Kepercayaan


Hari ni aku berbual panjang dengan teman sekelas, yang sama-sama duduk sebaris dalam kelas, cerita tentang masa lalu, masa silam yang memberi seribu satu makna dan pengertian. Boleh jadi zaman sekolah adalah zaman paling pahit buat seseorang, dan boleh jadi zaman sekolah adalah zaman paling manis dalam hidup. Sebetulnya percayalah, perkara yang telah berlalu terutama yang kelam-kelam tu eloklah kita halal- berhalal, tak jadi apa pun kalau masih mahu dikenang.

Semua orang pun pernah buat silap, lagipun zaman sekolah sebenarnya titik tolak menjadikan diri kita yang sekarang. Biasalah budak-budak lagi masa tu. Orang kata sikit kita emo, aku pun samalah masa tu. Bila ingat semula aku rasa memang patut aku cari dan meminta maaf. Hati manusia ni cara nak lembutkan, itulah Islam pun ajar memaafkan kesalahan, orang Melayu sendiri pun ada nilai saling memaafkan ni.

Ok, entri sentimental ini terbit daripada suatu perkataan kepercayaan. Kalau perkataan percaya tu dah tak wujud, memang kawan makan kawan jadinya. Jadi, sesiapa yang pernah aku kecikkan hati beliau, aku minta maaf dari hujung tudung atas kepala, sampai hujung stokin bawah tapak kaki. Wallahua'lam.

Jiwa-jiwa betul. Haha!

Memori lama mengimbau luka,
Luka bukan boleh diubati,
Kalau papan bukanlah kaca,
Aku merepeklah ni. =P

Mak cik, sila serius!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...