Buku

Semalam sempat singgah di Perpustakaan Awam Raub. Entah kenapa, bangunan itu yang ingin sekali aku masuk. Mendaftar dan meminjam dua buah buku. Anak Belantara Tropika dan Pencinta Alam karya Cikgu Azizi Haji Abdullah. Ternyata perpustakaan daerah ini tidaklah begitu banyak koleksi buku yang ada. Memandangkan setiap kali hanya dua buah buku yang boleh dipinjam, aku memilih karya Cikgu Azizi terlebih dahulu. Ternyata kecintaan beliau terhadap alam sekitar sangat tinggi. Pada bahagian penghargaan Anak Belantara Tropika itu sendiri tercatat ucapan terima kasih beliau terhadap Sahabat Alam Malaysia.

Selepas ini, Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain akan menjadi pilihan. =) Itupun Interlok tiada di dalam simpanan perpustakaan tersebut. Aku belum habis membelek semua buku yang ada, masa sangat mencemburui.

Perlukan waktu. Agak ketinggalan di usia ini barulah aku mula membaca karya-karya hebat penulis tanah air. Tapi, aku tidak menyesal.

Syahidah,
Jalan Tengku Abdul Samad.

2 ulasan:

marmalade berkata...

ramai yang berpendapat, watak hayati di dalam konserto terakhir seperti penulis komen ini. hahaha. tetapi tidaklah dapat dipastikan kesahihan pendapat tersebut kerana penulis tidak berpeluang untuk bertanyakan tentang watak yang dicipta oleh penulis buku.

antara novel cinta melayu yang tidak kronik, gedik, penuh makna, tersurat dan lembut jiwanya.

harus baca! saya sudah 5 kali.

syahidah berkata...

hmmm, ok, nanti saya amati dan hayati watak tu ya, hehe..

hmmm, Cikgu Azizi dah pergi meninggalkan kita, saya rasa terkesan dengan beliau sebab pernah sekali ikuti slot beliau semasa ikuti program di Kedah, dalam tahun 2009, sekitar bulan DIsember,

tak tahulah kenapa hati tergerak nak baca, walaupun novel-novel nipis..

tapi saya taklah menyesal pinjam..

terima kasih kak atas cadangan!

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...