Nilai perkenalan

Semakin hari semakin bertambah senarai Friends kita, tapi, aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku benar benar menghargai persahabatan ini, aku doakan kalian baik baik hendaknya, maafkan aku andai pernah membuatkan kalian kecil hati,

Begitu juga dengan kehidupan, kita akan bertembung dengan orang yang berbeza setiap hari, mungkin juga setiap saat, setiap minit, setiap jam, kenalan kita akan bertambah. Apa yang lebih bermakna ialah sebuah perkenalan dan perpisahan itu semata-mata kerana mencari keredhaan Illahi. Siapa tahu doa seorang sahabat yang ikhlas buat sahabatnya yang lain membuatkan perjalanan hidup kita berjalan lancar dan bertambah baik.

Kita manusia biasa yang sering tersalah kata, tersalah bicara, yang pasti ada pihak lain yang mendapat kesan dan akibatnya, sebab itulah pak cik nenek moyang kita berkata, kerana mulut badan binasa. Benarlah teknologi bukan segalanya, kemanisan sebuah persahabatan itu terasa kebaikannya apabila sahabat yang kita kenal itu selalu mengajak kita kepada kebaikan, menegur ketika salah, memberi ketika kita memerlukan.

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, pemberian yang dimaksudkan bukanlah semata-mata dalam bentuk wang, material, sebaliknya ingatan, teguran, nasihat juga pemberian mulia yang tidak terbalas kebaikannya. Jadi, hargailah keluarga anda, sahabat, masyarakat yang anda miliki sekarang.

Jika mereka tersilap, tegurlah, itu tandanya kita sayang mereka, bukan membiarkan mereka dalam kegelisahan serba serbi tentang duniawi. Ya, ya, dunia itu penting untuk mengejar akhirat, sampai satu saat anda akan berkata, "Aku mahukan ketenangan bukan lagi kegembiraan, aku ramai sahabat yang membuatkan aku gembira, tetapi tiada seorang pun yang pernah buat aku berasa tenang". Perlu diingat hidayah tidak datang bergolek, doa perlu diteruskan supaya sahabat sahabat baik yang kita ada, kita hormati kebaikan dan kemuliaan kita, Insyaallah kita tiada musuh, malah ramai datang mencari kita sebagai sahabat kerana mereka percaya dengan kita, mereka tahu kita tidak mempergunakan mereka.

Ingat, nilai sebuah perkenalan sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita yang seterusnya, esok lusa matinya kita, kita masih memerlukan orang lain untuk mengangkat keranda untuk kita. Tiada ayat "Kubur lain lain". Memang kubur lain lain, keranda lain lain, tetapi keranda tidak bergerak sendiri untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Waallahua'lam.

Saat terkenang,

Nilai persahabatan,

Leka,

Ada yang mengingatkan,

Mohon,

Ya Allah,

Permudahkanlah urusan kami,

dalam mendekati mati.

9.45 malam,

4 Jun 2012,

Kg Tok Muda.

2 ulasan:

~kamilah~ berkata...

teguran tanda sayang dan tanda allah sayang..sebab tu hantar seseorg utk tegur..


akhirnya.....update jugak blog ni..heheh

jazakillah..:-))

syahidah berkata...

insyaallah

bila dah jadi cikgu baru tahu kita bukan datang sekolah nak mengajar je, tapi mendidik, tapi kan sebab saya ni manusia biasa kadang kadang hilang sabar

muhasabah muhasabah

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...