Semoga diampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan seharian kami Ya Allah, Kau perbetulkanlah niat kami sekiranya lalai dan leka Ya Allah, Kau peliharalah keturunan kami Ya Allah, Kau tempatkanlah nenek moyang kami yang telah pergi bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Al-fatihah buat Dr Abdul Aziz Omar


Di USM, Dr Aziz ni ialah pensyarah penasihat bagi projek tahun akhir aku bersama Suraya, Zahir dan Ecah.
Patutlah lama Dr senyap, rupa-rupanya Allah lebih sayang kan beliau. Bak kata Ecah, setiap kali kami berjumpa dengan Dr untuk berbincang tentang projek, sesi perbincangan akan bertukar menjadi perbualan tentang masa depan, seperti seorang bapa yang menasihati anak-anaknya. Begitulah beliau dengan kami. Suka betul Dr memberi semangat kepada kami, ditunjuknya gambar-gambar beliau sewaktu di London jika tidak silap. Dr sangat bagus dalam akademik. Selepas berijazah di USM Pulau Pinang, beliau terus menyambung pengajian PhD di luar negara. Itulah antara yang beliau nasihatkan pada kami, sambung pengajian. Siap tentang bekeluarga pun beliau nasihat. Hmmm.

Kata-kata beliau sentiasa menjadi pembakar semangat semasa aku tahun akhir. Tadi pun aku telefon Ecah, sedih betul Ecah. Memang kami anggap Dr macam ayah. Tak pernah aku anggap mana-mana pensyarah lain seperti Dr. Terasa sangat kehilangan ni. Dr di USM tak lama. Selepas kami habis belajar, kami dapat tahu Dr pun tidak bertugas di USM lagi. Terkejut juga dengar berita ni. Ada juga sekali aku hubungi Dr untuk maklumkan kematian ayah Ecah. Itulah kali terkahir aku bercakap dengan Dr. Selepas itu hanya melalui emel kami berhubung. Aku baru niat nak jenguk Dr bila-bila pada masa akan datang. Hmmm, tiada rezeki hendak bertemu. Tadi telefon nombor Dr anak beliau yang angkat.

Al-Fatihah, kami doakan Allah tempatkan Dr bersama orang-orang yang soleh.

Dalam kenangan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Soalan

Bila asyik kena tanya ni, tak terjawab juga dibuatnya.

"Biarlah rahsia."

"No comment."

"Entahlah."

"Rahsia alam" [Ni jawapan paling menarik]

Aha, begitulah jawapan ringkas dan padat.

"Syida, ada pak we? Tak payah malu malu, kami sporting."

Lah, baik tanya soalan pasti sikit. :)

"Syida, ada suami?"

Haha, bolehlah aku jawab dengan senang.

"Tiada."

Nilah dah kerja ni. Semua kot nak tahu. Sila tanya soalan lain.

Fikir fikir sayang tak kita pada Rasul melebihi perkara lain. Sayang tak kita pada Allah melebihi perkara lain. Yakin boleh jawab soalan tu. Tak weh, tak. Tipu ja kita ni. Sebab apa, sebab kita lalai kawan. Lalai. Memang kita ikut kah semua sunnah Rasul, semua pesanan baginda. Memang kita tak buat kah larangan Allah. Ya Allah, malu, malu. Sedangkan baginda sayangkan umatnya termasuk kita yang tak pernah bertemu ni. Tak boleh tahan, bila sentuh bab ni. Rasa diri ni banyak sangat buat dosa. Istighfar, istighfar.

Aku boleh ja kawan dengan sesiapa pun tak kira perempuan dan lelaki. Tapi, dengan lelaki aku hati-hati juga lah. Hmmm, bukan senang juga orang nak faham hal ni. Bagilah buku apa pun suruh baca, solusi yang orang alim beri, tapi kita ikut kah. Aku takut, takut. Nak bina masjid, nak ada anak yang baik baik, mesti mula dengan hubungan antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang baik. Pernah dengar ibu ayah juga boleh jadi menderhaka terhadap anak? Sebab tak didik dengan agama. Hubungan awal tu sendiri jalannya bagaimana, bawa sampai ke anak cucu kot keberkatan hidup ni. Itukan tujuan kita hidup, nak cari keberkatan.

Belajarlah dengan orang tua tua, mak ayah yang tak tinggal solat, Insyaallah semua jadi baik walaupun tak kaya harta. Sebaliknya, rumah porak peranda, habislah, mesti ada yang tak kena, tak berkat kot. Kita diberi pilihan dalam hidup ni, nak jadi baik ke jahat. Kita pilih, Allah akan bantu.

Bingung, bingung, akar masalah tak selesai kot. Semoga Allah berikan jodoh yang mampu membimbing bukan melahirkan generasi perosak. Nauzubillah. Ini harapan kawan, harapan. Nak dapat orang baik, kita kena jadi baik dulu.

Gerimis di lautan,
mendayung sampan ke kuala,
bukanlah niat untuk bermusuhan,
sekadar ingatan bersama.

Aku cuma mahu yang baik baik menanti pada masa hadapan. Nak marah aku, marahlah. Nak buat macam mana, aku, aku, macam nilah, tak boleh terima, aku tak salahkan sesiapa.

Yang sudah sudah tu jadikan sempadan dan ingatan, pernah buat silap, minta ampun dengan Tuhan.

Seronok apabila melihat ada kawan kawan telah memilih mengikut sunnah dengan berkahwin. :)

Buat diri yang mudah alpa

Duhai hati,
Sabarlah dalam menghadapi dugaan dunia,
Berusahalah untuk menjadi lebih baik,
Carilah teman baik yang dapat membimbing.

Wahai diri,
Penuhkanlah ilmu yang bermanfaat,
Untuk disampaikan,
Buat diri, keluarga dan sahabat.

Ya,
Kita mudah alpa,
Jadi, dekatkanlah diri dengan kebaikan,
Jauhi kemungkaran dan kemaksiatan.

Tidak rugi air mata mengalir menangisi dosa silam,
Bertaubatlah,
Itu yang terbaik,
Dalam mengejar redha Tuhan,
Bukan redha manusia semata-mata,
Insyaallah.

Jalan Tengku Abdul Samad, Raub
8 Syawal 1432 H

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Ucapan ringkas

Salam Ramadhan yang terakhir barangkali buat semua.

Salam Aidilfitri juga.

=)

Sambutlah dengan keinsafan bukan semata-mata berkehendakkan hiburan.

27, 28 dan 29 Ogos masih bekerja. Akan bercuti bermula 30 Ogos 2011 sehingga 5 September ini. Ziarah sanak saudara dan keluarga tersayang di Felda Sg Koyan (Pahang) - Felda Lembah Klau (Pahang) - Tanah Merah (Kelantan) - Karak (Pahang) - Kembali ke Raub dan bekerja.

Wallahua'lam.

Al-fatihah

Aku baru sahaja meminjam dua buah buku iaitu Anak Belantara Tropika dan Pencinta Alam karya Cikgu Azizi Haji Abdullah. Semalam, diberitakan beliau meninggal dunia. Al-fatihah buat beliau, bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kita doakan beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Ameen.

Baik

Ya, semua orang pun mahu jadi baik. Kau pun mahu jadi baik, aku pun mahu jadi baik. Jadi, jom sama-sama jadi baik. Kau dan aku berbeza? Aku boleh faham tentang kau. Sila hormat pendirian masing-masing kerana aku mahu jadi baik.

Bukan bulan Ramadhan pun dah habis cerita pasal orang lain, jika bulan Ramadhan pun masih tak dapat buang sikap makan daging saudara sendiri, apa guna kita berlatih menahan pelbagai dugaan dalam bulan Ramadhan. Bukan bulan Ramadhan kau kata ada syaitan mencucuk. Masalahnya bulan Ramadhan sudah dijanjikan diikat anasir-anasir itu.

Apa guna kita berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadhan lebih daripada itu. Aku kecewa dengan kau, sahabat.

Itu sahaja, salam Ramadhan buat semua.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Buku

Semalam sempat singgah di Perpustakaan Awam Raub. Entah kenapa, bangunan itu yang ingin sekali aku masuk. Mendaftar dan meminjam dua buah buku. Anak Belantara Tropika dan Pencinta Alam karya Cikgu Azizi Haji Abdullah. Ternyata perpustakaan daerah ini tidaklah begitu banyak koleksi buku yang ada. Memandangkan setiap kali hanya dua buah buku yang boleh dipinjam, aku memilih karya Cikgu Azizi terlebih dahulu. Ternyata kecintaan beliau terhadap alam sekitar sangat tinggi. Pada bahagian penghargaan Anak Belantara Tropika itu sendiri tercatat ucapan terima kasih beliau terhadap Sahabat Alam Malaysia.

Selepas ini, Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain akan menjadi pilihan. =) Itupun Interlok tiada di dalam simpanan perpustakaan tersebut. Aku belum habis membelek semua buku yang ada, masa sangat mencemburui.

Perlukan waktu. Agak ketinggalan di usia ini barulah aku mula membaca karya-karya hebat penulis tanah air. Tapi, aku tidak menyesal.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

Pengisian

Salam, apa khabar semua hari ini? Sihat?

Sudah tiba masanya Ramadhan kembali, jadi bagaimana persiapan 11 bulan yang kita ada sebelum ini? Sudah cukupkah ilmu di dada untuk diamalkan? Fikir-fikirkan sahabat sekalian.

Makanan jiwa mana hendak dicari? Ia tidak akan datang sendiri tanpa usaha.

Duduk bersimpuh di atas tikar,

Asyik teringat kisah lalu,

Jika tak tahu perlu belajar,

Usah segan tak perlu malu.


Biar perut kenyang tetapi sekiranya jiwa kosong, hidup ini tiada maknanya. Kehidupan di dunia akan ada penghujungnya. Mana mungkin kehidupan di akhirat yang kekal abadi kita lupakan sahaja.

=), Salam Ramadhan al-mubarak buat semua yang mengenali diriku. Ayuh sama-sama cari bekalan untuk hari mendatang.

Syahidah,

Kg Tok Muda.

Kesempatan


Sangat memerlukan masa yang banyak untuk membaca! Gunakan kesempatan yang ada. Sewaktu ke Kuantan 20 Julai yang lepas, sempat juga aku sambar sebuah karya Dan Brown di East Coast Mall.

Asalnya hendak dicari novel A Thousand Splendid Suns karya Khaled Hosseini, tak jumpa pula, lain pula yang aku beli. Ternyata The Kite Runner masih menghantui diriku. Ya, berbaloi-baloi.

=)

Syahidah,
Kg Tok Muda.

Apa yang perlu


"Sahabat, bantu aku, terasa begitu kosong jiwa ini, terasa ada kekurangan yang perlu diisi."

"Ya, aku tahu. Kita berada dalam situasi yang sama."

Ternyata, apabila menyatakan soal kehendak, setelah diperoleh apa yang kita mahu, kita pasti mahu yang lebih lagi daripada itu. Kita tidak akan pernah puas.

"Dulu, aku ingin benar memiliki kamera digital, akhirnya kerana terlalu banyak gambar yang diambil, aku tidak tahu lagi dimana mahu disimpan gambar-gambar itu, dalam komputer riba pun terlalu banyak"

"Dulu, aku ingin benar memiliki kereta sendiri, akhirnya kerana terlalu banyak duit yang perlu digunakan, bertambah besar belanja bulanan aku"

"Dulu, aku ingin benar........, akhirnya........"

"Dulu, aku ingin........., namun........"

Begitulah, begitulah, kehendak dan keperluan jasmani. Namun, dalam diri itu, masih ada yang kosong. Ya Allah, benar-benarkah aku ambil pengajaran perkara yang lepas.

Biarlah berjujuran air mata, menangisi dosa semalam kerana belum tentu esok milik kita.



Perlu usaha lagi

Semalam, singgah bank Islam sebelum bertolak ke Karak, tak semena-mena aku gagal mengawal gear, lalu kereta terdorong ke hadapan. Bumper kanan hadapan habis. Mujur fog lamp masih dalam keadaan baik. Cuak sungguh. Kebetulan berjumpa Kak Zara di tempat letak kereta. Adalah juga orang yang datang membantu menurunkan tahap gelabah ni.

Cadangnya nak tolong masukkan duit yuran sekolah Akmar, tapi lain pula jadinya. Patutlah rasa tak sedap hati sahaja dari pejabat lagi. Rasa nak tak nak balik Karak. Tapi, duduk rumah sewa pun tak tahu nak buat apa, cabut balik Karaklah apa lagi.

Pagi tadi dah hantar MMS kat De, tunjuk bahagian yang rosak. Bahaya betul. Tersalah gear. Habis.
Esok, nak tak nak teruskan sahaja niat ke Raub semula, esok kerja. Adalah hikmahnya tiap-tiap kejadian tu. Terfikir juga hendak ke Kuala Lumpur sebenarnya hari ni.

Rupa-rupa terhalang, ya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. =)

Tunggu gaji baru hantar bengkel, budget lari da~Rumah sewa pun mahu bayar da~

Syahidah,
Kg Tok Muda.

Hikmah penantian

Mac, April, Mei, Jun dan sekarang Julai. Ya, hari menanti hari, minggu menanti minggu, bulan menanti bulan. Jujur, banyak yang aku pelajari daripada staf-staf. Soal pengurusan kaunter hinggalah tugasan di luar pejabat. Ya, aku senang bekerja di sini kerana Raub dekat sahaja dengan Karak. Pada hujung minggu aku tidak bertugas, langsung aku pulang ke rumah. Sementara aku belum punya tanggungjawab lain, lebih baik pulang sahaja.

Faham-faham sahajalah, masih bujang bukan? Bukankah begitu? Sementara masih kuat tenaga untuk berbakti, sementara masih kuat untuk beramal, tidak perlu menanti hari tua, baru mahu memulakannya. Beruntung sekali. Ya, beruntung sekali. Ingat sebelum mati, ingat sebelum sakit, ingat sebelum tua. Begitulah aturan seterusnya.

Apabila berbicara soal penantian, tiada lain yang boleh dikatakan, selain berusaha, sabar dan bertawakal. Ya, menanti apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tentunya. Perancangan yang di sana adalah lebih baik daripada perancangan kita sendiri. Aku sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya di dalam apa jua yang aku lakukan. Itu pasti. Yakin.

Renung dalam-dalam, hati biar tenang. Biar ada keberkatan. =)

Insyaallah.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

Cik NFAA

Nurul Farhana Abd Aziz,

We'll meet someday, okeyh~

=)

Aku nak minta maaf sebab selalu buli kau ganti aku untuk kelas tuisyen malam, nampaknya lepas kau pergi, aku pun pergi, ya, rezeki itu di mana-mana, cuma kita sendiri yang lupa. Kita lupa sekecil-kecil peristiwa pun ada hikmahnya kan.

=)

Aku nak ucap terima kasih sebab kau memang junior yang bagus. Idea dan buah fikiran kau selalu membantu aku membuat keputusan tanpa kau sedari.

=)

Aku nak minta maaf sebab aku tiada masa untuk bersembang-sembang dengan kau.

=)

Terima kasih kerana meninggalkan kenangan dan gambar-gambar untuk aku tatap selama kita di SIF.

=)

Send my regards to your mum sis.

Dan satu lagi, Fb aku deactivate tau~

=)

Senyum. Khas untuk sahabat-sahabat.
Tidak terungkap lagi apa yang lain.
Kalian banyak membantuku.
Terima kasih untuk segalanya.

=)

Tenang

Tak sabarnya nak bercuti. 30 Jun hingga 4 Julai ni akan ke Sabah bersama keluarga menziarahi along. 4 tahun along di sana, inilah kali pertama kami berpeluang.

Aku, aku seperti biasa, masih setia bertugas di Raub bagi bulan yang keempat. Akan datang ada rezeki di tempat lain aku akan pertimbangkan. Teman-teman sekerja selalu menyatakan aku beruntung kerana menganggur tidaklah lama. Sebelum konvokesyen lagi sememangnya aku sudah bekerja, sebagai guru, pekerjaan pertama setelah berijazah. Ya, aku tidak perlu memilih dalam situasi sekarang. Walaupun pekerjaan yang kedua sekarang juga berlainan, sekurang-kurangnya ada perkara baru yang aku pelajari.

Mereka juga kata aku beruntung kerana merasakan aku masih muda, ialah berbanding dengan mereka berbeza dua tiga tahun di atas aku dan juga lebih daripada itu. Bukan masalah umur, sebab apa yang paling atas itulah. Rezeki memang bukan kita yang tentukan. Percaya dengan ketentuan tetapi tidak bermakna kita tidak perlu berusaha.

Aku bukan tidak mahu sambung belajar, malah sangat ingin melakukannya. Aku menetapkan sebelum umur aku 30 tahun, aku akan berbuat demikian mengikut situasi semasa. Perancangan perlu dibuat, semoga diperkenankan.

Ya, aku tenang dengan keadaan sekarang. Walau apa pun yang berlaku, aku perlu sabar, itu pasti.

Insyaallah, Tuhan usah dilupakan.

Bukit Koman tidak berkapal,
Emas bertabur di sini sana,
Biar ikhlas dalam beramal,
Tak terhitung pahala menanti di sana.

Syahidah,
Bukit Koman,
Raub.

Once


Do we really appreciate everything we have done before? The things we decide, the things we choose. When it is happen, sure we don't really have the guts to confront by ourself. So, we need friends and family, someone that we can believe to, someone that we can talk to. Anything. Not even a single word to be untold secretly.

Being 24 years old, I tend to believe more on the way we deal with people around. The important of trust, so nothing such a conflict would happen.

Lately, I hate the way we might underestimate others. Talk back. Stab back. Erggghhhh. Loyalty and honesty went down surely.

Guts. Guts. Show your guts. Don't show your weakness. Perhaps, believe that the other way round, we are not born alone, we need others too. So do the task given by Allah The Almighty, remember that.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Both

Salam,

To Kamilah Razlan dan Nurul Aishah Mohd Kholeb,

Maaf lama tidak online, haha~

Ni memblog pun seringkas mungkin.

=)

Masa yang terisi

goggle image

Alhamdulillah, walaupun penat bekerja dua minggu tanpa henti, syukur, masa terisi dengan kerja, jadi tak perlu sedih, tak perlu risau, bahagiakan diri dengan kerja. Hari Buruh kerja juga, Hari Wesak kerja juga~

Insyaallah, usaha lagi untuk peningkatan kerjaya akan datang, walaupun sekarang berstatus kontrak, masih ada ruang untuk maju ke hadapan, perbaiki mutu kerja, perbaiki kebolehan diri. Apa yang penting bahagia dengan tugas.

Biasalah orang lain buat hal kita juga boleh jadi dapat susah, dugaan betul, sabar, tak boleh sokong siapa siapa. Tapi, maaf, aku takkan cover line. Tak adil sama sekali. Sama-samalah kan buat kerja. Hmm, macam macam perangai da~

goggle image

Aku,
Belajar erti setia,
dalam kebenaran hakikat,
Kita akan pergi jua nanti,
kembali kepada Pencipta,
Sudah dekat.

Esok?
Mungkin.

17 Mei 2011,
KTokMuda

Mei menanti

30 April 2011

~Kemas barang pejabat untuk berpindah ke Raub
~Jalan jalan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama Farhana Yahya

2 Mei 2011 dan seterusnya

~Bekerja di Raub, mungkin pertengahan bulan Jun ke Bentong semula
~Menyewa semula dengan Kak Nik, Kak Khatijah dan Kak Zakiah di Raub
~Mahu belajar mengait dengan lebih serius, mujur jumpa buku terbitan Karangkraf di PBAKL, belajar melalui Youtube tak cukup
~Juga belajar menulis, tentunya buku dari PTS!
~Juga menambah koleksi dan jenis resepi untuk dicuba sendiri

Pernyataan hasrat jangka pendek untuk keberkesanan jangka panjang. :)

Tugas


Tak apalah orang nak kata apa, yang penting kita buat kerja kita, kita buat elok elok. Nak cari keberkatan dalam hidup kan. Takut, takut tengah kita leka tak buat kerja betul betul Allah tarik nyawa kita. Ha, bagaimana nak jawab? Dosa kita orang lain tanggungkah?

Ya lah, ya lah aku faham. Aku pun tak serba bagus. Tapi, aku berusaha untuk menjadi bagus. Bagus kan, kan.


Sikap memandang enteng benda kecil, lama lama hal yang senang pun kita tak tahu buat sebab kita ingat selama ni kita cukup bagus. Ya lah, dah sombong sangat dengan tugasan tu. Jadi, semuanya main ubah ubah tanpa melihat dan menganalisis situasi sebenar, yang penting ada laporan akhir. Sedangkan, hanya bagus mengubah data, tapi tak bagus dalam berfikir.

Tak senang hati kawan, tak senang. Tengoklah sekejap duit kita tu mengalir, sebab dah sah sah tak berkat. Buat tak betul. Main pusing pusing sesuka hati.

Pengalaman, pengalaman, semuanya bermula dengan sikap kita sendiri.

:)

Zikir fikir

Nota Fikir untuk Zikir oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi, terbitan Galeri Ilmu

Baiklah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allah kurniakan kita aqal untuk berfikir. Bagaimana mahu memandu aqal supaya berfikir perkara yang baik baik, yang elok, yang elok. Aha tu pun kena fikir. Tak bolehlah fikir sampai merasakan apa apa rezeki yang kita dapat tu atas usaha kita sendiri. Istighfar, istighfar. Jangan lupa, Allah yang memberi rezeki. Jadi, mahu berfikir mesti berserta dengan ingatan kepad Allah. Barulah apa yang kita buat tu berkat. Zikir tu sendiri bermakna kita ingat dengan Tuhan.

Apabila berusaha, tapi tak dapat apa yang kita mahu, berfikirlah, renunglah. Pasti ada yang lebih baik akan menanti.

Ah, bengang betul, apsal tak dapat, apsal orang lain dapat apa yang mereka nak?

:), tenang, tenang, diam, diam, renung, renung, ingat Tuhan, ingat Tuhan, tak perlu marah, tak perlu, tak perlu, cuba senyum dan senyum. Insyaallah yang baik baik menanti di hadapan.

Selamat berfikir dan berzikir~

Buat Cik tersebut

Assalamualaikum,

Sahabatku Fairuz Liyana Mohd Fuad,

:)

Aku doakan yang terbaik untukmu. Pilihan memang ada di tangan kita, tetapi jangan lupa siapalah kita sebenarnya. Hidup bukan beerti hanya untuk perasaan diri sendiri sahaja, tak lupa juga perasaan orang lain. Sebenarnya dalam apa apa jua situasi, memaafkan kesalahan orang tentu buat kita lebih rasa yakin diri sendiri. Aku tahu, kau kuat, kau tabah. Aku kenal kau mungkin tak sampai dua tahun. Tapi, kau selalu bagi nasihat pada aku. Sebetulnya aku tidak banyak pengalaman untuk diceritakan. Apa pun aku akan sokong pilihan kau dari jauh. Kita memang kena belajar bagaimana mahu menguruskan perasaan kita. Kita yang lebih tahu apa yang kita mahu. Oh tentulah tak lupakan hubungan kita dengan Pencipta.

La Tahzan, ya ukti~Insyaallah segalanya Allah akan bantu.

Aku dari negeri sebelah.

Buat Nurul Aishah Mohd Kholeb

Ada chemistry gitu!

Assalamualaikum,

Buat Nurul Aishah Mohd Kholeb aka Ecah,

Apa khabar? Salam rindu, salam manis, salam sayang buat kau dari negeri sebelah. Kenapa mahu bersedih sedih. Oh oh Insyaallah masanya akan tiba jua untuk anda. Sabar, sabar dan sabar. Usaha, usaha dan usaha. Hehe, pandai pandai kan aku ni. Haha, kenapa sedih weh~Siap ada entri khas ni. Khusus ni. Bukan calang calang orang aku bagi peluang ni~Ce citer, ce citer~

Syida~
dari negeri sebelah

Atas talian

Tak lengkap rasanya jika tidak membincangkan hal ini di sini. Perkara paling penting dalam hidup kita. Kita selalu leka dengan dunia internet seolah-olah tanpa internet kita mati. Bangun tidur belum gosok gigi pun ada yang dah buka laptop. Huh! Punyalah taksub dengan berada di atas talian. Ya, ya aku memahaminya. Aku pun terlibat juga kan. Namun, kita perlu sedar sebagai umat Islam, kita perlu juga beron-line dengan Allah, memohon apa sahaja dengan seikhlas yang mungkin supaya kehidupan kita, hubungan kita, kerjaya kita, pelajaran kita dan apa sahaja yang kita buat diredhai-Nya. Jodoh kita. Teettttt~

Sangat santai, sekitar 114 m/s sahaja. Dalam sejam atau kurang daripada tu boleh habis baca. Online dengan Tuhan oleh Zulkifli Khair terbitan PTS.

Aha, apalagi, jangan solat hajat, solat tahajud waktu periksa ja. Jom, on-line dengan Tuhan!

:)

Entri khas

Salam,

Khas untuk Kamilah Razlan,

Terima kasih kerana menjadi sahabat di waktu susah dan senang, banyak rahsia saya dengan awak ni, haha. Terima kasih kerana rajin ke sini~

Saya tidaklah sibuk sangat sebenarnya, 8 pagi hingga 5 petang waktu bekerja. Ada giliran bekerja hari Sabtu dan Ahad. Petang pun sampai rumah dalam 6.30. Jadi, agak malas nak buka internet waktu malam, tidur sangat awal. Dah macam baby.

Kerja saya tidaklah terlalu sukar seperti menjadi guru tahun lepas, kali ni lebih tenang, lagipun tak jauh, masih di Pahang~haha, tak tahulah rezeki pada masa akan datang kan~

:)

8 April 2011

8 April 2011

Umi dah boleh berjalan hari ni, tak perlu bergantung pada alat penyokong. Tapi, Akmar pula masuk Hospital Temerloh pagi tadi. Kecemasan, terjatuh di asrama. Bagus betul budak budak bilik Akmar, tolong telefon abi, tolong kemaskan barang, sampaikan senior bilik tu dukung dia. Ya Allah, berbudi bahasa betul.

Yang si Akmar pula, seronok katanya naik kerusi roda. Bertuah punya budak. Ya lah dah nama pun kecemasan. Tangan terseliuh. Biasalah budak form 1 masuk asrama, banyaklah ceritanya, jatuh kerusilah, terhantuk katillah, baju hilanglah. Huh~Buat semua pihak risau dan bimbang.

Ya, Alhamdulillah, tiada apa yang serius, tapi bunyinya sangat merisaukan~

Oh, esok dan lusa tidak bekerja~aku perlukan ruang-ruang untuk diri~tapi itulah hakikat kehidupan~roda berputar~kadang di atas~kadang di bawah~

Munasabah

Dah tiga hari umi terbaring kat bilik, hmmm, terjatuh hari Isnin baru ni, aduyai, ikutkan aku dah dekat Karak kot waktu tu masa price watch. Umi dan abi memang macam tu pun, apa-apa hal tak mahu risaukan anak-anak. Hari ni aku ambil cuti, beranikan diri minta dengan bos. Cuak juga sebenarnya, jarang aku suka cuti cuti ni tanpa sebab munasarawak. Kot ya pun, agak-agaklah kan, takkan nak biar umi sendiri sorang sorang kat rumah. Memang hati perut keringlah kan.

Abi balik awal hari ni, semalam dan kelmarin. Biasanya abi ada mesyuarat hari Rabu, hari ni Alhamdulillah cepat pula mesyuarat tamat. Abi bawa balik alat penyokong tu, apa nama entah, nak kata tongkat bukan tongkat, ala yang ada dua dua belah tu, kiri dan kanan, supaya senang umi nak jalan. Masa ada orang kat rumah bolehlah tolong tolong. Nak harapkan adik, adik pun taklah baik mana lagi Nephrotic Syndrome tu. Tadi geng geng umi datang menjenguk. Adalah dalam sepuluh orang kot ziarah umi. Begitulah, terharu, terharu, semangat dan ukhwah.

Kak Teh pun ada call, De pun ada contact, Kak Nisa sekali, terima kasih, terima kasih semua~

Tapi kan sejak dua menjak ni mengapakah aku sering rasa sakit sakit kepala ini. Kerja+keluarga+diri? Pening kepala, pening kepala.

Muhasabah, muhasabah, semoga Allah permudahkan urusanku, keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku. Semoga semua orang yang aku sayang selamat dunia dan akhirat, sama-samalah kita berdoa, solat, solat, solat, baca al-Quran, baca, baca dan amalkan~

Asam garam

Dua tiga hari ni, kepala agak pening-pening lalat. Entah apa yang difikir-fikirkan. Here it goes...

Dua tiga cubit garam,
Terlupa pula letak asam,
Ragam manusia macam-macam,
Susah juga hendak faham.

Jalan jalan kaki,
Jalan terpijak batu,
Aku dah naik geram ni,
Ada yang nak kena siku.

Dalam bangunan sunyi sepi,
Mujur disinggah kawanan burung,
Rezeki tu Allah yang bagi,
Tak sedar juga dek untung?

Tiada air tiada api,
Pandai pandai hiduplah ni,
Tiada keberkatan dalam diri,
Hidup susah sampai mati.

Berkereta Persona ke tengah bandar,
Melilau lilau mata mencari,
Tak mahu dengar susah diajar,
Itulah dia si hidung tinggi.

Van Ford hitam megah di jalan,
Elok parkir di tepi bangunan,
Bukan niat untuk bermusuhan,
Sekadar pesanan buat ingatan.

~Tribute to all~The wrong is in us, not the religion~
KTokMuda~Syahid' rambling~3 April 2011

Bulan April ini

1 April 2011

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bermula tugasan di Bentong. Hari pertama yang agak sunyi kerana di sini sememangnya kami berlima sahaja. Kak Maria, Tuan Syed, Kak Laila, Kak Zakiah dan aku. Memang sunyi. Bilik pun sunyi, lagikan bangunan pejabat. Hanya kicauan burung-burung di tingkat atas memecah kesunyian itu. Layan~Tapi bos ada datang menjenguk, kebetulan waktu balik dari tugasan luar, ada bos dan dua staf dari Raub datang tengok tengok.

Wah, bagaimana mahu dihadapi hari-hari seterusnya~

Timbang timbang tembikai berbiji,
Tembikai dikisar dibuat minum,
Bimbang bimbang apa kan jadi,
Ayuh kembali kepada Pencipta alam.

Sebiji epal dijual 90 sen,
Eh eh sudah tiada komen~

Pernyataan hasrat

Aku suka gambar ni, dari persimpangan ke puncak, tapi aku dah lupalah aku fikir apa waktu tu. Back days, around April 2007. Adalah tu sikit sikit pernyataan hasrat~

Alhamdulillah, alhamdulillah, gaji pertama dah masuk, hehe. Bila semak semula pernyataan hasrat, nampaknya ada juga perkara yang perlu ditangguh terlebih dahulu. Hmm, tak apa, tak apa, positif, positif. Apa yang penting mesti simpan Tabung Haji beberapa peratus. Bercadang juga nak buka akaun ASB. Tak buat-buat juga lagi.

Tadi Kak Teh telefon dari Sabah, kalendar akademik UMS dah berubah. Semester baru bermula bulan September, jadinya cuti akan jadi semakin panjang. Wah, Kak Teh bercadang nak ambil lesen kereta. Hmmm, bolehlah aku top-up sikit sikit. Tu pun memang termasuk dalam pernyataan hasrat aku. Banyak ni sebenarnya. Layan~

Tarikh pernyataan hasrat yang diperbaharui ialah 13 Mac 2011. Aku bahagi tiga pernyataan tu. (1)Jangka panjang dan (2)jangka pendek yang ditulis dengan selesa. Ada 12 dalam senarai utama. Dipecah-pecahkan lagi banyak lah. (3)Pernyataan hasrat untuk diri sendiri yang agak sukar untuk dicatat. Haha~Semua sekali ambil lebih kurang dua muka surat buku latihan sekolah. Macam-macamlah. Untuk masa depan. Keh, keh, jadi tak jadi belakang kira. Matlamat mesti ditulis ya tak. Hidup mesti berani gagal.

Waktu waktu tengah down, tengok balik pernyataan hasrat tu, fuhhh, terus semangat. Pernyataan hasrat akan sentiasa aku update untuk rekod sendiri. Sekiranya perlukan sebarang perubahan mengikut keadaan semasa. Aku tulis dalam diari tertutuplah, bukan diari terbuka macam blog ni~

Esok ke Raub lagi~wassalam~kerja da~

26 Mac 2011

Tadi terlihat wall Raja Norliyana, mengucapkan tahniah buat seorang kenalan sekolah, rupa-rupanya isterinya Azreen sama Desa dengan aku di USM, kecil betul dunia ni ya. Tahniah~

Hehe, apa lagi hendak diceritakan, Isnin ni akan ke Tanah Tinggi Cameron, ada urusan kerja. Insyaallah 1 April baru aku bekerja di Bentong, anjak dua minggu dari permintaan asal. Jadi, 28 hingga 31 Mac ni aku perlu ke Raub semula, tumpang rumah sewa Kak Khotijah, ikut sekali Kak Khotijah ke pejabat, hehe. Terima kasih, terima kasih.

Rumah sewa bertambah lagi seorang penghuni, Kak Nik dari Kelantan. Anak dua orang. Si Habib , dua tahun, yang sulung tak banyak karenah, begitu adik bongsu Habibah Khadijah, 3 bulan. Aku tanya tanya jugalah apa amalan Kak Nik semasa mengandung. Kak Nik kata sewaktu mengandungkan Habib, adalah 6 kali khatam Al-Quran. Huhuhu~ibu solehah betul, terharu aku dibuatnya. Itulah budak Habib ni disenangi orang. Cuma aku ni adik-adik dah besar, tak berapa pandai nak ambil hati budak kecil. Hnnss, hnnss. Beruntung Habib ni, aku doakan besar nanti banyak sumbangannya untuk Islam.

Insyaallah~

Dunia hari ini

Tak belajar sejarah lampau, sukarnya kehidupan zaman perang, Lokasi : Taman Belia Pulau Pinang


Tsunami, perang,
nuklear, gempa bumi,
tak mahu ditulis yang tidak tidak,

tak mahu bergembira tak ingat ingat,
Christchurch, Fukushima,
Tripoli, Tahrir, Pattani,

kuasa Tuhan tidak nampak nampak,
pemimpin, orang yang dipimpin,
bertelagah tak sudah sudah,
kuasa Tuhan,
kuasa Tuhan,
nak lawan apa lagi,
tak boleh,
tak boleh,
ish, ish,
tak sudah sudah....
lupa Tuhan.

10.25 malam, 20 Mac 2011
KTokMuda
Karak

Erti tanggungjawab

Semalam, di kenduri Ain, aku jumpa kawan-kawan sekolah sewaktu di SMK Seri Bentong. Termasuklah Didie yang sedang mengandung. Laila, Eja, Apa, Aishah, Mimah, Mdect, Ana, Erni, Emma dan Biah. Hmmm, aku percaya dengan suatu perkara, perkahwinan bukan soal cinta semata-mata, itulah intipati yang anda akan jumpa apa bila membaca ATN dan BSKS. Berkenaan tanggungjawab, positifkan suasana sebentar, ketepikan soal masalah yang mewujudkan perpecahan institusi perkahwinan. Keutamaan rasa ingin bertanggungjawab. Boleh jadi itu kekurangan dan ketidaksediaan kita. Wah, mula-mula berdua, kemudian ada anak, dan, dan lagi. Bersediakah untuk bertanggungjawab?

"Eh, kau bukan bujang lagikan Syahidah, nak cakap pasal ni pula kan. "

"Hehe, aku cuma beritahu dapatan ilmu dari pelbagai sumber. Tak salah kan, kan"

Buku ni aku baca tahun lepas, ada di perpustakaan sekolah Farabi, hehe, baca percuma, tak perlu keluar duit ya tak. Tentang Cinta, oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Baca tulisan beliau dalam majalah Anis pun ok juga.

Dibeli sewaktu di USM lagi

Baca buku tajuk sahaja cintan cintan, tetapi persoalan pertama yang cuba dirungkai dalam buku yang aku minati tentulah manfaat yang boleh aku perolehi. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, karya Hamka. Ceh, jiwang sedikit kali ni, mood pergi kenduri kawan-kawan. Hujung bulan lepas Hidayah di Perak, bulan enam tahun lepas Kak Wan di Kelantan. Jeng, jeng, oh ya, bulan September nanti majlis Kak Ada di Klang mungkin sama tarikh dengan kenduri Sani dan Put. Aduyai, macam mana ni? Klang mesti pergi, sebab awal-awal lagi dah janji dengan Kak Ada. Sani dan Put pula kru-mates, wajib juga. Adeh~

Lap, lap, lap [love, love, love], muahahahaha~

Nikah+cinta+rindu

Alhamdulillah, hari ni sempat berkunjung ke majlis perkahwinan seorang sahabat sekolah rendah iaitu Ain Munira Johari, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati semalam. Isu paling kerap dibincangkan dengan rakan-rakan, perkahwinan, biasalah dah tamat ijazah, itulah topiknya. Ada beberapa buah buku yang aku ingin kongsikan hari ini, penulis yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hasrizal, pemilik blog Saifulislam.com, memang dah lama aku lawati blog tu, tak silap Yan yang perkenalkan aku blog ni. Tulisan-tulisan yang segar, mudah difahami.

ATN

BSKS

RBPT

ATN, lupa pula baca di mana, tetapi masa di kampus lagi, BSKS pula aku beri kepada abang aku, nampaknya bak kata kakak ipar, along baca sampai terharu, ngeh ngeh. RBPT pula hadiah sempena konvokesyen tahun lepas, pemberian Kak Wani. Tiada ulasan kritikal yang mahu dicoretkan di sini melainkan buku santai ini boleh dibaca dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. =P. Buku tulisan Pahrol Mohd Juoi pun bagus.

Kata-kata hikmat hari ni~Bercinta selapas nikah? Ada berani? haha~

Lapang

Ah, kadang-kadang tak bersyukur,

diberi peluang curi tulang,

ada masa buang karan,


Ah, susah betul jadi orang tak amanah,

Senang-senang dapat tunai,

Hujung nanti jawab dengan Tuhan,


Eh, aku cuma nak hidup senang,

Masa depan kaki digoyang,

Dosa aku kenapa kau yang tidak senang,


Oh, kau cabar Tuhan,

Hujung masa kau tak cukup bekalan,

Bersusah susahlah memohon kemaafan.



~KTokMuda~Mac 2011~Syahid~

~Melankolik drama pentas manusia yang melupakan Tuhan~tribute to all~

Realiti

Mengukir senyuman dalam terpaksa,
merenung makna dalam dalam,
mengenang apa yang indah,
tapi semuanya punah,
tangan-tangan manusia durja,
tiada apa yang tinggal,
merancang apa di hadapan,
malang sekali,
lupa kewujudan sebaik-baik perancang.

Mahu dicoret tanda ingat,
tetapi terpalit kata ego,
menjauhi dan mengelak,
supaya tiada yang tidak bermanfaat,
Tipukah semua ini?
Penuh persoalan,
Terus tiada jawapan.

3.26 petang
~KTokMuda~
13/03/11

Rezeki

25 Februari yang lepas, sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku mendapat panggilan dari pejabat. Namun, disebabkan telah membeli tiket, aku teruskan sahaja perjalanan ke Pulau Pinang. Asalnya mahu menghadiri temu duga, bertukar menjadi program tidak dirancang, tiba di USM PP jam 5 pagi, menumpang di blok Kak Wani.

Jam 10 pagi, 26 Feb, Dila mengajaka aku menyertai Training of Trainer, layan, antara yang masih aku ingat ialah apabila koordinator membicarakan soal siapa kita, sebagai makhluk, kefahaman asas yang sering kita pandang enteng ialah berbezanya kita dengan Pencipta ini ialah soal had dan sempadan, ketinggian kita, berat badan kita, had umur kita, semuanya ada sempadan. Lihat muka bumi juga makhluk, tak semena-mena Jepun ada tsunami, Mobarak dijatuhkan, Gaddafi menunggu masa, begitulah aturan, sebagai makhluk, tiada istilah kekal. Tidak dapat memandang semuanya dengan hikmah, memang salah sendiri. 5 petang, aku, Kak Wani, Abel, Kak Suna, dan Dila sempat berjaulah ke Taman Belia PP, alhamdulillah semuanya baik, malam tu pula kami melawat Nazurah yang mengalami kecederaan di kaki, sehingga sekarang, segalanya beransur pulih.

Esoknya, 27 Feb, sempat ke SD dan Masjid Bertam, bersama-sama mengikuti kelas pengajian di sana, petangnya pulang semula ke USM, menjenguk She dan Kak Leh, lama betul tak jumpa, Alhamdulillah pengajian Sarjana mereka berjalan lancar, itulah rezeki kan, Insyallah aku doakan kalian berjaya. Jam 9 malam, bersama-sama Wan, Dila dan Kak Wani melihat-lihat pesta Temasya Olahraga Tahunan USM, melilau di sekitar gerai. Jam 12 malam aku pulang semula ke Pahang. Sg Nibong-Jalan Duta~

Tempat baru

1 Mac 2011

Aku mula melaporkan diri di Pejabat Perdagangan, ya itulah tempat kedua bekerja aku setelah bertugas sebagai guru tahun lepas. Sehingga 11 haribulan ni aku perlu belajar selok-belok tugas aku di Raub. Selepas dua minggu aku akan ditempatkan di Bentong pula. Alhamdulillah, dekat dengan rumah. Aku cuma perlu menyesuaikan diri dengan waktu pejabat, 8 pagi hingga 5 petang, wah, tak keruan aku tunggu waktu habis. Seronoklah juga, berkenalan dengan Kak Marni, Kak Lin, Kak Ira, Kak Mira dan Faizah, tak lupa kakitangan yang lain. Pegawai Pemantau Harga (PPH), aha itulah namanya. Layan. Mendengar kawan-kawan berleter apabila bincang tentang kerja memang melucukan, yalah aku pergilah ni, tengok, kan aku dah mula ni.

Berjalan kaki di Bukit Koman,
Ada kubur di seberang kanan,
Apalah yang hendak kita amalkan,
Supaya kehidupan diredhai Tuhan.

Memang ada kubur weh, kubur Kristian dekat pejabat aku, masa jalan kaki dari kedai makan baru aku perasan seberang jalan sebelah kanan. Insaflah aku hari-hari. Ya, itulah namanya makna melalui pemerhatian alam sekeliling. Kita ini makhluk, ada had dan sempadan. Jadi, umur kita pun ada had, ya ya tahun ni umur aku 24, adakah aku bersedia? sedangkan kita tak tahu bilakah kita akan meninggalkan muka bumi ini?

Potret perjuangan mahasiswa dalam cerminan sedekad

Ust Riduan Mohamad Nor, terbitan Jundi Resources, sumber : sini

Mahasiswa, anak muda yang memainkan peranan penting dalam sosok kehidupan manusia sepanjang zaman, mampu meledak perubahan politik, sosial dan kepimpinan negara. Wajarlah kebangkitan anak muda sememangnya ditakuti pemerintah berhati batu walau di mana-mana serata dunia. Nama-nama seperti Saidina Abu Bakar, Uthman bin Affan, Arqam bin Abi Arqam, Talhah bin Ubaidullah yang dilahirkan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang berani menentang jahiliyah pada zaman tersebut.

Sejarah dunia tidak dapat lari dari gesaan anak muda yang bersemangat seperti Jose Rizal (Filipina), Sheikh Muhammad Abduh dan Hassan al-Banna (Mesir), Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen tu Shiu (China), Raden Anjeng Kartini (Indonesia), juga di Burma, Thailand, Algeria, Afghanistan dan Tanah Melayu sendiri. Kesedaran untuk membebaskan diri dari penjajahan mendorong Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin dan Abbas Kalali dari kampus al-Azhar menebarkan kepedulian sosial politik kepada masyarakat Melayu.

Tahun-tahun 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an di Malaysia menyaksikan mahasiswa mampu menggerakkan idealisme mereka yang dipengaruhi keadaan persekitaran di seluruh dunia. Ini membuktikan mahasiswa pada ketika itu peka dan memahami tanggungjawab sosial yang perlu mereka lakukan dalam membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Membaca buku ini dan membezakannya dengan situasi tahun 2011 tentulah bagaikan langit dan bumi.

Zaman Tunku Abdul Rahman memperlihatkan kebebasan bersuara diberikan buat mahasiswa selain mahasiswa sendiri dipandang tinggi oleh masyarakat. Namun, kini semuanya tinggal sejarah, tiada lagi kesempatan dan ruang buat mahasiswa menyatakan pendirian yang lebih jujur. Kekangan pentadbiran selain budaya hedonisme yang lebih menjiwai pelajar merubah segalanya. Sekarang, media tinggal memaparkan salah laku pelajar peringkat tertiari ini.

Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, mereka juga pernah menjadi mahasiswa. Namun kini apa yang dapat dilihat majoriti persatuan di kampus lebih dibenarkan untuk mengadakan program bakti semata-mata, tiada yang lebih menjurus dalam melahirkan idea yang lebih bersifat glokal.

Wallahua'lam,

Ba'da Isyak.
Kg Tok Muda.
07/02/11

Isabella wajah baru

Edisi lama yang aku miliki

Ada terbitan barulah buku ni. Bagus bagus. Rujuk di sini. Berbicara tentang buku memang menyeronokkan. Aku percaya membedah buku tentunya lebih menyeronokkan, lagilah jika kita dapat memberi semangat kepada orang lain melaluinya. Dan juga membaca di mana-mana, di tempat awam mahupun di dalam kenderaan. Fenomena ini sekiranya berterusan dapat membantu membudayakan ilmu itu sendiri.

Sedangkan pengembaraan mencari ilmu itu sendiri telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, apatah lagi kita sekarang. Begitulah hendaknya. Insyaallah.

23/02/11
KTokMuda

Salam+Akum+Genius


Sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi, aku jadi teringat emel berangkai atau pun mesej yang sering diterima melalui telefon bimbit ataupun laman sosial. Akan ada sahaja pernyataan-pernyataan yang mengatakan tidak boleh menggunakan perkataan Akum dan perkataan Salam kerana ia membawa maksud-maksud tertentu di dalam agama lain. Bertambah lucu si pengirim juga bukanlah orang tak tahu agama, bertambah kasihan apabila si pengirim sendiri tidak pula cuba menyelidik kebenaran tetapi terus sahaja forward tanpa mengambil kira kesan akibat perbuatan tersebut.

Habis, bagaimana penggunaan s.w.t dan s.a.w, bukankah itu juga perkataan singkatan? Hebatnya nenek moyang kita apabila datangnya Islam ke Tanah Melayu, mereka sedaya upaya menterjemahkan dan mempermudahkan orang Melayu sendiri untuk menerima ilmu agama Islam, maka lahirlah Tulisan Jawi yang hidup segan mati tak mahu ini. Sungguh mengecewakan! Jasa genius dilupakan begitu sahaja.

Seorang pemanggil menelefon dan bertanyakan kepada Ustaz kebenaran kesalahan penggunaan Akum dan Salam. Ustaz tersebut memberitahu singkatan dalam mesej bukanlah sampai merosakkan maksud asal. Perlukah kita menaip Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dalam ruangan Create Message hanya selepas itu untuk bertanyakan khabar? Bukankah ruangannya terhad?


goggle image

Dalam buku Berfikir seperti Genius ini menggariskan 20 ciri Genius. Buku terbitan INSANIAH (KUIN,Kedah) ini memberikan gambaran cara dan teknik berfikir seperti Genius. Antara sifat-sifat seorang genius yang dinyatakan ialah Beriman kepada Allah [Faith to God], Mempunyai visi yang jelas, Mempunyai keinginan melakukan perkara yang baik [Desire], Kebolehan mengurus [Managing], Komitmen, Ketekunan, Belajar dari kesilapan, Cinta pada belajar, Kebolehan minda, Gambaran, Fikiran positif, Auto-cadangan positif, Bisikan hati, Dalam kumpulan intelektual, Role-model dalam minda, Amanah, Keberanian, Kreatif, Cinta pada tugas dan Sentiasa bertenaga. MAPPiCXS ialah gabungan MAP, PICTURE dan MATRIX.

Sekurangg-kurangnya belajarlah cara genius, tak perlu terima bulat-bulat apa sahaja yang diberi di depan mata.

11/02/18 16:03
KTokMuda

Cabaran


since a few months melangut jeh kat rumah, aku membuat keputusan untuk ke penang minggu ni, apa nak jadi jadilah, kang silap hari bulan aku jadi wakil pemberontakan jiwa plak nanti, baik aku keluar, jalan jauh skit, cabar diri sendiri, jangan pandai baca buku, jangan pandai cakap je, tapi x pandai buat, nak layan budak-budak lagi, aduhai memang kalahlah, what a shame~~har har, but that school banyak mendewasakan aku jugak la, memang zaman kampus zaman paling relax~tak macam zaman kerja~

huh, best ni, macam kat word nak taip, har har, nanti aku delete la, kekacauan jiwa y melanda, bagaikan berputar-putar bintang berkelipan [aku da start mengarut memadangkan aku sakit jiwa, lalalalla]~

jiwa yang lara bakal mengundang parah yang berterusan, tak dapat nak teruskan kisah Sang Semut yang terbengkalai baru satu page, perlukah aku lebih menseriuskan diri, tetapi ilham hanya datang tak menentu, lain-lain waktu hanya omongan kosong yang mampu dicatatkan oleh tukang catat underground seperti aku, tak mengharap ada yang sudi bertandang, mahukan orang diberi faham, hidup kat dunia ni memang tak tenteram, kalau kita masih nak cari wang, tanpa mengenal halal dan haram, rezeki bukan di tangan manusia tetapi Tuhan jua yang Maha Pemberi,

ok, typing is good, since ia membetulkan tahap kerisauan melampau yang aku alami sekiranya suka memikirkan yang bukan-bukan,

ah, jiwa kembali kacau, orang kata perempuan itu melecehkan, aduhai beruntunglah perempuan mempunyai multiple emosi~ har har~the complicated person the only one in this world~what a powerful~tapi memandangkan usia pun dah menjengah lagi 6 tahun nak 30 ni, memang buat terfikir-fikir juga akan masa depan, tapi masa depan tanpa dokongan Iman dan Islam serta persekitaran yang terus menekan belum tentu dapat mematangkan diri seseorang, maka berusahalah selagi boleh~

aku dah letih~

21/o2/11
Ktokmuda....

Tinta pena


Pena,
Benarkah kau medan perjuangan,
Puitis puitika si penulis,
Menentang kebobrokan pengkhianat agama,
dan juga bangsa.

Hadir,
Memberi harapan nan sejuta kepentingan,
Masalah yang berakar,
Kau tempat diluahkan.

Perlukan,
Medium perantaraan,
Sejernih air dan alas berlapikkan nilai dan adab,
Salahkah berharap?

Mungkin atau pasti,
Adakah sinar Islam akan kembali,
Hanya di balik awanan milik Tuhan,
Tiada siapa yang boleh mengerti.

Kritikan halus,
Bukan membenci,
Bahkan menyayangi makna persahabatan dan persaudaraan,
Apakah makna kesedaran jika tiada permulaan.

Apakah perlu permulaan bersulamkan kebejatan,
Ah, kekadang dihamburkan kata nista,
Tapi itu bukan pesan Nabi.

15 Rabiulawal 1432 H~KTokMuda

Berbisa

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Apa nak buat benda dah jadi,
Apa lagi hendak dikenang~ [nswm]

‎Dua tiga si anak kanggaru,
melompat-lompat di tepi muara,
hidup memang haru biru,
sekadar ujian buat hamba~ =) [Fy]

Anak kanggaru bukan anak kucing,
Tiada kaitan anak buaya,
Hidup memang buat kita runsing,
Kalau Tuhan kita buat lupa-lupa. [nswm]

hari hari makan kari
makan kari atas lori [flmf]

Kari dibawa naik lori,
Lori bukan milik Pak Ali,
Wah, seronoknya hari ni,
Kawan-kawan berpantun kat sini.. [nswm]

hari-hari aku makan kari
pantun ini ada saja sendiri
sejak lahir hingga berlari
sampai ada guru suruh berdiri :p [fmlf]

bijak sungguh berkata-kata,
alam maya jadi perantara,
susah beno nak cari idea,
menjana pantun wat semua.. huhu.. [fy]

Semanis kurma rancangan suami isteri,
ilmu munakahat buat mereka,
haha, aku tak layan la lagi,
Nanti pening kepala. [nswm]

Pantun Melayu pantun tradisi,
Walaupun kita tak pandai pun,
Ia tetap dekat dihati,
tanda kita hormat pantun~ [nswm]

manisnya kurma dimakan orang,
baru faham sekarang..hehe [fy]

kak syahidah wan mahassan,
termenung tepi pokok rambutan,
cepat la cipta pantun cipan,
buat tatapan sahabat sekalian^^ [fy]

buah cempedak di luar pgar,
buah jambu habis dimakan,
kehidupan mesti terus dikejar,
dunia akhirat jangan dilupakan [mnwm]

Buah rambutan buah cempedak
enak dimakan bersama keluarga,
Alhamdulillah takkan lupa kelak
...Akhirat jua tempat akhirnya~ [nswm]

laptop itam laptop putih,
jangan di pandang lama2,
laluan hidup kita boleh pilih,
jangan pilih terlalu lama....~ngeee~ [mnwm]

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
facebook menjadi tempat himpunan family,
xdapat disangkal lagi,
dunia fana menjdi tempat diuji. [fy]

idea datang dan pergi,
kadang-kadang ada bernas ada keji,
semua perlu pedoman ILLAHI,
sebagai panduan setiap hari,,, [mnwm]

hidup cuma satu kali,
peluang kedua jangan mimpi,
berjuanglah wahai umat nabi,
sama-sama mencari redha Ilahi=) [fy]

malam dah naik pekat,
tidur malam pakai kain plekat,
lapar perut apa nak buat,
rendam mee kembang cepat..... [mnwm]

kembang kencut tali kecapi,
kenyang perut suka hati,
Alhamdulillah ada makanan hari ni,
...Esok lusa belum tentu lagi [nswm]

alhamdulillah masih ada rezeki,
idup kita di bumi Malaysia,
kasihan rakan-rakan saudara di luar negeri,
hidup seharian tak tentu masa, [mnwm]

mesir, iran, iraq dan yemen,
gelombang rakyat semakin meningkat,
akibat kuku besi kerajaen2,
mintak jauh Malaysia melekat.... [mnwm]

Libya, Tunisia, pun Malaysia sekali,
Mana-mana ada pengangguran,
Bila pemimpin nak insaf ni,
Nak tunggu rakyat buat perhimpunan? [nswm]

perhimpunan bakal rugi masa,
wang juga kehabisan,
pilihanraya hampir tiba,
kalau layak jangan salah pilihan.. [mnwm]

Baiklah Tuan empunya diri,
Memberi nasihat bernas sekali,
Semoga Tuan dimurahkan rezeki,
Allah jua tempat mohon rezeki~ [nswm]

cabang demokrasi banyak pilihan,
pilih dan undi bagi yang layak,
semoga dinda beroleh kejayaan,
lindungan ALLAH dipinta banyak. [mnwm]

kalau demokrasi tiada berguna,
demonstrasilah jawabnya,
jika ramai pemimpin yang terlena,
maka Islamlah pilihannya. [nhz]

Kita fikir cara melerai,
Malaysia tempat tumpah darah,
Akar masalah tidak selesai,
Sama-sama kita usahalah. [nswm]

Mnwm[along], nswm[aku], Fy[Fadhilah Yahaya], Flmf[Fairuz Liyana], nhz[Cikgu Huda]

11/02/17 23:49

Iklan


Mula-mula aku ingat kakak ni nak tutup blog beliau, rupa-rupanya under construction~hehe~yeh! Boleh baca lagi, walaupun agak low-profile, tapi sebenarnya seseorang yang agak terkenal keluarga beliau ni...hehe..tapi tak apalah, yang penting kita jangan buat orang susah hati kan.

Blogger mesti ada sebab sendiri kenapa kadang-kadang yang datang kat blog tu orang yang tidak dikenali. Aku sebenarnya sampai sekarang tak tahu siapa. Aku ingat classmate aku, tapi setahu aku, dia komen dalam Bahasa Melayu. Hadoi, biaq pi la. Kalau classmate, patut ada alamat emel dan nombor telefon, boleh kan tanya kawan-kawan yang lain.

Wah, wah, adakah aku perlu lebih serius dalam bab tulis-tulis ni, aduhai~takkan aku nak cerita pasal perasaan je kat blog, mana tahu, aku cerita yang sedih-sedih boleh buat orang lain bertambah sedih, bila aku dah mula cerita pasal diri sendiri tu maknanya i've no idea at certain point.

Cakap pasal buku lagi, wah, wah, nerd nya aku, takkan dalam hidup ni tu je aku buat.

Cakap pasal resepi? Alamak, simple-simple tahulah, itupun sure kawan-kawan pun tahu buat. Setakat yang biasa-biasalah.

Nak bagi tazkirah? Wah, wah, aku tak mahir bab tu, aku suka sembang-sembang dalam kumpulan, bagi pendapat, share buku-buku apa pernah dibaca dan apa-apalah. Macam dalam kumpulan dengan Fairuz liyana and the gang, Kak Wan and the gang ataupun Farabi and the gang. Mostly dah tidak update blog masing-masing. Huhu~

Aku suka berkawan dengan semua orang. =P. No gaduh-gaduh! Aku nak pi makan ikan masak asam pedas dan kobis goreng. Semalam masak kicap. Simple. Yang penting ada lauk, ada sayur dan nasi. Mujur keluarga aku tak memilih, aku buat biasa-biasa pun habis. Alahai. Ini entri simpanan. Haha~aku baca pun gelak, emo je lebih~

12:07 AM 10/27/2010
Frustrated i am? yup, a lil bit, shud i stay waiting for the answer. the answer. yup the most powerful answer. the answer which may change my world. but, it is the best way? i don't know. May Allah forgive us. isn't that bad, pray to Allah but you feel that you've done so much sin towards Him. past is past. ya, i know that. but it's happen more than once. how cud i face all of this again. i don't know which way to go. thankful to Allah, always remind me, in many ways, cuz Allah never fail. human, yup if human do not conquer themself with the five pillars of Islam and the six pillars of iman, the human will do so many sin. human won't care about the islam. about the iman. shud i follow this bad manner? but, i'm still human being, so i must pay the things back.

ooo Allah please guide me, too many reason you've showed me, but i'm still confused.
my study, my future life, my family, all together in front, i cudn't stand it anymore...
n always being like this, there is a time i forget about The Creator of human kind, there is a time i come to Him, I know, am I not working hard yet.

maybe, past years ago, i had a bad thought to my own father...i thought i've done the best thing i ever had, who knows, so angry as a young woman on that time, without further thinking,
i had a bad thought to the Creator too, please forgive me Ya Allah, so many things come out in my mind, i'm taken the mara exam last week, so many people there, at kolej mara beranang, ramai gler, surprising, my xcoursemate, my xcoursemate pun ada sekali rupa2nya, but i'm too late, so we don't met each other on that day..even kak diya pun ada, tak de jodoh betul.

actually i'm too afraid to talk about this thing again and again..do they understand the way i am...

sooo funny, i hate strangers, but i'm the one who not keep this diary by myself, it's open..anyone will stop by..are we bloggers semuanya pendiam? not really, even the ex prime minister got one..itu pemikiran dangkal if i say so. i'll do this, i'll type this, anyone are welcome here..shud i closed my previous blog? means, my previous entry, haha, i read that al-baqarah ayat 216....yup, i've been told so many times about the ayah..la tahzan..must be a reason behind all of this..The Creator knows best, and always knows, no one on earth will know better.. The Creator is the only one...

Buku


Someone shud know what to read, what kind of books to choose, n is there any discussion shud be about the book..sindrom tak suka buku yang menular akan melahirkan masyarakat dengan inferioriti complex yang menebal...

yeh, maybe i'm reading to much n i don't really care bout what kind of books shud be, i'm also forgetting to discuss and study what the main point in the book itself..

whenever i had a time to read, i just believe that if only i want to discuss the book i must do it directly after finished the book, but if it longer than that, i can't even remember what's the whole story is about...that's point indicate how one's cud digest and keep the memory in mind..since that, after a few months and maybe a few years after that, i'll only remember the feeling read those book not about the content at all..

not to worry, i'm not english writer~never thought to be~

Regards,
Me.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...