Pengisian

Salam, apa khabar semua hari ini? Sihat?

Sudah tiba masanya Ramadhan kembali, jadi bagaimana persiapan 11 bulan yang kita ada sebelum ini? Sudah cukupkah ilmu di dada untuk diamalkan? Fikir-fikirkan sahabat sekalian.

Makanan jiwa mana hendak dicari? Ia tidak akan datang sendiri tanpa usaha.

Duduk bersimpuh di atas tikar,

Asyik teringat kisah lalu,

Jika tak tahu perlu belajar,

Usah segan tak perlu malu.


Biar perut kenyang tetapi sekiranya jiwa kosong, hidup ini tiada maknanya. Kehidupan di dunia akan ada penghujungnya. Mana mungkin kehidupan di akhirat yang kekal abadi kita lupakan sahaja.

=), Salam Ramadhan al-mubarak buat semua yang mengenali diriku. Ayuh sama-sama cari bekalan untuk hari mendatang.

Syahidah,

Kg Tok Muda.

Kesempatan


Sangat memerlukan masa yang banyak untuk membaca! Gunakan kesempatan yang ada. Sewaktu ke Kuantan 20 Julai yang lepas, sempat juga aku sambar sebuah karya Dan Brown di East Coast Mall.

Asalnya hendak dicari novel A Thousand Splendid Suns karya Khaled Hosseini, tak jumpa pula, lain pula yang aku beli. Ternyata The Kite Runner masih menghantui diriku. Ya, berbaloi-baloi.

=)

Syahidah,
Kg Tok Muda.

Apa yang perlu


"Sahabat, bantu aku, terasa begitu kosong jiwa ini, terasa ada kekurangan yang perlu diisi."

"Ya, aku tahu. Kita berada dalam situasi yang sama."

Ternyata, apabila menyatakan soal kehendak, setelah diperoleh apa yang kita mahu, kita pasti mahu yang lebih lagi daripada itu. Kita tidak akan pernah puas.

"Dulu, aku ingin benar memiliki kamera digital, akhirnya kerana terlalu banyak gambar yang diambil, aku tidak tahu lagi dimana mahu disimpan gambar-gambar itu, dalam komputer riba pun terlalu banyak"

"Dulu, aku ingin benar memiliki kereta sendiri, akhirnya kerana terlalu banyak duit yang perlu digunakan, bertambah besar belanja bulanan aku"

"Dulu, aku ingin benar........, akhirnya........"

"Dulu, aku ingin........., namun........"

Begitulah, begitulah, kehendak dan keperluan jasmani. Namun, dalam diri itu, masih ada yang kosong. Ya Allah, benar-benarkah aku ambil pengajaran perkara yang lepas.

Biarlah berjujuran air mata, menangisi dosa semalam kerana belum tentu esok milik kita.



Perlu usaha lagi

Semalam, singgah bank Islam sebelum bertolak ke Karak, tak semena-mena aku gagal mengawal gear, lalu kereta terdorong ke hadapan. Bumper kanan hadapan habis. Mujur fog lamp masih dalam keadaan baik. Cuak sungguh. Kebetulan berjumpa Kak Zara di tempat letak kereta. Adalah juga orang yang datang membantu menurunkan tahap gelabah ni.

Cadangnya nak tolong masukkan duit yuran sekolah Akmar, tapi lain pula jadinya. Patutlah rasa tak sedap hati sahaja dari pejabat lagi. Rasa nak tak nak balik Karak. Tapi, duduk rumah sewa pun tak tahu nak buat apa, cabut balik Karaklah apa lagi.

Pagi tadi dah hantar MMS kat De, tunjuk bahagian yang rosak. Bahaya betul. Tersalah gear. Habis.
Esok, nak tak nak teruskan sahaja niat ke Raub semula, esok kerja. Adalah hikmahnya tiap-tiap kejadian tu. Terfikir juga hendak ke Kuala Lumpur sebenarnya hari ni.

Rupa-rupa terhalang, ya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. =)

Tunggu gaji baru hantar bengkel, budget lari da~Rumah sewa pun mahu bayar da~

Syahidah,
Kg Tok Muda.

Hikmah penantian

Mac, April, Mei, Jun dan sekarang Julai. Ya, hari menanti hari, minggu menanti minggu, bulan menanti bulan. Jujur, banyak yang aku pelajari daripada staf-staf. Soal pengurusan kaunter hinggalah tugasan di luar pejabat. Ya, aku senang bekerja di sini kerana Raub dekat sahaja dengan Karak. Pada hujung minggu aku tidak bertugas, langsung aku pulang ke rumah. Sementara aku belum punya tanggungjawab lain, lebih baik pulang sahaja.

Faham-faham sahajalah, masih bujang bukan? Bukankah begitu? Sementara masih kuat tenaga untuk berbakti, sementara masih kuat untuk beramal, tidak perlu menanti hari tua, baru mahu memulakannya. Beruntung sekali. Ya, beruntung sekali. Ingat sebelum mati, ingat sebelum sakit, ingat sebelum tua. Begitulah aturan seterusnya.

Apabila berbicara soal penantian, tiada lain yang boleh dikatakan, selain berusaha, sabar dan bertawakal. Ya, menanti apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tentunya. Perancangan yang di sana adalah lebih baik daripada perancangan kita sendiri. Aku sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya di dalam apa jua yang aku lakukan. Itu pasti. Yakin.

Renung dalam-dalam, hati biar tenang. Biar ada keberkatan. =)

Insyaallah.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...