Bertambah lagi tahun Masihi

Assalamualaikum, 

2013 kian menghampiri, umur juga akan bertambah, apa yang berlalu terus berlalu, sekarang masa beramal, di hadapan harap harap kebaikan menanti.

Apa yang baik dari Allah, semoga kita sama sama muhasabah diri.

Setiap nafas, setiap degupan jantung ini semuanya berlaku dengan izin Allah.

Saya belajar "mengenal Kolumpo" sejak di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung 

Saya belajar "cara berkomunikasi dengan remaja" di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung 

Saya belajar "mencintai al-Quran" di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung
Saya belajar "hakikat pengorbanan" di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung 

Saya belajar makna "ukhwah" di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung 

Saya belajar menyebut "Allah" di , =) Terima kasih kerana mengajar saya secara tidak langsung 

Nafas, degupan jantung, aliran darah,hanya berlaku ,jadi wajarlah kita berlumba lumba mengejar kebaikan, menambah amalan........Allah
 
Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita kurangkan tuit, banyakkan ibadah 

Nafas, degupan jantung, aliran darah,hanya berlaku , jadi wajarlah kita senyum gembira, mempositifkan diri walau apa yang berlaku 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , wajarlah kita merasakan setiap saat Allah memerhati tiap perbuatan kita 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita mengetahui hakikat suatu hari nanti dunia akan lenyap... 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita merasakan kekayaan itu juga ujian, Allah.... 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita merasakan kebahagiaan itu juga ujian, Allah.... 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita tersenyum bahagia Allah tetap juga memberi kita peluang 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita saling mengingatkan apa yang baik, menegah apa yang mungkar 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita saling membantu sesama Muslim demi keagungan Islam 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita terus terusan menuntut ilmu, kerana kita tak pernah sempurna
 
Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku , jadi wajarlah kita menutup aurat dgn sempurna seperti al-Quran nyatakan 

Nafas, degupan jantung, aliran darah, hanya berlaku ,jadi wajarlah kita bersyukur setiap hari krn masih dapat berbuat kebaikan

Lagi tiga bulan, umurku bertambah lagi, namun, sudahkah aku memanfaatkan umur yang telah pergi meninggalkan diriku.
 
2013, ready for PMR pelajar yang ramai tersebut, sungguh menyeramkan jiwa raga saya,
Saya percaya, saya yakin, saya redha, apa yang Allah telah aturkan itu yang terbaik untuk saya, stay at for 2013

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Penuh Makna

Assalamualaikum, =) Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya berpeluang juga untuk menaip hari ni. Sekadar mengisi kekosongan waktu. Asalkan yang baik, permudahkanlah Ya Allah. Jika melalaikan, bantu aku perbaiki menjadi lebih baik. Insyaallah, bi iznillah.

 Kelas Matematik, Tingkatan 2, =)

Anak didik, yang selalu buatku ketawa, senyum, sedih dan juga kecewa. Itulah kehidupan. Hafiz Hakimi, Ilyas, Sofi, Imran, Nazirul, Arif, HD, Dz, Syed, Hasif, Azmeer, Safwan, Din, Afiq K, Daus, HO, Meor, Mubin, Muaz, Zuhdi, Afiq G, Hanif, Muhammad, Amir, Razin, Rasydan, Farhad, Farhan, Naseem, Nik, Zikry, Adham, Azhad, Izzat, Farhan R, Shazal, Muhib, Haziq 38 banin

Ameera, Balqis, Chut, Ameenah, Dona, Najwa, Zuhra, Sakinah, Humairaq, Muna, Nadia, Sara, Aishah, Hayatun, Izyan, Fatini, Athirah, Afiqah, Nazihah, Darirah, Fatimah, Anna, Izzah, Farah, Umaimah, Dalili, Syaheerah, 25 banat.

Aku sayang semua orang yang telah, pernah, sedang dan akan menjadi sebahagian dalam hidup, tiada terkecuali, =) Jadi, mereka juga sebahagian daripada hidup aku.

Aku, hmmm, doakan aku, aku mahu menutup aurat, dan masih belajar untuk istiqamah. Aku mahu pelajar aku juga istiqamah dalam kebaikan.

Aku harap mereka semua dapat belajar lebih daripada apa yang diperoleh di sekolah. Aku lebih gembira sekiranya mereka dapat mengenal apa makna kehidupan yang sebenarnya. Tentulah, tidak dapat tidak, zaman remaja adalah zaman paling penting. Waktu puncak, mengenal beza baik buruk, mengenal dunia luar. Dengan kemudahan teknologi yang semakin hari bertambah baik. Pelajar-pelajar aku tidak terkecuali, juga terdedah dengan kehidupan sebegini. Harap-harap tahulah mereka menggunakan untuk tujuan yang baik. Wallahua'lam.

Di Pinggiran Ilmu, letaknya bangunan kelabu yang sebuah itu, aku belajar makna pengorbanan, demi kelangsungan insan. Mereka sangat beerti buatku, =)

Di pinggiran Ilmu itu

Assalamualaikum,

Gembira, sudah tentu, setiap kali aku memasuki bangunan kelabu yang sebuah itu, hati ini tentu sekali gembira. Mungkin hikmahnya aku tak nampak, tapi keinginan untuk kembali pasti ada. =). Perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata. Terasa tugasan mendidik itu kerja yang sangat membahagiakan. Jujur, walaupun pernah kecewa dengan sikap dan karenah pelajar. Semuanya mudah betul aku lupakan. Tidak perlu aku nyatakan di sini. 

Aku manusia biasa yang pasti sedih. =(. Aku marah sebab mahu mereka jadi baik. Itu sahaja, bukan benci, aku tak boleh benci mereka kan. Hehe. Cuma, kita ramai yang terlalu sibuk mengejar keputusan peperiksaan yang baik, tanpa mengenal erti dan hikmah mengecap nikmat berusaha, nikmat berdoa, nikmat ukhwah ketika study group, nikmat tekun di dalam kelas, nikmat amanah menjawab soalan, nikmat gembira apabila dapat menyelesaikan tugasan sekolah dengan baik dan sebagainya.

Kita jarang meneliti kebaikan-kebaikan yang kita peroleh dalam apa sahaja yang kita lakukan, kerana kita leka mencapai matlamat, tanpa sedar jalan yang diambil adalah salah.

Rezeki tahun ni di sini, selepas ini, belum tahu lagi. Memang betullah, kita ni merancang, tapi jangan lupa Allah yang menentukan. Allah lebih tahu kenapa aku ditempatkan di sini. Ada hikmahnya, bantu aku Ya Allah, hamba-Mu yang mudah lalai dan leka dengan kehendak dunia ini. Tak lepas juga diri ini kadang-kadang, perasaan kecewa, murung, sedih. Aku mesti kuat, mesti kuat. Tidak dapat tidak. Mesti.

Jadual yang sangat berbeza, suasana, setiap hari disambut dengan suara-suara pelajar menghafal al-Quran, walaupun aku tidak berpeluang dan beruntung seperti mereka. Insyaallah, tidak aku, adik aku, nanti, Insyaallah. Atau pun, anak aku sendiri akan datang. =) Hehe. 

Apa pun, doakan aku teman-teman. Aku mahu menjadi contoh yang baik pada pelajar walaupun aku bukanlah ustazah, hanya guru akademik di sini. Di Pinggiran Ilmu ini.  =)

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Sebulan lagi

Salam,

Apa khabar? Oktober menghampiri, sedar sedar tujuh bulan aku bersama-sama budak budak ni. Serius, marah, senyum, sedih, sayang, rindu, semua ada. Aku perlu positif, positif dan positif. Tugas cikgu tak mudah tapi dengan izin Allah ada sahaja jalan untuk aku memperbetulkan diri sendiri sambil membetulkan budak budak ni mana salah, mana silap. Aku tahu, mereka sendiri pun ada pendapat dan pandangan yang aku boleh belajar. Cikgu belajar daripada murid, tak salah kan. Sungguh! I love them, =). Biar gambar berbicara, =)

Aku bukan guru kelas ni, tapi aku tak sempat nak bergambar dengan pelajar 2 Nafi', yang ni 2 Hafs. Lucu juga dibuatnya, selepas ujian pertengahan tahun, aku ditugaskan untuk mengajar Sains dan Matematik pelajar Tingkatan 2. Ada tiga kelas, 2 Asim, 2 Hafs dan 2 Nafi'. Kelas Nafi' subjek Matematik sahaja. Bayangkanlah setiap hari aku masuk kelas-kelas ni. =). Isnin hingga Jumaat.

Aku yang sentiasa perlu belajar erti sabar. Mereka ini yang mendidik aku menjadi cikgu yang lebih sabar. Tak dapat nak bayangkan betapa perlunya seorang cikgu menjadi serba boleh. Emosi, spritual, intelek, jasmani semua mesti baik. Hmm, Ya Allah permudahkanlah urusanku selagi mana aku berada di jalan-Mu. Perbetulkanlah aku andai aku lalai dan leka.

*Gambar banyak tapi internet slow, lain kalilah ya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

K-pop membudaya di Malaysia

Berikut video menarik dari Korea dan sedikit perkongsian dari Fb tentang tarian terbaru yang agak terkenal sekarang ini sehingga dijadikan tarian minggu orientasi bagi universiti tertentu selain hiburan di bulan Syawal yang lalu yang begitu mendapat sambutan pengunjung Youtube.

[Lecture in Korean] God(Hananim) and Allah, Christianity and Islam (English Subtitle)



BUAT SEMUA YANG MEMPROMOSI TARIAN "GANGNAM STYLE" : DIRAYU UNTUK DIHEBAH

https://www.facebook.com/notes/rose-vermin/buat-semua-yang-mempromosi-tarian-gangnam-style-dirayu-untuk-dihebah/174062216062512
by Rose Vermin on Monday, 3 September 2012 at 01:50 ·
Ok saya telah buat kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. Berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang saya dapat.

1. Gangnam memang nama sebuah tempat. Apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah

10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.

Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."

Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:

"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"


Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:

" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:

"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.

Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.

11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.

merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu


padahal mesej asal:

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja


A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja


A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist


inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!

dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memperbodohkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.

maka tepatlah ulasan Ustaz Azhar Idrus, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy. sungguh!

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy. http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:

"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.

Rose Vermin

Layakkah aku


Layakkah aku
Sedang oksigen aku sedut hari hari
Bukan milikku

=(

Lagikan rasa itu
Semuanya milik Allah
Milik Allah
Bukan aku

Malunya aku mengenangkan
Kesilapan sendiri
Tapi
akukah yang salah

=(

Kuatkan hatiku
Ya Allah

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Mampukah melamar dirimu yang soleh?


Bismillah…

Cerita kali ini pasti saja ada yang menderaukan hati perempuan..melamar lelaki? Ish susahkan..tapi apa salahnya melamar lelaki yang soleh..pasti agamanya dan kualiti akhlaknya. Siapa yang tolak lelaki sebegini?? pasti susah nak tolak..mahu tapi malu. Bukan niat penulis untuk menjadikan mudahnya melamar lelaki,itu sukar namun kali ini penulis mahu membuka kotak sedikit yang rasanya sudah tiba masanya kita berfikir sejenak jika lamaran yg tidak pasti diterima mahupun ditolak..bukankah jika ditolak itu bukannya kehinaan,sebaliknya hanya ladang kesabaran daripada menunggu orang yang tidak pasti,tidak pasti agamanya,tidak kenal dengan akhlaknya.bahkan tidak tahu jua hadirnya.

Teruskan membaca di sini...

Perjalanan

Assalamualaikum, apa khabar anda yang sedang membaca?

Aku jarang betul sejak bekerja update blog, hmm, aku, aku sebenarnya teringin sangat nak sambung belajar, belum masanya lagi, entahlah, berubah-rubah keinginan bidang yang diingini, habis ijazah pertama dahulu, aku pernah cuba menghantar resume ke UIA Kuantan, kebetulan pensyarah tersebut ialah bekas pensyarah USM, bidangnya Chemistry, kajian estrak, yang aku kurang minat, kebetulan pula umi minta sangat aku bekerja dahulu, bukan terus sambung belajar, akhirnya aku carikan pelajar lain untuk pensyarah tersebut, bimbang beliau kecil hati kerana menolak pelawaan beliau untuk bertemu, Alhamdulillah sahabat aku telah pun menamatkan master dengan pensyarah tersebut. Rezeki beliau.

Dahulu, di penghujung semester akhir ijazah pertama, aku sering berharap dapat mendalami bidang psikologi. Itulah aku pelajar Kimia yang mahu sambung belajar psikologi. Jauh sekali. Kawan-kawan ada yang bekerja di Sime Darby, syarikat-syarikat berkaitan yang lebih menjurus kepada siapa kami dalam bidang Kimia. Aku, owh tidak lagi, aku memang seolah-olah putus harapan dalam bidang sains, aku tak nampak jalan, jiwa aku bukan lagi ke arah itu.

Bekerja, dalam dunia pekerjaan, semenjak menjadi guru ni, lain pula ceritanya. Apabila aku mengajar subjek sains, matematik, kimia, lain pula jadinya. Aku nampak kekurangan pada diriku ialah pengetahuan aku tentang sains dalam al-Quran ialah 0 peratus. Sekadar membaca di dalam buku tidak menarik minatku untuk mengaitkannya dengan subjek yang diajar di dalam kelas. Sewaktu ditemuduga sungguh-sungguh aku menyahut cabaran pengetua untuk cuba belajar mengaitkan sains dengan al-Quran walhal waktu itu sebenarnya aku sekadar tunjuk yakin, pengetahuan aku asalnya kosong.

Hmmm, Insyaallah aku akan berusaha, tidak dapat sambung pengajian secara formal sekalipun, aku akan berusaha membantu anak muridku mengenal Islam melalui sains, satu harapan yang tinggi, sebab aku kini belajar bahawa apa sahaja yang kita lakukan sekiranya kita tidak nampak kaitannya dengan Pencipta kita seolah-olah rugi, tiada apa yang kita dapat. Kosong. Ya Allah, kejadian hujan, penciptaan gunung ganang sebagai pasak bumi, kedudukan planet di orbit dan sebagainya semuanya ada di dalam al-Quran.

Cuma, aku pelajar Sains yang tidak pernah cuba untuk mengenalinya. Allahuakbar, bantu aku, Ya Allah. Apa yang buruk kelemahan aku, apa yang baik dari Allah.



Wallahua'lam.

3 Ramadhan,
Kg Tok Muda.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Nilai perkenalan

Semakin hari semakin bertambah senarai Friends kita, tapi, aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku benar benar menghargai persahabatan ini, aku doakan kalian baik baik hendaknya, maafkan aku andai pernah membuatkan kalian kecil hati,

Begitu juga dengan kehidupan, kita akan bertembung dengan orang yang berbeza setiap hari, mungkin juga setiap saat, setiap minit, setiap jam, kenalan kita akan bertambah. Apa yang lebih bermakna ialah sebuah perkenalan dan perpisahan itu semata-mata kerana mencari keredhaan Illahi. Siapa tahu doa seorang sahabat yang ikhlas buat sahabatnya yang lain membuatkan perjalanan hidup kita berjalan lancar dan bertambah baik.

Kita manusia biasa yang sering tersalah kata, tersalah bicara, yang pasti ada pihak lain yang mendapat kesan dan akibatnya, sebab itulah pak cik nenek moyang kita berkata, kerana mulut badan binasa. Benarlah teknologi bukan segalanya, kemanisan sebuah persahabatan itu terasa kebaikannya apabila sahabat yang kita kenal itu selalu mengajak kita kepada kebaikan, menegur ketika salah, memberi ketika kita memerlukan.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, pemberian yang dimaksudkan bukanlah semata-mata dalam bentuk wang, material, sebaliknya ingatan, teguran, nasihat juga pemberian mulia yang tidak terbalas kebaikannya. Jadi, hargailah keluarga anda, sahabat, masyarakat yang anda miliki sekarang.

Jika mereka tersilap, tegurlah, itu tandanya kita sayang mereka, bukan membiarkan mereka dalam kegelisahan serba serbi tentang duniawi. Ya, ya, dunia itu penting untuk mengejar akhirat, sampai satu saat anda akan berkata, "Aku mahukan ketenangan bukan lagi kegembiraan, aku ramai sahabat yang membuatkan aku gembira, tetapi tiada seorang pun yang pernah buat aku berasa tenang". Perlu diingat hidayah tidak datang bergolek, doa perlu diteruskan supaya sahabat sahabat baik yang kita ada, kita hormati kebaikan dan kemuliaan kita, Insyaallah kita tiada musuh, malah ramai datang mencari kita sebagai sahabat kerana mereka percaya dengan kita, mereka tahu kita tidak mempergunakan mereka.

Ingat, nilai sebuah perkenalan sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita yang seterusnya, esok lusa matinya kita, kita masih memerlukan orang lain untuk mengangkat keranda untuk kita. Tiada ayat "Kubur lain lain". Memang kubur lain lain, keranda lain lain, tetapi keranda tidak bergerak sendiri untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Waallahua'lam.

Saat terkenang,

Nilai persahabatan,

Leka,

Ada yang mengingatkan,

Mohon,

Ya Allah,

Permudahkanlah urusan kami,

dalam mendekati mati.

9.45 malam,

4 Jun 2012,

Kg Tok Muda.

Pemudahcara

=), Assalamualaikum, apa khabar semua? Aku di tempat baru, belajar perkara baru. Suasana yang berbeza. Berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragam.

 Menjadi pendidik bukan semata-mata mengajar di dalam kelas dan menyemak kertas peperiksaan. Aku perlu jadi kakak, ibu, kaunselor, pembimbing dan pemudahcara buat mereka. Aku tak mahu mereka mensia-siakan bakat yang mereka ada. Walaupun mereka belum matang pemikirannya. Tak pasti dengan apa yang mereka mahu pada masa hadapan, setidak-tidaknya aku lega selepas sesi sembang santai, mereka rasa senang untuk bercerita mengapa mereka tidak dapat fokus di dalam kelas.

Pelajar-pelajar yang tidak mendapat kasih sayang seorang ibu mahupun ayah memang nampak perbezaan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Begitu berbeza sekali sewaktu aku mengajar di sekolah rendah aku berhadapan dengan kanak-kanak. Sekarang di sekolah menengah, umur 13 tahun sehingga 17 tahun, remaja yang suka memberontak. 

Aku tak mahu mereka sekadar cemerlang keputusan peperiksaan. Seboleh-bolehnya mereka perlu faham kita tidak dapat hidup sendiri di muka bumi. Kita perlu akan kawan, sahabat, tempat untuk bercerita, tempat untuk mengadu, bukan semua perkara kita perlu pendam, tidak selesai sesuatu masalah jika kita lari. Perlu berhadapan. Siapalah aku, yang belum punya anak sendiri untuk mempersoalkan sikap dan cara didikan yang pelajar-pelajar ini terima di rumah.

Aku sekadar pemudahcara. Mereka sendirilah yang akan mengubah diri sendiri. Siapa lagi.

Desa Mutiara,
Mutiara Damansara.
10 April 2012.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Hikmah suatu perjalanan

Alhamdulillah, baru-baru ni aku ke Kota Kinabalu bersama keluarga. Di sana menginap di rumah along di Teluk Sepanggar. Kali pertama juga sebenarnya kami sekeluarga dapat berkumpul, lengkap semua ada termasuk kakak ipar.

Sempatlah juga ke Kundasang dan Pulau Manukan, bersiar-siar, melihat alam, mengambil ibrah dan hikmah penciptaan bumi. Awan yang berlainan warna, putih, sedikit kelabu, hitam, sedikit pekat, berbalam balam dalam warna biru. Ya, sangat indah, sangat bersyukur berpeluang menikmati suatu penciptaan yang bukan biasa biasa. Sangat luar biasa, muncul pula pelangi tujuh lapisan.

Bagi aku, walau sekadar gambar awan, seribu satu perkara hikmah ada di sebaliknya. Bukan sekadar kita kagum dengan penciptaan itu sendiri, tetapi lebih jauh daripada itu.

Dunia 2012

Pelajar banin Tingkatan 4 Asim khusyu' menjawab kertas soalan bagi ujian 1 tahun 2012.

Banat 4 Asim

Ini sewaktu kuliah maghrib Ustaz Hassan Din di surau sekolah.

Tahun 2012, inilah tempat kerja aku, mengajar subjek Matematik dan Kimia. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana.

=)

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Indahnya perubahan

Mata biru dipandang selalu
diamnya bicara menarik perhatian
fitnah datang bertalu talu
dielak dijauh bertambah hairan

lelaki perempuan rupawan
tak lagi indah pergaulan rambang
gagal meneka manisnya senyuman
berjayalah syaitan menjadi pemenang

mahu teguh dalam pendirian
disangka mahu jadi agamawan
sedikit ilmu menjadi bekalan
barulah dia mengubah penampilan

rakan sahabat menegur perbuatan
supaya tidak terus dalam kebejatan
masyghulnya hati dalam kesedihan
perubahan dijadikan bahan usikan

Ya Allah ampunkan salah yang lalu
Berikan hidayah yang ditunggu tunggu
selagi tidak dimulakan dulu
sampai bila hendak maju

Alhamdulillah, =)

9.54 malam
7 Jan 2012
Kg Tok Muda
Syahidah Mahassan

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...