Ukhwah

Hari ni selepas kerja, ada jamuan Raya pejabat. Banyaklah makanan, Alhamdulillah semuanya licin, habis tidaklah membazir. Talapiah bakar, patin bakar, kambing bakar, rendang, nasi impit, nasi minyak dan banyaklah lagi. Tidaklah aku makan semua yang ada. Agak-agak muat perut. Makanan? Eh, bukan itu yang utama, seronok melihat staf-staf membawa keluarga masing-masing, bawa anak-anak, geng-geng bujanglah yang kena usik apa lagi, hehe, nakal betul mereka. Hmmm, seronok juga, sebelum dan selepas jamuan masing-masing tahu apa tugasan yang perlu dibuat. Semangat kerjasama gitu!

Lama juga aku tak komen blog kawan-kawan, hmmm, rindunya hendak berkumpulan membincangkan soal-soal kehidupan, masalah-masalah dunia dengan sahabat-sahabat di Penang dahulu. Mereka banyak membuka mata aku supaya dapat lihat lebih jauh. Kita tak dilahirkan untuk hidup seorang di dunia. Kita perlu bermasyarakat. Ya, itu sesuatu yang aku perlu sentiasa belajar. Belajar bermasyarakat. Tak semudah yang disangka.

Adakah kita hanya mahu berkawan dengan orang yang kita kenal sahaja? Bagaimana dengan orang di sekeliling? Aku seronok di kawasan rumah sewa aku yang baru. Di Taman Kenanga, Raub. Taman ini antara taman perumahan terawal di bandar Raub ni. Jadi, jiran-jiran sememangnya agak rapat. Kebanyakannya perempuan suri rumah yang ada juga sedikit sebanyak membantu keluarga dengan menjahit dan membuat kuih. Terasa seperti dah kenal lama cara mereka berbual dengan kita. Tak rasa terasing walaupun aku tak tahu sembang tentang apa. Tapi, layan.

Di sebelah kanan, tuan rumah dengan empat orang anak. Di sebelah kiri, nenek yang tinggal seorang. Tapi, semuanya sangat ramah. Umi pernah pesan, hendak bersembang dengan orang tua, kita kena banyak diam, dengar apa yang beliau hendak cakap, itu lebih baik, sebab orang tua ni mudah kecil hati. Kalau dipanggil kena menyahut, yang lucunya nenek ni sedang bercakap dengan telefon, dalam masa yang sama ajak aku sembang. Serba salah aku. Masuk rumah sekejap, keluar balik cari dia. Hmmm..Hidup berjiran, jangan sombong~

I've change a lot these days, learn and learn, =)
Kg Tok Muda

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Melakar memori


Bila datang masa bertandang,
Belum tentu suka di hati,
Bila masa pandang pandang,
Itu jauh sekali.

Musim hujan berlalu pergi,
Tidak pula risau di hati,
Zaman teknologi zaman IT,
Itupun tak menjadi.

Kais-kais ayam mencari,
Mencari makanan sebiji sebiji,
Buat keputusan susah juga ni,
Harap redha Allah jua menanti.

Palu palu si gendang ketapi,
Dipalu palu di tepi titi,
Aduhai bila dah jauh hati,
Habis semua kerja tak menjadi.

Asyik berdendang cerita lama,
Tapi penuh budi bahasa,
Budi yang baik dikenang jua,
Itulah dia cerita bangsa.

Usah dikenang cerita lama,
Yang dikejar tak dapat dikendong terlepas,
Bagaimana mahu diubat hati yang lara,
Ingatkan Allah mestilah ikhlas.

6.14 petang, 11/02/17~KTokMuda

Haha, bila baca semula pantun ni, kelakar pula. Hmmm, seronok juga berpantun dalam waktu orang terlalu sibuk dengan teknologi lalu melupakan apa yang nenek moyang kita ada. =)

Hmmm, Milah, Ecah, ok tak?

Milah, sangat seronok jumpa hari tu. Tak tahulah bila lagi saya berpeluang ke Kuantan. Kalau lalu Karak, beritahu saya ya. Hehe.

Ecah, terima kasih kad raya. Terharu habis dibuatnya. Dah lama juga tak dapat kad raya, ada juga yang nak beri tahun ni. Sebab tahun ni dan tahun lepas aku sendiri pun tidak beri kad raya untuk sesiapa pun.

=) Terima kasih kerana sudi bersahabat waktu susah dan senang~

Hari ni 14 Syawal 1432 H.
Jalan Tengku Abdul Samad.

Syawal 1432 H

Jarang juga sebenarnya dapat berkumpul begini. Hmm bertambah seorang anak abi dan umi. Kakak iparlah tu. Jadilah 10+1 beradik. Hehe. Aku sendiri pun selepas ni tak tahu juga ke mana. Kita merancang Allah yang menentukan. Ada hikmah di sebalik kejadian. Tahun ni along dapat pulang beraya di Semenanjung, tahun hadapan tak tahulah tu. Kerja oh kerja. Ada rezeki Mujahid (adik bawah aku) pula selepas habis latihan. Aku? Hehe, wait and see lah. Buat sementara di Raublah mana lagi. Ada peluang lain lebih baik aku pergi, tak kisahlah walau jauh pun.

Raya kali ni aku, along, Kak Nisa, Mujahid dan Kak Teh balik Kelantan pada hari raya ketiga termasuk mek, Ayah Cik (pak cik), Idah (sepupu) dan Oyum (sepupu). Kebetulan ada kenduri sepupu ayah (kalau aku dua pupu lah orang panggil, terkupu-kupu dibuatnya nak cakap tentang hubungan kekeluargaan ni bila ke Kelantan). Sesak habis Kelantan di jalan raya. Aku tak dibenarkan langsung memandu. Bak along bak Mujahid, tak baginya mereka berdua pada aku. Adalah dua kali agaknya aku memandu. Dalam 14 km, haha, itupun dari rumah Mak Nenek (nenek saudara) ke tempat kenduri, punyalah dekat. Tapi bukan biasa-biasa punya jalan. Ladang getah kot. Alhamdulillah teknik pemanduan semakin hari semakin baik walaupun agak cuai kadang-kadang.

Tapi, kali ni memang seronok, walaupun agak penat di tempat kenduri, aku rasa makin lama makin aku faham perangai mek (nenek). =). Lucu kan dah besar-besar baru nak kenal nenek sendiri. Hehe. =). Ya, aku gembira. Bulan Ramadhan pun banyak kali juga balik Koyan berbuka puasa dengan mek. Hmmm, alhamdulillah~

Felda Sg Koyan, Kuala Lipis, Pahang, 1 Syawal 1432 H

Semoga diampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan seharian kami Ya Allah, Kau perbetulkanlah niat kami sekiranya lalai dan leka Ya Allah, Kau peliharalah keturunan kami Ya Allah, Kau tempatkanlah nenek moyang kami yang telah pergi bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Al-fatihah buat Dr Abdul Aziz Omar


Di USM, Dr Aziz ni ialah pensyarah penasihat bagi projek tahun akhir aku bersama Suraya, Zahir dan Ecah.
Patutlah lama Dr senyap, rupa-rupanya Allah lebih sayang kan beliau. Bak kata Ecah, setiap kali kami berjumpa dengan Dr untuk berbincang tentang projek, sesi perbincangan akan bertukar menjadi perbualan tentang masa depan, seperti seorang bapa yang menasihati anak-anaknya. Begitulah beliau dengan kami. Suka betul Dr memberi semangat kepada kami, ditunjuknya gambar-gambar beliau sewaktu di London jika tidak silap. Dr sangat bagus dalam akademik. Selepas berijazah di USM Pulau Pinang, beliau terus menyambung pengajian PhD di luar negara. Itulah antara yang beliau nasihatkan pada kami, sambung pengajian. Siap tentang bekeluarga pun beliau nasihat. Hmmm.

Kata-kata beliau sentiasa menjadi pembakar semangat semasa aku tahun akhir. Tadi pun aku telefon Ecah, sedih betul Ecah. Memang kami anggap Dr macam ayah. Tak pernah aku anggap mana-mana pensyarah lain seperti Dr. Terasa sangat kehilangan ni. Dr di USM tak lama. Selepas kami habis belajar, kami dapat tahu Dr pun tidak bertugas di USM lagi. Terkejut juga dengar berita ni. Ada juga sekali aku hubungi Dr untuk maklumkan kematian ayah Ecah. Itulah kali terkahir aku bercakap dengan Dr. Selepas itu hanya melalui emel kami berhubung. Aku baru niat nak jenguk Dr bila-bila pada masa akan datang. Hmmm, tiada rezeki hendak bertemu. Tadi telefon nombor Dr anak beliau yang angkat.

Al-Fatihah, kami doakan Allah tempatkan Dr bersama orang-orang yang soleh.

Dalam kenangan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Soalan

Bila asyik kena tanya ni, tak terjawab juga dibuatnya.

"Biarlah rahsia."

"No comment."

"Entahlah."

"Rahsia alam" [Ni jawapan paling menarik]

Aha, begitulah jawapan ringkas dan padat.

"Syida, ada pak we? Tak payah malu malu, kami sporting."

Lah, baik tanya soalan pasti sikit. :)

"Syida, ada suami?"

Haha, bolehlah aku jawab dengan senang.

"Tiada."

Nilah dah kerja ni. Semua kot nak tahu. Sila tanya soalan lain.

Fikir fikir sayang tak kita pada Rasul melebihi perkara lain. Sayang tak kita pada Allah melebihi perkara lain. Yakin boleh jawab soalan tu. Tak weh, tak. Tipu ja kita ni. Sebab apa, sebab kita lalai kawan. Lalai. Memang kita ikut kah semua sunnah Rasul, semua pesanan baginda. Memang kita tak buat kah larangan Allah. Ya Allah, malu, malu. Sedangkan baginda sayangkan umatnya termasuk kita yang tak pernah bertemu ni. Tak boleh tahan, bila sentuh bab ni. Rasa diri ni banyak sangat buat dosa. Istighfar, istighfar.

Aku boleh ja kawan dengan sesiapa pun tak kira perempuan dan lelaki. Tapi, dengan lelaki aku hati-hati juga lah. Hmmm, bukan senang juga orang nak faham hal ni. Bagilah buku apa pun suruh baca, solusi yang orang alim beri, tapi kita ikut kah. Aku takut, takut. Nak bina masjid, nak ada anak yang baik baik, mesti mula dengan hubungan antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang baik. Pernah dengar ibu ayah juga boleh jadi menderhaka terhadap anak? Sebab tak didik dengan agama. Hubungan awal tu sendiri jalannya bagaimana, bawa sampai ke anak cucu kot keberkatan hidup ni. Itukan tujuan kita hidup, nak cari keberkatan.

Belajarlah dengan orang tua tua, mak ayah yang tak tinggal solat, Insyaallah semua jadi baik walaupun tak kaya harta. Sebaliknya, rumah porak peranda, habislah, mesti ada yang tak kena, tak berkat kot. Kita diberi pilihan dalam hidup ni, nak jadi baik ke jahat. Kita pilih, Allah akan bantu.

Bingung, bingung, akar masalah tak selesai kot. Semoga Allah berikan jodoh yang mampu membimbing bukan melahirkan generasi perosak. Nauzubillah. Ini harapan kawan, harapan. Nak dapat orang baik, kita kena jadi baik dulu.

Gerimis di lautan,
mendayung sampan ke kuala,
bukanlah niat untuk bermusuhan,
sekadar ingatan bersama.

Aku cuma mahu yang baik baik menanti pada masa hadapan. Nak marah aku, marahlah. Nak buat macam mana, aku, aku, macam nilah, tak boleh terima, aku tak salahkan sesiapa.

Yang sudah sudah tu jadikan sempadan dan ingatan, pernah buat silap, minta ampun dengan Tuhan.

Seronok apabila melihat ada kawan kawan telah memilih mengikut sunnah dengan berkahwin. :)

Buat diri yang mudah alpa

Duhai hati,
Sabarlah dalam menghadapi dugaan dunia,
Berusahalah untuk menjadi lebih baik,
Carilah teman baik yang dapat membimbing.

Wahai diri,
Penuhkanlah ilmu yang bermanfaat,
Untuk disampaikan,
Buat diri, keluarga dan sahabat.

Ya,
Kita mudah alpa,
Jadi, dekatkanlah diri dengan kebaikan,
Jauhi kemungkaran dan kemaksiatan.

Tidak rugi air mata mengalir menangisi dosa silam,
Bertaubatlah,
Itu yang terbaik,
Dalam mengejar redha Tuhan,
Bukan redha manusia semata-mata,
Insyaallah.

Jalan Tengku Abdul Samad, Raub
8 Syawal 1432 H

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...