Salam+Akum+Genius


Sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi, aku jadi teringat emel berangkai atau pun mesej yang sering diterima melalui telefon bimbit ataupun laman sosial. Akan ada sahaja pernyataan-pernyataan yang mengatakan tidak boleh menggunakan perkataan Akum dan perkataan Salam kerana ia membawa maksud-maksud tertentu di dalam agama lain. Bertambah lucu si pengirim juga bukanlah orang tak tahu agama, bertambah kasihan apabila si pengirim sendiri tidak pula cuba menyelidik kebenaran tetapi terus sahaja forward tanpa mengambil kira kesan akibat perbuatan tersebut.

Habis, bagaimana penggunaan s.w.t dan s.a.w, bukankah itu juga perkataan singkatan? Hebatnya nenek moyang kita apabila datangnya Islam ke Tanah Melayu, mereka sedaya upaya menterjemahkan dan mempermudahkan orang Melayu sendiri untuk menerima ilmu agama Islam, maka lahirlah Tulisan Jawi yang hidup segan mati tak mahu ini. Sungguh mengecewakan! Jasa genius dilupakan begitu sahaja.

Seorang pemanggil menelefon dan bertanyakan kepada Ustaz kebenaran kesalahan penggunaan Akum dan Salam. Ustaz tersebut memberitahu singkatan dalam mesej bukanlah sampai merosakkan maksud asal. Perlukah kita menaip Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dalam ruangan Create Message hanya selepas itu untuk bertanyakan khabar? Bukankah ruangannya terhad?


goggle image

Dalam buku Berfikir seperti Genius ini menggariskan 20 ciri Genius. Buku terbitan INSANIAH (KUIN,Kedah) ini memberikan gambaran cara dan teknik berfikir seperti Genius. Antara sifat-sifat seorang genius yang dinyatakan ialah Beriman kepada Allah [Faith to God], Mempunyai visi yang jelas, Mempunyai keinginan melakukan perkara yang baik [Desire], Kebolehan mengurus [Managing], Komitmen, Ketekunan, Belajar dari kesilapan, Cinta pada belajar, Kebolehan minda, Gambaran, Fikiran positif, Auto-cadangan positif, Bisikan hati, Dalam kumpulan intelektual, Role-model dalam minda, Amanah, Keberanian, Kreatif, Cinta pada tugas dan Sentiasa bertenaga. MAPPiCXS ialah gabungan MAP, PICTURE dan MATRIX.

Sekurangg-kurangnya belajarlah cara genius, tak perlu terima bulat-bulat apa sahaja yang diberi di depan mata.

11/02/18 16:03
KTokMuda

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...