Sebulan lagi

Salam,

Apa khabar? Oktober menghampiri, sedar sedar tujuh bulan aku bersama-sama budak budak ni. Serius, marah, senyum, sedih, sayang, rindu, semua ada. Aku perlu positif, positif dan positif. Tugas cikgu tak mudah tapi dengan izin Allah ada sahaja jalan untuk aku memperbetulkan diri sendiri sambil membetulkan budak budak ni mana salah, mana silap. Aku tahu, mereka sendiri pun ada pendapat dan pandangan yang aku boleh belajar. Cikgu belajar daripada murid, tak salah kan. Sungguh! I love them, =). Biar gambar berbicara, =)

Aku bukan guru kelas ni, tapi aku tak sempat nak bergambar dengan pelajar 2 Nafi', yang ni 2 Hafs. Lucu juga dibuatnya, selepas ujian pertengahan tahun, aku ditugaskan untuk mengajar Sains dan Matematik pelajar Tingkatan 2. Ada tiga kelas, 2 Asim, 2 Hafs dan 2 Nafi'. Kelas Nafi' subjek Matematik sahaja. Bayangkanlah setiap hari aku masuk kelas-kelas ni. =). Isnin hingga Jumaat.

Aku yang sentiasa perlu belajar erti sabar. Mereka ini yang mendidik aku menjadi cikgu yang lebih sabar. Tak dapat nak bayangkan betapa perlunya seorang cikgu menjadi serba boleh. Emosi, spritual, intelek, jasmani semua mesti baik. Hmm, Ya Allah permudahkanlah urusanku selagi mana aku berada di jalan-Mu. Perbetulkanlah aku andai aku lalai dan leka.

*Gambar banyak tapi internet slow, lain kalilah ya!

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...