Apa berlaku di hadapan



Sabtu, 29 Oktober 2011
Selesai tugasan di pejabat di Raub, aku langsung terus ke Felda Sg Koyan, ingin menjenguk mek(nenek). Tiba di Koyan, mek tiada di rumah. Telefon abi kalau kalau abi tahu mek ke mana, abi beritahu mek sendiri tak angkat abi call. Aduyai, inilah akibatnya aku tak telefon mek dulu sebelum datang. Tapi, selama ni aku memang tak pernah telefon, aku terus datang, sebab aku tak nak mek susah susah memasak. Mek memang mempunyai kerisauan tahap tertinggi sekiranya orang yang datang ke rumahnya belum makan.

Aku ke rumah Mak Cik Ros, jiran nenek untuk bertanya. Rupa-rupanya Mek ikut Ayah Cik ke KL sudah sejak petang 28 Oktober, Jumaat. Cik Ros hidang nasi. Jadi, aku terpaksa makan walhal aku dah kenyang balun kentang goreng Marrybrown dalam kereta on the way ke Koyan tadi. Kebetulan ada kunci rumah Mek aku masuk rumah mek ditemani Cik Ros untuk mencari surat abi. Umi memang amanahkan aku ambil surat jika ke Koyan, memandangkan abi tidak berkesempatan.

Selesai, aku singgah Mobil untuk isi minyak. Dengan yakin, "Adik, isi penuh ya". Sambil tu aku tengok dompet, cukup ni, dalam hati. Minyak dah diisi. Penuh. Tengok tengok. Oh no, RM 50.00? Aduyai, salah budget lah pula. Selalu dalam RM 40 sahaja. Dalam dompet ada RM44.00 dan duit syiling yang aku tak kira berapa. Alamakkkkkkkkkkkk~Takkan nak patah balik minta pada Cik Ros, nanti kantoi dengan mek, mek bising nanti. Aku dengan yakin bayar RM44.00 sahaja beserta meninggalkan I/C tanpa segan silu kepada adik jaga petrol pump tu. "Nanti akak datang balik, percaya tak ni, awak jangan jual pula I/C tu". Adik tu angguk. Mungkin dia gelak dalam hati.

Waktu tu aku hanya terfikir Kak Zak. Kak Z ada di Tersang. Call Kak Z. "Akak, ada kat rumah tak, saya nak pinjam RM6.00 tak cukup isi minyak di Koyan". Kak Z menjawab ok. Aku dengan pantas ke Tersang. Pergi dah dalam 15-30 minit macam tu, patah balik Koyan semula pergi Mobil semata-mata nak bayar RM 6.00. Adalah 40 minit agaknya. Ces, lawak, lawak. Rupa-rupanya Mak Cik jaga kaunter kat dalam Mobil kawan Mek, la, apasal tadi aku tak nampak beliau. Katanya kalau kenal tak bayar pun tak apa. Nak dijadikan cerita. Aku nampak adik tadi je, huhuhu. Lepas tu aku balik Raub semula. Konon nak tidur Koyan malam, tak jadilah. Aku tidur seorang Cik Ros tak bagi. Aku tak kisah. Balik Raub pun sendiri juga, Kak Z dan Kak T tiada.

Ahad, 30 Oktober
Pergi kerja lagi, seperti biasa. Staf pejabat beritahu aku, ada kemalangan maut berhadapan pusat servis Produa berdekatan Taman Raub Jaya semalam. Jalan sesak dari situ sehingga berdekatan pasaraya Thong Fatt, mungkin dalam 2, 3 atau 4 kilometer kereta sesak, tak bergerak. Lori dan kereta bertembung. Pemandu kereta mati di tempat kejadian. Selepas kerja aku balik ke Karak, beritahu abi kisah kemalangan tu. Abi kata, ada hikmahnya aku balik Koyan, sebab kemalangan tu berlaku masa aku masih di Koyan.

Isnin, 31 Oktober
Aku hari ni masih di Karak, aku cuti sehari. Cuti ganti. Pukul 10.00 pagi lebih kurang abi call, Pak Cik Man kemalangan di KL, pagi tadi selepas menghantar Mak Cik Ze ke tempat kerja. Meninggal dunia. Aku baru sahaja jumpa PC Man waktu balik raya ke Kelantan. PC Man kelakar orangnya dan rajin. Abi dan umi bergegas ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku tak dapat ikut, adik belum balik sekolah, lagipun petang adik ada exam KAFA. Itulah kerja Tuhan, hanya Dia lebih mengetahui. semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang yang soleh. Jenazah akan dikebumikan di Ulu Klang hari ni juga.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

4 ulasan:

kamilah berkata...

hehe..lawak la isi pasal minyak tu..

then bila tiba kat hujung cerita...sedih...al fatihah.

syahidah berkata...

http://www.hmetro.com.my/articles/Digilisbas/Article

Digilis bas
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya seakan-akan tidak percaya suami sudah tiada kerana dia baru saja menghantar saya ke tempat kerja beberapa minit lalu,” kata Wan Noraizan Wan Ismail, 40, isteri Azaman Mahmed, 45, yang maut dalam kemalangan di Jalan Genting Klang, di sini, semalam.

Wan Noraizan, yang ditemui di tempat kejadian hampir rebah selepas melihat keadaan suaminya yang menyayat hati dan terbujur kaku di atas jalan raya.

“Tiada sebarang perubahan pelik pada arwah sebelum kejadian namun, pagi tadi (semalam) arwah ada memberitahu mahu ke tempat kerja lebih awal kerana ingin menghadiri mesyuarat.

“Sebelum menghantar saya ke tempat kerja di Taman Melawati, arwah terlebih dulu menghantar anak bongsu kami ke sekolah,” katanya.


Katanya, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa suaminya kira-kira sejam kemudian dan bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa anggota keluarga yang lain.

syahidah berkata...

ni petikan dalam akhbar, saya terkejut juga, sebab tiba-tiba...

syahidah berkata...

http://ondscene.my/kemalangan/kakitangan-dbkl-maut-digilis

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...