Perjalanan

Assalamualaikum, apa khabar anda yang sedang membaca?

Aku jarang betul sejak bekerja update blog, hmm, aku, aku sebenarnya teringin sangat nak sambung belajar, belum masanya lagi, entahlah, berubah-rubah keinginan bidang yang diingini, habis ijazah pertama dahulu, aku pernah cuba menghantar resume ke UIA Kuantan, kebetulan pensyarah tersebut ialah bekas pensyarah USM, bidangnya Chemistry, kajian estrak, yang aku kurang minat, kebetulan pula umi minta sangat aku bekerja dahulu, bukan terus sambung belajar, akhirnya aku carikan pelajar lain untuk pensyarah tersebut, bimbang beliau kecil hati kerana menolak pelawaan beliau untuk bertemu, Alhamdulillah sahabat aku telah pun menamatkan master dengan pensyarah tersebut. Rezeki beliau.

Dahulu, di penghujung semester akhir ijazah pertama, aku sering berharap dapat mendalami bidang psikologi. Itulah aku pelajar Kimia yang mahu sambung belajar psikologi. Jauh sekali. Kawan-kawan ada yang bekerja di Sime Darby, syarikat-syarikat berkaitan yang lebih menjurus kepada siapa kami dalam bidang Kimia. Aku, owh tidak lagi, aku memang seolah-olah putus harapan dalam bidang sains, aku tak nampak jalan, jiwa aku bukan lagi ke arah itu.

Bekerja, dalam dunia pekerjaan, semenjak menjadi guru ni, lain pula ceritanya. Apabila aku mengajar subjek sains, matematik, kimia, lain pula jadinya. Aku nampak kekurangan pada diriku ialah pengetahuan aku tentang sains dalam al-Quran ialah 0 peratus. Sekadar membaca di dalam buku tidak menarik minatku untuk mengaitkannya dengan subjek yang diajar di dalam kelas. Sewaktu ditemuduga sungguh-sungguh aku menyahut cabaran pengetua untuk cuba belajar mengaitkan sains dengan al-Quran walhal waktu itu sebenarnya aku sekadar tunjuk yakin, pengetahuan aku asalnya kosong.

Hmmm, Insyaallah aku akan berusaha, tidak dapat sambung pengajian secara formal sekalipun, aku akan berusaha membantu anak muridku mengenal Islam melalui sains, satu harapan yang tinggi, sebab aku kini belajar bahawa apa sahaja yang kita lakukan sekiranya kita tidak nampak kaitannya dengan Pencipta kita seolah-olah rugi, tiada apa yang kita dapat. Kosong. Ya Allah, kejadian hujan, penciptaan gunung ganang sebagai pasak bumi, kedudukan planet di orbit dan sebagainya semuanya ada di dalam al-Quran.

Cuma, aku pelajar Sains yang tidak pernah cuba untuk mengenalinya. Allahuakbar, bantu aku, Ya Allah. Apa yang buruk kelemahan aku, apa yang baik dari Allah.



Wallahua'lam.

3 Ramadhan,
Kg Tok Muda.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

3 ulasan:

~kamilah~ berkata...

kalau ada cita2, teruskan..
i.Allah Allah akan tolong...
yang penting terbaik untuk agama.

marmalade berkata...

sangat menarik sekiranya dibuat perkaitan sedemikian. boleh kongsi di blog :)

syahidah berkata...

cita cita banyak tak sempat laksana je, hehe

hehe, kat facebook ramai orang share dalam bentuk gambar tentang ayat quran dan sains tu

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...