Memandang hikmah


Coretan ini mungkin yang terakhir, belum tentu berpeluang lagi selepas ini, kerana Allah jua pemilik seluruh pengetahuan alam. Ada yang kata hidup ini ibarat air laut, ada pasang surut, ada yang kata ibarat roda, mungkin di atas mungkin di bawah, tak kurang juga mengatakan ibarat Facebook, kadang kita mengutuk, lain masa kita dikutuk.

Perkara yang boleh jadi tepat ialah cara kita memandang apa yang berlaku. Hikmah di sebaliknya tentulah Allah yang lebih tahu, tetapi bukankah itu bukti kita diberi peluang untuk muhasabah diri, merenung masa-masa lepas yang mungkin terabai? Sekiranya mata hati masih tak mampu melihatnya, kelak dihadapan kita hanya menanti rebah.

Jalan berbeza yang ditelusuri oleh setiap orang hanya diri sendiri yang jelas tentang masa lalunya. Tidak boleh tidak ruang kehidupan sekarang perlu diterokai dengan niat yang betul.


Mendaki puncak bukan mudah,
Tiga hari dua malam kita redah,
Pasti benar ada hikmah,
Hadapi semuanya dengan tabah.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...