Pernyataan hasrat

Aku suka gambar ni, dari persimpangan ke puncak, tapi aku dah lupalah aku fikir apa waktu tu. Back days, around April 2007. Adalah tu sikit sikit pernyataan hasrat~

Alhamdulillah, alhamdulillah, gaji pertama dah masuk, hehe. Bila semak semula pernyataan hasrat, nampaknya ada juga perkara yang perlu ditangguh terlebih dahulu. Hmm, tak apa, tak apa, positif, positif. Apa yang penting mesti simpan Tabung Haji beberapa peratus. Bercadang juga nak buka akaun ASB. Tak buat-buat juga lagi.

Tadi Kak Teh telefon dari Sabah, kalendar akademik UMS dah berubah. Semester baru bermula bulan September, jadinya cuti akan jadi semakin panjang. Wah, Kak Teh bercadang nak ambil lesen kereta. Hmmm, bolehlah aku top-up sikit sikit. Tu pun memang termasuk dalam pernyataan hasrat aku. Banyak ni sebenarnya. Layan~

Tarikh pernyataan hasrat yang diperbaharui ialah 13 Mac 2011. Aku bahagi tiga pernyataan tu. (1)Jangka panjang dan (2)jangka pendek yang ditulis dengan selesa. Ada 12 dalam senarai utama. Dipecah-pecahkan lagi banyak lah. (3)Pernyataan hasrat untuk diri sendiri yang agak sukar untuk dicatat. Haha~Semua sekali ambil lebih kurang dua muka surat buku latihan sekolah. Macam-macamlah. Untuk masa depan. Keh, keh, jadi tak jadi belakang kira. Matlamat mesti ditulis ya tak. Hidup mesti berani gagal.

Waktu waktu tengah down, tengok balik pernyataan hasrat tu, fuhhh, terus semangat. Pernyataan hasrat akan sentiasa aku update untuk rekod sendiri. Sekiranya perlukan sebarang perubahan mengikut keadaan semasa. Aku tulis dalam diari tertutuplah, bukan diari terbuka macam blog ni~

Esok ke Raub lagi~wassalam~kerja da~

26 Mac 2011

Tadi terlihat wall Raja Norliyana, mengucapkan tahniah buat seorang kenalan sekolah, rupa-rupanya isterinya Azreen sama Desa dengan aku di USM, kecil betul dunia ni ya. Tahniah~

Hehe, apa lagi hendak diceritakan, Isnin ni akan ke Tanah Tinggi Cameron, ada urusan kerja. Insyaallah 1 April baru aku bekerja di Bentong, anjak dua minggu dari permintaan asal. Jadi, 28 hingga 31 Mac ni aku perlu ke Raub semula, tumpang rumah sewa Kak Khotijah, ikut sekali Kak Khotijah ke pejabat, hehe. Terima kasih, terima kasih.

Rumah sewa bertambah lagi seorang penghuni, Kak Nik dari Kelantan. Anak dua orang. Si Habib , dua tahun, yang sulung tak banyak karenah, begitu adik bongsu Habibah Khadijah, 3 bulan. Aku tanya tanya jugalah apa amalan Kak Nik semasa mengandung. Kak Nik kata sewaktu mengandungkan Habib, adalah 6 kali khatam Al-Quran. Huhuhu~ibu solehah betul, terharu aku dibuatnya. Itulah budak Habib ni disenangi orang. Cuma aku ni adik-adik dah besar, tak berapa pandai nak ambil hati budak kecil. Hnnss, hnnss. Beruntung Habib ni, aku doakan besar nanti banyak sumbangannya untuk Islam.

Insyaallah~

Dunia hari ini

Tak belajar sejarah lampau, sukarnya kehidupan zaman perang, Lokasi : Taman Belia Pulau Pinang


Tsunami, perang,
nuklear, gempa bumi,
tak mahu ditulis yang tidak tidak,

tak mahu bergembira tak ingat ingat,
Christchurch, Fukushima,
Tripoli, Tahrir, Pattani,

kuasa Tuhan tidak nampak nampak,
pemimpin, orang yang dipimpin,
bertelagah tak sudah sudah,
kuasa Tuhan,
kuasa Tuhan,
nak lawan apa lagi,
tak boleh,
tak boleh,
ish, ish,
tak sudah sudah....
lupa Tuhan.

10.25 malam, 20 Mac 2011
KTokMuda
Karak

Erti tanggungjawab

Semalam, di kenduri Ain, aku jumpa kawan-kawan sekolah sewaktu di SMK Seri Bentong. Termasuklah Didie yang sedang mengandung. Laila, Eja, Apa, Aishah, Mimah, Mdect, Ana, Erni, Emma dan Biah. Hmmm, aku percaya dengan suatu perkara, perkahwinan bukan soal cinta semata-mata, itulah intipati yang anda akan jumpa apa bila membaca ATN dan BSKS. Berkenaan tanggungjawab, positifkan suasana sebentar, ketepikan soal masalah yang mewujudkan perpecahan institusi perkahwinan. Keutamaan rasa ingin bertanggungjawab. Boleh jadi itu kekurangan dan ketidaksediaan kita. Wah, mula-mula berdua, kemudian ada anak, dan, dan lagi. Bersediakah untuk bertanggungjawab?

"Eh, kau bukan bujang lagikan Syahidah, nak cakap pasal ni pula kan. "

"Hehe, aku cuma beritahu dapatan ilmu dari pelbagai sumber. Tak salah kan, kan"

Buku ni aku baca tahun lepas, ada di perpustakaan sekolah Farabi, hehe, baca percuma, tak perlu keluar duit ya tak. Tentang Cinta, oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Baca tulisan beliau dalam majalah Anis pun ok juga.

Dibeli sewaktu di USM lagi

Baca buku tajuk sahaja cintan cintan, tetapi persoalan pertama yang cuba dirungkai dalam buku yang aku minati tentulah manfaat yang boleh aku perolehi. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, karya Hamka. Ceh, jiwang sedikit kali ni, mood pergi kenduri kawan-kawan. Hujung bulan lepas Hidayah di Perak, bulan enam tahun lepas Kak Wan di Kelantan. Jeng, jeng, oh ya, bulan September nanti majlis Kak Ada di Klang mungkin sama tarikh dengan kenduri Sani dan Put. Aduyai, macam mana ni? Klang mesti pergi, sebab awal-awal lagi dah janji dengan Kak Ada. Sani dan Put pula kru-mates, wajib juga. Adeh~

Lap, lap, lap [love, love, love], muahahahaha~

Nikah+cinta+rindu

Alhamdulillah, hari ni sempat berkunjung ke majlis perkahwinan seorang sahabat sekolah rendah iaitu Ain Munira Johari, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati semalam. Isu paling kerap dibincangkan dengan rakan-rakan, perkahwinan, biasalah dah tamat ijazah, itulah topiknya. Ada beberapa buah buku yang aku ingin kongsikan hari ini, penulis yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hasrizal, pemilik blog Saifulislam.com, memang dah lama aku lawati blog tu, tak silap Yan yang perkenalkan aku blog ni. Tulisan-tulisan yang segar, mudah difahami.

ATN

BSKS

RBPT

ATN, lupa pula baca di mana, tetapi masa di kampus lagi, BSKS pula aku beri kepada abang aku, nampaknya bak kata kakak ipar, along baca sampai terharu, ngeh ngeh. RBPT pula hadiah sempena konvokesyen tahun lepas, pemberian Kak Wani. Tiada ulasan kritikal yang mahu dicoretkan di sini melainkan buku santai ini boleh dibaca dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. =P. Buku tulisan Pahrol Mohd Juoi pun bagus.

Kata-kata hikmat hari ni~Bercinta selapas nikah? Ada berani? haha~

Lapang

Ah, kadang-kadang tak bersyukur,

diberi peluang curi tulang,

ada masa buang karan,


Ah, susah betul jadi orang tak amanah,

Senang-senang dapat tunai,

Hujung nanti jawab dengan Tuhan,


Eh, aku cuma nak hidup senang,

Masa depan kaki digoyang,

Dosa aku kenapa kau yang tidak senang,


Oh, kau cabar Tuhan,

Hujung masa kau tak cukup bekalan,

Bersusah susahlah memohon kemaafan.



~KTokMuda~Mac 2011~Syahid~

~Melankolik drama pentas manusia yang melupakan Tuhan~tribute to all~

Realiti

Mengukir senyuman dalam terpaksa,
merenung makna dalam dalam,
mengenang apa yang indah,
tapi semuanya punah,
tangan-tangan manusia durja,
tiada apa yang tinggal,
merancang apa di hadapan,
malang sekali,
lupa kewujudan sebaik-baik perancang.

Mahu dicoret tanda ingat,
tetapi terpalit kata ego,
menjauhi dan mengelak,
supaya tiada yang tidak bermanfaat,
Tipukah semua ini?
Penuh persoalan,
Terus tiada jawapan.

3.26 petang
~KTokMuda~
13/03/11

Rezeki

25 Februari yang lepas, sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku mendapat panggilan dari pejabat. Namun, disebabkan telah membeli tiket, aku teruskan sahaja perjalanan ke Pulau Pinang. Asalnya mahu menghadiri temu duga, bertukar menjadi program tidak dirancang, tiba di USM PP jam 5 pagi, menumpang di blok Kak Wani.

Jam 10 pagi, 26 Feb, Dila mengajaka aku menyertai Training of Trainer, layan, antara yang masih aku ingat ialah apabila koordinator membicarakan soal siapa kita, sebagai makhluk, kefahaman asas yang sering kita pandang enteng ialah berbezanya kita dengan Pencipta ini ialah soal had dan sempadan, ketinggian kita, berat badan kita, had umur kita, semuanya ada sempadan. Lihat muka bumi juga makhluk, tak semena-mena Jepun ada tsunami, Mobarak dijatuhkan, Gaddafi menunggu masa, begitulah aturan, sebagai makhluk, tiada istilah kekal. Tidak dapat memandang semuanya dengan hikmah, memang salah sendiri. 5 petang, aku, Kak Wani, Abel, Kak Suna, dan Dila sempat berjaulah ke Taman Belia PP, alhamdulillah semuanya baik, malam tu pula kami melawat Nazurah yang mengalami kecederaan di kaki, sehingga sekarang, segalanya beransur pulih.

Esoknya, 27 Feb, sempat ke SD dan Masjid Bertam, bersama-sama mengikuti kelas pengajian di sana, petangnya pulang semula ke USM, menjenguk She dan Kak Leh, lama betul tak jumpa, Alhamdulillah pengajian Sarjana mereka berjalan lancar, itulah rezeki kan, Insyallah aku doakan kalian berjaya. Jam 9 malam, bersama-sama Wan, Dila dan Kak Wani melihat-lihat pesta Temasya Olahraga Tahunan USM, melilau di sekitar gerai. Jam 12 malam aku pulang semula ke Pahang. Sg Nibong-Jalan Duta~

Tempat baru

1 Mac 2011

Aku mula melaporkan diri di Pejabat Perdagangan, ya itulah tempat kedua bekerja aku setelah bertugas sebagai guru tahun lepas. Sehingga 11 haribulan ni aku perlu belajar selok-belok tugas aku di Raub. Selepas dua minggu aku akan ditempatkan di Bentong pula. Alhamdulillah, dekat dengan rumah. Aku cuma perlu menyesuaikan diri dengan waktu pejabat, 8 pagi hingga 5 petang, wah, tak keruan aku tunggu waktu habis. Seronoklah juga, berkenalan dengan Kak Marni, Kak Lin, Kak Ira, Kak Mira dan Faizah, tak lupa kakitangan yang lain. Pegawai Pemantau Harga (PPH), aha itulah namanya. Layan. Mendengar kawan-kawan berleter apabila bincang tentang kerja memang melucukan, yalah aku pergilah ni, tengok, kan aku dah mula ni.

Berjalan kaki di Bukit Koman,
Ada kubur di seberang kanan,
Apalah yang hendak kita amalkan,
Supaya kehidupan diredhai Tuhan.

Memang ada kubur weh, kubur Kristian dekat pejabat aku, masa jalan kaki dari kedai makan baru aku perasan seberang jalan sebelah kanan. Insaflah aku hari-hari. Ya, itulah namanya makna melalui pemerhatian alam sekeliling. Kita ini makhluk, ada had dan sempadan. Jadi, umur kita pun ada had, ya ya tahun ni umur aku 24, adakah aku bersedia? sedangkan kita tak tahu bilakah kita akan meninggalkan muka bumi ini?

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...