Ukhwah

Hari ni selepas kerja, ada jamuan Raya pejabat. Banyaklah makanan, Alhamdulillah semuanya licin, habis tidaklah membazir. Talapiah bakar, patin bakar, kambing bakar, rendang, nasi impit, nasi minyak dan banyaklah lagi. Tidaklah aku makan semua yang ada. Agak-agak muat perut. Makanan? Eh, bukan itu yang utama, seronok melihat staf-staf membawa keluarga masing-masing, bawa anak-anak, geng-geng bujanglah yang kena usik apa lagi, hehe, nakal betul mereka. Hmmm, seronok juga, sebelum dan selepas jamuan masing-masing tahu apa tugasan yang perlu dibuat. Semangat kerjasama gitu!

Lama juga aku tak komen blog kawan-kawan, hmmm, rindunya hendak berkumpulan membincangkan soal-soal kehidupan, masalah-masalah dunia dengan sahabat-sahabat di Penang dahulu. Mereka banyak membuka mata aku supaya dapat lihat lebih jauh. Kita tak dilahirkan untuk hidup seorang di dunia. Kita perlu bermasyarakat. Ya, itu sesuatu yang aku perlu sentiasa belajar. Belajar bermasyarakat. Tak semudah yang disangka.

Adakah kita hanya mahu berkawan dengan orang yang kita kenal sahaja? Bagaimana dengan orang di sekeliling? Aku seronok di kawasan rumah sewa aku yang baru. Di Taman Kenanga, Raub. Taman ini antara taman perumahan terawal di bandar Raub ni. Jadi, jiran-jiran sememangnya agak rapat. Kebanyakannya perempuan suri rumah yang ada juga sedikit sebanyak membantu keluarga dengan menjahit dan membuat kuih. Terasa seperti dah kenal lama cara mereka berbual dengan kita. Tak rasa terasing walaupun aku tak tahu sembang tentang apa. Tapi, layan.

Di sebelah kanan, tuan rumah dengan empat orang anak. Di sebelah kiri, nenek yang tinggal seorang. Tapi, semuanya sangat ramah. Umi pernah pesan, hendak bersembang dengan orang tua, kita kena banyak diam, dengar apa yang beliau hendak cakap, itu lebih baik, sebab orang tua ni mudah kecil hati. Kalau dipanggil kena menyahut, yang lucunya nenek ni sedang bercakap dengan telefon, dalam masa yang sama ajak aku sembang. Serba salah aku. Masuk rumah sekejap, keluar balik cari dia. Hmmm..Hidup berjiran, jangan sombong~

I've change a lot these days, learn and learn, =)
Kg Tok Muda

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

kamilah berkata...

syida, betullah...
kene bermsyrakat sebab kita pun akan tua satu hari nanti...

sy rindu penang sgt2..
rndu campus life di sisi kwn2 yg mengingatkan...

syahidah berkata...

tapi sangat sangat ramah jiran jiran yang baru ni, huhu, pukul 6 petang je diorang berkumpul depan rumah, kawasan kejiranan ni rumah rapat rapat, berhadapan, so setiap baris kebanyakannya ambil berat hal jiran jiran, keadaan biasa je nenek sebelah menegur anak anak jiran yang lain jika ada buat silap, memang bermasyarakat, cuma saya jarang ada masa, ialah hujung minggu kan saya kerja, sekali sekala sembang sembang jugalah, huuhuhu

yup, sangat rindu nak jumpa dengan semua kawan-kawan, tapi nak buat macam mana jauh jauh, masa pula tak mengizinkan

Mizan berkata...

assalamualaikum, sy Hamizan. sy berasal dari Tapah, Perak dn skrg bekerja di Klang..baru2 ni alhamdulillah sy dpt keje baru di Bukit Koman, Raub..tp Raub masih asing bg saya..so minta bantuan saudari akan tempat mana yg sesuai utk cari rumah sewa di sana..kalo bole berdkatan dgn masjid/surau dn ada kemudahan asas yg lain..t.kasih..

syahidah berkata...

@Mizan

Waalaikumussalam, Bukit Koman? wah, di Gold Mining kah?

Ataupun Bangunan Gunasama, pejabat persekutuan raub, berdekatan hospital

Banyak juga taman-taman perumahan di Raub, yang pasti ada surau Taman Amalina Perdana, Taman Raub Jaya 3, saya tinggal di Taman Kenanga tiada surau di dalam kawasan taman tetapi berdekatan dengan Masjid/surau kampung, tidak jauh,stesen minyak, pasaraya sekiranya betul-betul berdekatan bandar raub, jadi kemudahan semua ada, tiada masalah, bandarnya tidaklah terlalu besar nak dibandingkan dengan Klang, ya saya pernah bekerja di Meru..

memandang soalan Mizan sangat umum, saya tidak dapat menjawab secara tepat, boleh emel saya di syida8196[at]yahoo.com

boleh bercerita lanjut di situ. Sekadar untuk menggambarkan keadaan persekitaran boleh juga...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...