Ucapan ringkas

Salam Ramadhan yang terakhir barangkali buat semua.

Salam Aidilfitri juga.

=)

Sambutlah dengan keinsafan bukan semata-mata berkehendakkan hiburan.

27, 28 dan 29 Ogos masih bekerja. Akan bercuti bermula 30 Ogos 2011 sehingga 5 September ini. Ziarah sanak saudara dan keluarga tersayang di Felda Sg Koyan (Pahang) - Felda Lembah Klau (Pahang) - Tanah Merah (Kelantan) - Karak (Pahang) - Kembali ke Raub dan bekerja.

Wallahua'lam.

Al-fatihah

Aku baru sahaja meminjam dua buah buku iaitu Anak Belantara Tropika dan Pencinta Alam karya Cikgu Azizi Haji Abdullah. Semalam, diberitakan beliau meninggal dunia. Al-fatihah buat beliau, bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, kita doakan beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Ameen.

Baik

Ya, semua orang pun mahu jadi baik. Kau pun mahu jadi baik, aku pun mahu jadi baik. Jadi, jom sama-sama jadi baik. Kau dan aku berbeza? Aku boleh faham tentang kau. Sila hormat pendirian masing-masing kerana aku mahu jadi baik.

Bukan bulan Ramadhan pun dah habis cerita pasal orang lain, jika bulan Ramadhan pun masih tak dapat buang sikap makan daging saudara sendiri, apa guna kita berlatih menahan pelbagai dugaan dalam bulan Ramadhan. Bukan bulan Ramadhan kau kata ada syaitan mencucuk. Masalahnya bulan Ramadhan sudah dijanjikan diikat anasir-anasir itu.

Apa guna kita berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadhan lebih daripada itu. Aku kecewa dengan kau, sahabat.

Itu sahaja, salam Ramadhan buat semua.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Buku

Semalam sempat singgah di Perpustakaan Awam Raub. Entah kenapa, bangunan itu yang ingin sekali aku masuk. Mendaftar dan meminjam dua buah buku. Anak Belantara Tropika dan Pencinta Alam karya Cikgu Azizi Haji Abdullah. Ternyata perpustakaan daerah ini tidaklah begitu banyak koleksi buku yang ada. Memandangkan setiap kali hanya dua buah buku yang boleh dipinjam, aku memilih karya Cikgu Azizi terlebih dahulu. Ternyata kecintaan beliau terhadap alam sekitar sangat tinggi. Pada bahagian penghargaan Anak Belantara Tropika itu sendiri tercatat ucapan terima kasih beliau terhadap Sahabat Alam Malaysia.

Selepas ini, Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain akan menjadi pilihan. =) Itupun Interlok tiada di dalam simpanan perpustakaan tersebut. Aku belum habis membelek semua buku yang ada, masa sangat mencemburui.

Perlukan waktu. Agak ketinggalan di usia ini barulah aku mula membaca karya-karya hebat penulis tanah air. Tapi, aku tidak menyesal.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...