Bila lapar


Ikan masak cili api pegaga
Bahan-bahan

3 ekor ikan - kerat dua
dua atau tiga genggam pegaga - rendam, dicuci bersih dua tiga kali, supaya tidak berpasir

setengah genggam ikan bilis
setengah inci kunyit hidup
5 biji cili api - kurangkan pedas boleh tambah cili besar, nak pedas, tambah cili apilah

serai - dititik, 1 atau 2 batang
santan
air
garam

Cara

Ikan bilis, kunyit dan cili ditumbuk. Masukkan dalam periuk, masukkan serai, tambah air, kacau, masukkan ikan, masukkan pegaga. Ala-ala menggelegak tu, masukkan santan, kacau sentiasa, akhir sekali garam sesedap mungkin.
Musim-musim hujan ni, pegaga di luar rumah banyak sangat, alang-alang dalam peti ais sayur dah berkurang, ambil di luar. Pegaga ada banyak jenis. Cuba tanya tanya yang mana jenis lemak rasanya. Tersilap nanti pahit. Serai tak beli, pegaga tak beli, cili pun ada tanam. Layan. Samalah macam campur dengan pucuk ubi atau pucuk paku. Sedap weh. Siap ada budu lagi. Makan pula waktu hujan mencurah-curah, dengan sayur betik muda pula. Fuh!

Sayur betik muda
Bahan

Betik muda sederhana - dicincang halus panjang panjang
Setengah genggam ikan bilis
Dua ulas bawang putih - dicincang
Sebiji bawang merah - dicincang
Garam

Cara

Tumis ikan bilis, bawang-bawang hingga mengancam jiwa. Masukkan betik, kacau kacau. Siap! Eh, garam jangan lupa, nak kuah tambah air sikit.
Sumber : umi.

=P. Alhamdulillah tengah hari yang kenyang. Bersyukur Allah bagi rezeki juga walaupun banyak buat dosa. Cadang nak letak gambar, tapi tak payahlah. *Gambar dari Goggle.

Syahidah,
Kg Tok Muda.

7 ulasan:

PiNkLaDy berkata...

anda buat saya lapar di malam hari..
walaupun saya tak makan ulam-ulaman sangat, tapi kecur liur juga dibuatnya..

rajin cik syidah masak yer sekarang =)

syahidah berkata...

hehe,

tips awek muda kawan,

makan ulam dan baca buku!

huhu

aku taklah rajin macam kau yang buat berniaga, terima kasih resepi kek kau tu, huhu

Ana Murrabi berkata...

:)Hmmmm :)

senyum ini ada banyak makna sahabat...

:) ... :)

syahidah berkata...

aku jadi teringat dengan ikan masam manis y kau buat, dan juga roti canai y ko ajar aku tu,:(

Tanpa Nama berkata...

aiseyh,

musim hujan tempat aku harga ikan naik

ok, lupa letak ikan apa,

boleh guna y biasa biasa,

ikan selar, pelalin, kembung,

then jangan lupa tambah asam keping, satu cukup..

kamilah berkata...

kecur air liur tetibe...
nk kne kutip pegaga blakang umah..
tp yg kat umah cik harun lg besar2..hehe
ooo jadi tukang masak da skang..
anyway mmg da tertinggal bnyk ntry kat cni..

syahidah berkata...

aha,

apalagi, confirm mak cik salmah bagi lah,

huhu...

tu bukti cikgu milah sibuk tanda buku budak ni, hehe, kalau sibuk memblog kang tak siap urusan sekolah,

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...