Pemudahcara

=), Assalamualaikum, apa khabar semua? Aku di tempat baru, belajar perkara baru. Suasana yang berbeza. Berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragam.

 Menjadi pendidik bukan semata-mata mengajar di dalam kelas dan menyemak kertas peperiksaan. Aku perlu jadi kakak, ibu, kaunselor, pembimbing dan pemudahcara buat mereka. Aku tak mahu mereka mensia-siakan bakat yang mereka ada. Walaupun mereka belum matang pemikirannya. Tak pasti dengan apa yang mereka mahu pada masa hadapan, setidak-tidaknya aku lega selepas sesi sembang santai, mereka rasa senang untuk bercerita mengapa mereka tidak dapat fokus di dalam kelas.

Pelajar-pelajar yang tidak mendapat kasih sayang seorang ibu mahupun ayah memang nampak perbezaan dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Begitu berbeza sekali sewaktu aku mengajar di sekolah rendah aku berhadapan dengan kanak-kanak. Sekarang di sekolah menengah, umur 13 tahun sehingga 17 tahun, remaja yang suka memberontak. 

Aku tak mahu mereka sekadar cemerlang keputusan peperiksaan. Seboleh-bolehnya mereka perlu faham kita tidak dapat hidup sendiri di muka bumi. Kita perlu akan kawan, sahabat, tempat untuk bercerita, tempat untuk mengadu, bukan semua perkara kita perlu pendam, tidak selesai sesuatu masalah jika kita lari. Perlu berhadapan. Siapalah aku, yang belum punya anak sendiri untuk mempersoalkan sikap dan cara didikan yang pelajar-pelajar ini terima di rumah.

Aku sekadar pemudahcara. Mereka sendirilah yang akan mengubah diri sendiri. Siapa lagi.

Desa Mutiara,
Mutiara Damansara.
10 April 2012.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...