Langit langit cinta

Semacam diari. Penulis menceritakan perjalanan beliau terlibat dengan aktiviti kemanusiaan. Cinta di Langit Gaza oleh Riduan Mohamad Nor.

Teringat peristiwa tahun lalu! Dan juga Flotilla! Gaza menangis, Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian di Gaza, Ustaz Aris bergabung.

Siapa sebenarnya mereka? Sejarah Perjuangan Melayu Pattani, Nik Anuar Nik Mahmud.

Sahabat-sahabat di utara menggelar wilayah Selatan Thai ini sebagai Palestin Timur. Apa pun gelarannya, saudara seagama kita di sana masih ada yang boleh bertutur Bahasa Melayu versi mereka sendiri, hampir hampir dialek Kelantan, boleh membaca tulisan jawi, ia bukanlah pelik. Narathiwat, Yala, Songkla dan Pattani, empat wilayah ini anda boleh bertemu dengan mereka yang hampir sama seperti kita. Ah, tentunya di tempat lain juga di serata dunia. Atas sebab musabab pelbagai juga. Betullah sejarah bukanlah bermulanya Kota Melaka sahaja, bukanlah sekadar dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak.

Syahidah.
Kg Tok Muda.

2 ulasan:

kamilah berkata...

anda terbukti hantu buku!! =p

syahidah berkata...

hmmm, ada cadangan buku? nanti boleh cari dan beli,

dulu dulu kita sering dimaklumkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah setahun,


agak agak yang terbaru berapa buah buku yang diabaca rakyat Malaysia ek

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...