M Nasir



Sengaja aku goggle M Nasir, kemudian terjumpa link ini. Sebabnya lirik-lirik lagu M Nasir ada maksud tersirat.


Lirik lagu ni sangat menikam kalbu, ada kritikan di dalamnya, wahai pencacai bangsa! Menang dengan otak bukan dengan pedang.

Mode sebenar : Fikir sendiri

Ayam oo ayam


Ayam goreng serai

Bahan
ayam dipotong
3 batang serai dihiris halus
serbuk kunyit
garam
*perap bersama ayam 30 minit
Cara
Goreng sehingga kekuningan. Gunakan kunyit hidup lagi sedap. Kalau rajin goreng ayam perapan tadi yang telah dibungkus dengan daun pandan. Caranya ikat daun pandan pada ayam perapan dan goreng.
Ayam yang digoreng tadi juga boleh dibuat masak pedas

Ayam masak pedas
Bahan
ayam perapan serai yang telah digoreng tadi
bawang merah dan cili kering yang dikisar
air
asam keping
garam

Cara
Tumis bahan yang telah dikisar. Masukkan ayam goreng dan asam keping, kacau, tambah air jika mahu berkuah. Apabila hampir masak, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

Sumber : umi dan sesuka hati saya, =P.

Kisah permata

April 2007, sehari sebelum menemui puncak Korbu, Banjaran Titiwangsa, Perak Darul Ridzuan

Begini,

Bahagianya si permata,
berteduh di puncak gunung,
melihat alam terbentang.

Tapi,
Di kaki gunung,
tangan-tangan makhluk,
membuat kucar-kacir di serata tempat.

Siapa siapa membaca,
Ayuh baca dalam dalam.

Siapa siapa mendengar,
Usah menjadi tuli.

Siapa siapa melihat,
Ayuh guna mata hati.

Realiti,
Permata perlu fahami.

Syahidah,
Kg Tok Muda.
21 Januari 2011.

Tinggalkan pergi

Masa berubah, kita juga mungkin berubah, persekitaran tentunya membuatkan sesetengah tanggapan kita juga berubah. Apa yang telah berlaku tetap menjadi sejarah, walau pahit sekalipun, tetapi pernahkan kita sedar kekurangan diri. Pernahkah kita sedar tujuan kita di sini.

Mungkin apa yang kita buat, ada yang terluka, ada yang menangis, dan mungkin juga ada yang ketawa, itulah lumrah manusia. Sebenarnya semua tu akan kita tinggalkan jua suatu hari nanti. Hidup takkan pernah selesa seperti yang kita idam-idamkan. Bahagia juga boleh jadi ujian, sedang sakit kita anggap ujian, mana mungkin bahagia itu senang? Kenapa begini? Sebab apabila kita bahagia akan ada yang iri hati.

Iri hati itulah mendatangkan ujian. Bersabarlah menghadapinya. Insyaallah, kepada-Nya kita memohonn petunjuk. Semoga hidayah-Nya memakmurkan alam.

Turun ke pekan tak naik naik,
Masjid Karak tempat dituju,
Memanglah sukar menjadi baik,
Beginilah sekarang dan juga dulu.

Syahidah.
Ba'da Isyak.
Kg Tok Muda.

Tasik Harapan, Mac 2010

Dari bilik berita

Sastera
Aku cadang nak cari novel Interlok. Hehe, pedulilah orang politik cakap apa, lagi aku teringin nak baca karya tu ada la. Layan. Perempuan Politikus rasa macam ada nampak kat kedai buku kat sini. Tapi waktu tu kenapalah aku tak beli.

Politik
Nama aku dah boleh mengundi untuk pilihan raya akan datang. Umi cadangkan aku tukar tempat mengundi ke Sg Koyan. Di Karak dari dulu dua-dua bukan orang Melayu, bukan orang Islam, tak mahulah. Aku tahu apa nak buat tentang ni. =P

Subsidi
Muak dengan perbandingan harga minyak Malaysia dengan Singapura dan Thailand. Kewajaran patut diberi terhadap perbandingan dengan miyak dari Baharin, Qatar, Kuwait, Libya, Arab Saudi, Iran, Nigeria, Turkmenistan. Ah, buat aku teringin nak ke Venezuela, 16 sen seliter.

Sejarah
Harap ramai lebih suka belajar subjek ni. Puas aku fikir kenapa aku tak suka belajar Sejarah waktu sekolah. SPM pun cukup cukup makan. Tiada maknanya nak dapt A1. Teringat kerja cuti sekolah kajian Wali Songo yang aku buat waktu tu.

Sukan
Tiba-tiba ambil tahu tentang bola. =P. Dapat rumah sebiji. Bagus. Bagus. Jangan lupa daratan sudah. Tapi kenapa dengan badminton eh.

Pendidikan
Pening tengok budak sekolah jadi mangsa. ?/{)%#@$~* Apa salah budak-budak ni kena terima dasar-dasar tak menentu orang dewasa.

Pulau Pinang tempat belajar,
Pergi sana naik feri,
Kalau betul mahu belajar,
Mesti ada cita-cita dalam hati.


Layan lagu Resah.

Syahidah.
Kg Tok Muda.

Selingan

Ni kipas

Hmm, nampaknya tidak dapat menipu diri sendiri, sampai bila-bila aku akan terus merindui Selangor Darul Ehsan. Sob sob. Walaupun agak kerek untuk bertegur sapa dengan mereka. Ya, dan juga tidak dapat lagi lepak di Klang, jalan-jalan dan makan-makan dengan housemate. Mula-mula dulu Kak Diya, Kak Bung, Kak Nad, nilah empat orang yang aku kenal di Meru. Kemudian muncul Kak Nong, Fairuz, Farhana, Kak Ada dan yang terakhir Kak Lin. Termasuk Ela untuk tiga hari. Apalah salah mereka aku tinggalkan tempat tu. Lagilah tak dapat tahan bila tengok gambar Kak Zie, Kak Huda, Kak Jum, Kak Liz, Kak Sal, Kak Ngah, Kak Ipah, Izrien, Wawa, budak-budak 3 Cekal, dan yang lain.

Hidup mesti diteruskan. Rindunya aku dengan Selangor Darul Ehsan.

Insyaallah suatu hari nanti kelapangan waktu aku bercadang mahu juga ke sana semula. Semoga Allah limpahkan kasih sayang antara murid dan guru, antara guru dan guru, antara guru dan staf, antara staf dan staf, antara murid dan murid dalam menegakkan syiar Islam.

Pergi ke PKNS Shah Alam,
Makan makan beli buku,
Itulah lumrah alam,
Datang dan pergi saban waktu.

Maafkan aku.

Syahidah.
Kg Tok Muda.
Darul Makmur.

Bila lapar


Ikan masak cili api pegaga
Bahan-bahan

3 ekor ikan - kerat dua
dua atau tiga genggam pegaga - rendam, dicuci bersih dua tiga kali, supaya tidak berpasir

setengah genggam ikan bilis
setengah inci kunyit hidup
5 biji cili api - kurangkan pedas boleh tambah cili besar, nak pedas, tambah cili apilah

serai - dititik, 1 atau 2 batang
santan
air
garam

Cara

Ikan bilis, kunyit dan cili ditumbuk. Masukkan dalam periuk, masukkan serai, tambah air, kacau, masukkan ikan, masukkan pegaga. Ala-ala menggelegak tu, masukkan santan, kacau sentiasa, akhir sekali garam sesedap mungkin.
Musim-musim hujan ni, pegaga di luar rumah banyak sangat, alang-alang dalam peti ais sayur dah berkurang, ambil di luar. Pegaga ada banyak jenis. Cuba tanya tanya yang mana jenis lemak rasanya. Tersilap nanti pahit. Serai tak beli, pegaga tak beli, cili pun ada tanam. Layan. Samalah macam campur dengan pucuk ubi atau pucuk paku. Sedap weh. Siap ada budu lagi. Makan pula waktu hujan mencurah-curah, dengan sayur betik muda pula. Fuh!

Sayur betik muda
Bahan

Betik muda sederhana - dicincang halus panjang panjang
Setengah genggam ikan bilis
Dua ulas bawang putih - dicincang
Sebiji bawang merah - dicincang
Garam

Cara

Tumis ikan bilis, bawang-bawang hingga mengancam jiwa. Masukkan betik, kacau kacau. Siap! Eh, garam jangan lupa, nak kuah tambah air sikit.
Sumber : umi.

=P. Alhamdulillah tengah hari yang kenyang. Bersyukur Allah bagi rezeki juga walaupun banyak buat dosa. Cadang nak letak gambar, tapi tak payahlah. *Gambar dari Goggle.

Syahidah,
Kg Tok Muda.

Langit langit cinta

Semacam diari. Penulis menceritakan perjalanan beliau terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Cinta di Langit Gaza oleh Riduan Mohamad Nor.

Teringat peristiwa tahun lalu! Dan juga Flotilla! Gaza menangis, Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza, Ustaz Aris bergabung.

Siapa sebenarnya mereka? Sejarah Perjuangan Melayu Pattani, Nik Anuar Nik Mahmud.

Sahabat-sahabat di utara menggelar wilayah Selatan Thai ini sebagai Palestin Timur. Apa pun gelarannya, saudara seagama kita di sana masih ada yang boleh bertutur Bahasa Melayu versi mereka sendiri, hampir hampir dialek Kelantan, boleh membaca tulisan jawi, ia bukanlah pelik. Narathiwat, Yala, Songkla dan Pattani, empat wilayah ini anda boleh bertemu dengan mereka yang hampir sama seperti kita. Ah, tentunya di tempat lain juga di serata dunia. Atas sebab musabab pelbagai juga. Betullah sejarah bukanlah bermulanya Kota Melaka sahaja, bukanlah sekadar dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak.

Syahidah.
Kg Tok Muda.

VT





Hmm, VT karya penulis muda Hilal Asyraf ini sesuai sekali untuk peminat sukan membacanya, sukan adalah ibadah, meninggikan Islam melalui sukan menjadi persoalan utama buku ini. Selamat membaca!

*Gambar dari Goggle.

Syahidah.
Kg Tok Muda.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...