Hikmah penantian

Mac, April, Mei, Jun dan sekarang Julai. Ya, hari menanti hari, minggu menanti minggu, bulan menanti bulan. Jujur, banyak yang aku pelajari daripada staf-staf. Soal pengurusan kaunter hinggalah tugasan di luar pejabat. Ya, aku senang bekerja di sini kerana Raub dekat sahaja dengan Karak. Pada hujung minggu aku tidak bertugas, langsung aku pulang ke rumah. Sementara aku belum punya tanggungjawab lain, lebih baik pulang sahaja.

Faham-faham sahajalah, masih bujang bukan? Bukankah begitu? Sementara masih kuat tenaga untuk berbakti, sementara masih kuat untuk beramal, tidak perlu menanti hari tua, baru mahu memulakannya. Beruntung sekali. Ya, beruntung sekali. Ingat sebelum mati, ingat sebelum sakit, ingat sebelum tua. Begitulah aturan seterusnya.

Apabila berbicara soal penantian, tiada lain yang boleh dikatakan, selain berusaha, sabar dan bertawakal. Ya, menanti apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tentunya. Perancangan yang di sana adalah lebih baik daripada perancangan kita sendiri. Aku sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya di dalam apa jua yang aku lakukan. Itu pasti. Yakin.

Renung dalam-dalam, hati biar tenang. Biar ada keberkatan. =)

Insyaallah.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

3 ulasan:

kamilah berkata...

enjoy semuanya...

saki baki kehidupan...

selagi ada waktu..

n.a.d.i.a.h berkata...

hargailah masa bujang..:)

syahidah berkata...

ya, masa bujang, masa muda nilah nak buat baik baik banyak banyak, sebenarnya teringat pesanan seorang kakak senior masa di Melaka, dia pernah pesan nak buat amal masa kita sorang sorang lagi baik, sebab tanggungjawab kita masih terhad...

ayuh, sama sama berubah menjadi lebih baik..

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...