Salam yang sepatutnya

Salam Maulidul Rasul


15 Februari 2011 / 12 Rabiulawal 1432 H



bukan

14 Februari punya cerita!

Serendah itukah mentaliti kita jika semua di Barat perlu dilakukan di Timur, kita selalunya silap besar dalam menentukan sesuatu hatta tingkah laku sendiri, sedang kerana Islamlah wujudnya keamanan, jangan pula berfikiran dangkal mengatakan Valentine's Day ada kaitan dengan kejatuhan Islam, tidak sama sekali, tidak, carilah sejarah yang betul, bukan percaya kiriman emel berangkai semata-mata, ternyata terlalu cepat kita mempercayai sesuatu tanpa usul periksa, itulah sebab mengapa perlunya kita peka dengan peristiwa dan situasi semasa, bukanlah sebab apa, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memfitnah agama kita sendiri.

Renunglah seketika, masihkah kita mahu menjadi ummat Nabi Muhammad?

14 Februari tarikh ini berleluasanya anak-anak muda berpeleseran, saling kenal sehingga larut malam, berhibur tanpa menjaga batasan lelaki perempuan, sehingga lahir bayi yang akhirnya ditempat tinggalkan di tong sampah, mewujudkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan nasab keturunan bayi tidak berdosa, budaya kitakah? Tidak, tidak sama sekali, tuan-tuan, puan-puan. Tepuk dada tanya iman.



2 ulasan:

marmalade berkata...

tak faham kenapa kena raikan valentine's day, mother's day, teacher's day dan pelbagai lagi hari-hari yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kad. the only day that is worth celebrating is the birthdays, of friends and loved ones :)

syahidah berkata...

saya buat kad sendiri je kak, hehe,

memang berbaloi, tapi saya memang ada masalah mengingat tarikh,

nak buat camana adik beradik saya sepuluh juga, haha

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...