Pengisian

Salam, apa khabar semua hari ini? Sihat?

Sudah tiba masanya Ramadhan kembali, jadi bagaimana persiapan 11 bulan yang kita ada sebelum ini? Sudah cukupkah ilmu di dada untuk diamalkan? Fikir-fikirkan sahabat sekalian.

Makanan jiwa mana hendak dicari? Ia tidak akan datang sendiri tanpa usaha.

Duduk bersimpuh di atas tikar,

Asyik teringat kisah lalu,

Jika tak tahu perlu belajar,

Usah segan tak perlu malu.


Biar perut kenyang tetapi sekiranya jiwa kosong, hidup ini tiada maknanya. Kehidupan di dunia akan ada penghujungnya. Mana mungkin kehidupan di akhirat yang kekal abadi kita lupakan sahaja.

=), Salam Ramadhan al-mubarak buat semua yang mengenali diriku. Ayuh sama-sama cari bekalan untuk hari mendatang.

Syahidah,

Kg Tok Muda.

2 ulasan:

marmalade berkata...

entry ni macam susulan daripada entry yang saya penah buat je? ahahah. ke syahidah tulis dulu? entahlah.

makanan jiwa tuh lebih penting sebab ianya lebih lama mengenyangkan. tapi tengok gambar makanan di atas nih, dah jadi lapar dah :p

syahidah berkata...

hehe, tak pe, tak pe, tak kisah siapa dulu, yang penting isi kandungan dan maklumat yang nak disampaikan kepada readers hehe

makanan jiwa, sebenarnya mesti usaha, takkan datang sendiri, nak mengekalkan kekenyangan jiwa dengan makanan berkahasiat lagilah perlu kesabaran..

huhu, tu gambar makanan masa berkelah dengan keluarga bulan Jun lepas...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...