Indahnya perubahan

Mata biru dipandang selalu
diamnya bicara menarik perhatian
fitnah datang bertalu talu
dielak dijauh bertambah hairan

lelaki perempuan rupawan
tak lagi indah pergaulan rambang
gagal meneka manisnya senyuman
berjayalah syaitan menjadi pemenang

mahu teguh dalam pendirian
disangka mahu jadi agamawan
sedikit ilmu menjadi bekalan
barulah dia mengubah penampilan

rakan sahabat menegur perbuatan
supaya tidak terus dalam kebejatan
masyghulnya hati dalam kesedihan
perubahan dijadikan bahan usikan

Ya Allah ampunkan salah yang lalu
Berikan hidayah yang ditunggu tunggu
selagi tidak dimulakan dulu
sampai bila hendak maju

Alhamdulillah, =)

9.54 malam
7 Jan 2012
Kg Tok Muda
Syahidah Mahassan

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...