Wanita dalam perbezaan


Wanita, seseorang yang memberi peranan penting dalam kehidupan manusia sejak wujudnya Adam dan Hawa lagi. Gambaran Kristian-Yahudi bahawa kedua-dua Adam dan Hawa bersalah yang menyebabkan kedua-duanya diturunkan ke bumi. Hawa diceritakan mempengaruhi Adam lalu dihukum mendapat kesakitan ketika melahirkan anak. Dalam Book of Genesis [2:4 - 3:24] menyatakan;

God prohibited both of them from eating the fruits of the forbidden tree. The serpent seduced Eve to eat from it and Eve, in turn, seduced Adam to eat with her.

When God rebuked Adam for what he did, he put all the blame on Eve, The woman you put here with me --she gave me some fruit from the tree and I ate it."; Consequently, God said to Eve: "I will greatly increase your pains in childbearing; with pain you will give birth to children. Your desire will be for your husband and he will rule over you." To Adam He said: "Because you listened to your wife and ate from the tree ..Cursed is the ground because of you; through painful toil you will eat of it all the days of your life..."
Kesan daripada pernyataan Bible itu sendiri telah mempengaruhi cara pandang keadilan wanita dalam Kristian-Yahudi, pengaruh ini mengakibatkan sikap double-standard terhadap wanita dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermula dilahirkan sehinggalah soal belajar kitab mereka sendiri dan perkahwinan. Setiap satu kepincangan ajaran mereka yang digariskan dalam buku ini menyatakan wanita sekadar simbol tidak bermoral dan bukanlah seseorang yang perlu dilindungi hak dan keperluannya termasuklah dalam soal pembahagian harta pusaka.

Sebaliknya Al-Quran [Al-A'raf : 19-23], jelas memberitahu kesalahan individu terletak atas individu tersebut, dan Allah memaafkan kesalahan Adam dan Hawa yang telah insaf akibat peristiwa tersebut.

'Dan (Allah berfirman), "Wahai Adam! Tinggallah engkau bersama isterimu dalam syurga dan makanlah apa sahaja yang kamu berdua sukai. Tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon yang sayu ini. (Apabila didekati) kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim." Kemudian, syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata, "Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)."Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya, "Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu," dia (syaitan) memujuk mereka dengan tipu daya. Ketika mereka mencicipi (buah) pohon itu, tampaklah oleh mereka auratnya, maka mulailah mereka menutupinya dengan daun-daun syurga. Tuhan menyeru mereka, "Bukankah Aku telah melarang kamu dari pohon itu dan Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" Keduanya berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.'

Wanita dalam Islam pula mempunyai hak dan keadilan yang sesuai dengan garis panduan yang ada dalam al-Quran contohnya dalam aspek munakahat. Bahkan Islam memberi penghormatan setinggi-tingginya terhadap wanita dalam apa jua ruang kehidupan. Kerana pasangan Islam itu sendiri dipandu supaya menjaga perkahwinan daripada sebarang masalah dan tekanan selain penyelesaian berlandaskan syariat Islam.

Walaubagaimanapun, Islam tidak boleh dilihat dari sisi persaingan tradisi dua agama tersebut, sahaja kerana tradisi itu sendiri telah dipengaruhi persekitaran, budaya dan keadaan di mana ia wujud. Jika Muslim seluruh dunia masih tidak dapat menjamin penuh hak bagi ibu, isteri, adik-beradik perempuan dan anak perempuan mereka, selagi itulah mereka akan dinafikan pengetahuan asas tentang Islam. Menariknya atas kesedaran, Britain dan US mencatatkan wanita adalah paling ramai yang memeluk agama Islam berbanding lelaki.

Rujuk : Issues & Answers dan Women In Islam Vs Women In The Judaeo-Christian Tradition, Dr Sherif Abdel Azeem
Nota : Kedai Buku Kinokuniya di KLCC ada menjual Isabella, novel perbandingan Islam Kristian yang bagus untuk dibaca.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...