Di pinggiran Ilmu itu

Assalamualaikum,

Gembira, sudah tentu, setiap kali aku memasuki bangunan kelabu yang sebuah itu, hati ini tentu sekali gembira. Mungkin hikmahnya aku tak nampak, tapi keinginan untuk kembali pasti ada. =). Perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata. Terasa tugasan mendidik itu kerja yang sangat membahagiakan. Jujur, walaupun pernah kecewa dengan sikap dan karenah pelajar. Semuanya mudah betul aku lupakan. Tidak perlu aku nyatakan di sini. 

Aku manusia biasa yang pasti sedih. =(. Aku marah sebab mahu mereka jadi baik. Itu sahaja, bukan benci, aku tak boleh benci mereka kan. Hehe. Cuma, kita ramai yang terlalu sibuk mengejar keputusan peperiksaan yang baik, tanpa mengenal erti dan hikmah mengecap nikmat berusaha, nikmat berdoa, nikmat ukhwah ketika study group, nikmat tekun di dalam kelas, nikmat amanah menjawab soalan, nikmat gembira apabila dapat menyelesaikan tugasan sekolah dengan baik dan sebagainya.

Kita jarang meneliti kebaikan-kebaikan yang kita peroleh dalam apa sahaja yang kita lakukan, kerana kita leka mencapai matlamat, tanpa sedar jalan yang diambil adalah salah.

Rezeki tahun ni di sini, selepas ini, belum tahu lagi. Memang betullah, kita ni merancang, tapi jangan lupa Allah yang menentukan. Allah lebih tahu kenapa aku ditempatkan di sini. Ada hikmahnya, bantu aku Ya Allah, hamba-Mu yang mudah lalai dan leka dengan kehendak dunia ini. Tak lepas juga diri ini kadang-kadang, perasaan kecewa, murung, sedih. Aku mesti kuat, mesti kuat. Tidak dapat tidak. Mesti.

Jadual yang sangat berbeza, suasana, setiap hari disambut dengan suara-suara pelajar menghafal al-Quran, walaupun aku tidak berpeluang dan beruntung seperti mereka. Insyaallah, tidak aku, adik aku, nanti, Insyaallah. Atau pun, anak aku sendiri akan datang. =) Hehe. 

Apa pun, doakan aku teman-teman. Aku mahu menjadi contoh yang baik pada pelajar walaupun aku bukanlah ustazah, hanya guru akademik di sini. Di Pinggiran Ilmu ini.  =)

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...