Melakar memori


Bila datang masa bertandang,
Belum tentu suka di hati,
Bila masa pandang pandang,
Itu jauh sekali.

Musim hujan berlalu pergi,
Tidak pula risau di hati,
Zaman teknologi zaman IT,
Itupun tak menjadi.

Kais-kais ayam mencari,
Mencari makanan sebiji sebiji,
Buat keputusan susah juga ni,
Harap redha Allah jua menanti.

Palu palu si gendang ketapi,
Dipalu palu di tepi titi,
Aduhai bila dah jauh hati,
Habis semua kerja tak menjadi.

Asyik berdendang cerita lama,
Tapi penuh budi bahasa,
Budi yang baik dikenang jua,
Itulah dia cerita bangsa.

Usah dikenang cerita lama,
Yang dikejar tak dapat dikendong terlepas,
Bagaimana mahu diubat hati yang lara,
Ingatkan Allah mestilah ikhlas.

6.14 petang, 11/02/17~KTokMuda

Haha, bila baca semula pantun ni, kelakar pula. Hmmm, seronok juga berpantun dalam waktu orang terlalu sibuk dengan teknologi lalu melupakan apa yang nenek moyang kita ada. =)

Hmmm, Milah, Ecah, ok tak?

Milah, sangat seronok jumpa hari tu. Tak tahulah bila lagi saya berpeluang ke Kuantan. Kalau lalu Karak, beritahu saya ya. Hehe.

Ecah, terima kasih kad raya. Terharu habis dibuatnya. Dah lama juga tak dapat kad raya, ada juga yang nak beri tahun ni. Sebab tahun ni dan tahun lepas aku sendiri pun tidak beri kad raya untuk sesiapa pun.

=) Terima kasih kerana sudi bersahabat waktu susah dan senang~

Hari ni 14 Syawal 1432 H.
Jalan Tengku Abdul Samad.

2 ulasan:

kamilah berkata...

hehe..
sangat tak da bakat berpantun..
best baca pantun syida..
i.allah..
tp tak tahu bila lalu karak..
ceria2 selalu..

syahidah berkata...

hmmm, insyaallah, mak saya kata kan, kita kalau bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, pertemuan kita yang seterusnya tak perlu dirancang pun Allah kan izinkan kita jumpa semula, cuma bila dan di mana itu kita tak tahu...

ada rezeki kita jumpa lagi, hmmm, boleh sembang lama-lama lagi..tak pun, senang-senang Milah drive sendiri, hehe, bila lagi? Tak jauh pun sebenarnya, heheheheh~ke nak saya ambil? tapi dengan syarat Milah kena menetap dengan saya kat rumah sewa kat Raub, boleh sembang hari-hari, haha

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...