Al-fatihah buat Dr Abdul Aziz Omar


Di USM, Dr Aziz ni ialah pensyarah penasihat bagi projek tahun akhir aku bersama Suraya, Zahir dan Ecah.
Patutlah lama Dr senyap, rupa-rupanya Allah lebih sayang kan beliau. Bak kata Ecah, setiap kali kami berjumpa dengan Dr untuk berbincang tentang projek, sesi perbincangan akan bertukar menjadi perbualan tentang masa depan, seperti seorang bapa yang menasihati anak-anaknya. Begitulah beliau dengan kami. Suka betul Dr memberi semangat kepada kami, ditunjuknya gambar-gambar beliau sewaktu di London jika tidak silap. Dr sangat bagus dalam akademik. Selepas berijazah di USM Pulau Pinang, beliau terus menyambung pengajian PhD di luar negara. Itulah antara yang beliau nasihatkan pada kami, sambung pengajian. Siap tentang bekeluarga pun beliau nasihat. Hmmm.

Kata-kata beliau sentiasa menjadi pembakar semangat semasa aku tahun akhir. Tadi pun aku telefon Ecah, sedih betul Ecah. Memang kami anggap Dr macam ayah. Tak pernah aku anggap mana-mana pensyarah lain seperti Dr. Terasa sangat kehilangan ni. Dr di USM tak lama. Selepas kami habis belajar, kami dapat tahu Dr pun tidak bertugas di USM lagi. Terkejut juga dengar berita ni. Ada juga sekali aku hubungi Dr untuk maklumkan kematian ayah Ecah. Itulah kali terkahir aku bercakap dengan Dr. Selepas itu hanya melalui emel kami berhubung. Aku baru niat nak jenguk Dr bila-bila pada masa akan datang. Hmmm, tiada rezeki hendak bertemu. Tadi telefon nombor Dr anak beliau yang angkat.

Al-Fatihah, kami doakan Allah tempatkan Dr bersama orang-orang yang soleh.

Dalam kenangan.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

kamilah berkata...

syidaaaaa.....
dr. ni rupanya...

al- fatihah..

syahidah berkata...

yup, dr nilah yang saya kata tu..

Jαnnαhツ berkata...

erm. kami di USIM pun sangat merasai kehilangan dr aziz. dr aziz sempat berkhidmat di USIM dalam 6 bulan je. tak sangka dr pergi dulu.

betullah apa yang akak cakap, dr suka tunjuk gambar dia masa dr belaja kat london dulu. dia pun ade cite pasal kena duduk lam lab berhari2 sampai tido pun bawah meja lab.

kami sangat sayangkan arwah. beliau sangatlah baik. memang mcm ayah. kami berdua seakan hilang tempat bergantung setelah arwah yang juga supervisor final year projek kami sudah pergi mengadap ilahi. moga rohnya dicucuri rahmat.

syahidah berkata...

@Jannah

yup, betul tu, salam perkenalan jannah....

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...