Catatan kecil

Teks : Syahidah Mahassan
Gambar : Carian Goggle/Koleksi peribadi


Assalamualaikum, apa khabar pembaca setia yang makin berkurangan di laman blog sebegini. Anda boleh jadi satu-satunya yang sedang membaca catatan kecil ini.

Saya masih di Kuala Lumpur, mendidik anak bangsa seagama. Rutin yang telah bermula sejak Februari 2012 sehingga kini. Alhamdulillah, menjadi seorang guru banyak memberi tarbiyah buat diri yang tak lari daripada membuat kesilapan.

"Kita mahu pelajar-pelajar menjadi baik, guru perlulah menjadi baik terlebih dahulu," pesan seseorang kepada saya sebelum saya datang ke Kuala Lumpur tak lama dulu.

Kini, apa yang dikatakan terngiang-ngiang di telinga. Saya faham, maksudnya bukanlah kita perlu menjadi seseorang yang sempurna barulah kita boleh menjadi seorang guru. Sebaliknya, kita perlu sentiasa berusaha menjadi seorang guru yang terbaik buat pelajar-pelajar.

Hati manusia Allah yang pegang, pelajar-pelajar yang masih di alam remaja ini masih memerlukan bimbingan kita ini. Generasi milenia kini cukup berbeza, budaya dan kebiasaaan mereka juga berbeza. Pengaruh gajet yang sangat memberi kesan dalam pembentukan diri mereka juga adalah salah satu sebab mengapa begitu banyak perkara yang perlu guru-guru fahami.

Bukan mudah mendidik, tanpa mujahadah, guru boleh rebah, sedangkan pelajar-pelajar terus membuat kesalahan tanpa mereka sedari.

Astaghfirullahalazim. Semoga Allah sentiasa memperbetulkan niat supaya ikhlas untuk mendidik, kerana merekalah harapan agama Islam itu sendiri.

Semoga Allah permudahkan urusan guru-guru di seluruh dunia.

InsyaAllah.

6.23 petang
29 April 2015
Bilik Komputer Sekolah

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...