Kehilangan yang Tiada Ganti

Teks : Syahidah Mahassan
Gambar : Carian Goggle/Koleksi peribadi

Palestin terus dilupakan, tempat tinggal pun jadi milik orang lain.

Syria, apa nasib anak-anak kecil ini.

Xinjiang, China. Muslim di sana menghadapi kesukaran untuk mengamalkan Islam.

Itu pun, masih ada yang sudi menyambut Obama dengan luar biasa, sehingga warga Lembah Klang mengalami kesesakan lalu lintas yang serius.

Apalah Islam dipandang rendah, musuh Islam disanjung tinggi. Kerosakan Obama dan sekutu lakukan, sukar untuk dihitung. Terlalu banyak yang telah terkorban, sesungguhnya akhir zaman. Benarlah, kita mohon doa supaya Allah tetapkan hati kita teguh dengan Islam yang kita anuti. Biarlah dunia lihat sendiri, siapa yang baik, siapa yang jahat. Serangan balas Perancis di Syria nampaknya mengorbankan muslim di sana. Isis dan propaganda US tidak begitu difahami dunia. Jelas ISIS dan ISIL berhubung rapat dengan US sendiri. Itu bukanlah cara Islam.

Islam menggalakkan silaturrahim, Islam tidak membenarkan kanak-kanak dan wanita dibunuh.

Allah, sungguh berat ujian buat Muslim di seluruh dunia. Kenapa perlu Malaysia memberi hormat kepada Obama!

 http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Berjodoh dengan Izin Allah

Teks : Syahidah Mahassan
Gambar : Carian Goggle/Koleksi peribadi

Assalamualaikum, bersiaran dari Pantai Timur. Hujan mula turun setiap hari. Begitu juga jemputan kenduri saudara dan teman-teman. Disember ini, saya akan ke Tanah Merah, Kelantan dan Changkat Jering, Perak. Walimah sepupu sebelah ayah di negeri Kelantan, dan sepupu sebelah mak di Perak.

Tahun ini juga, nenek sebelah ayah menerima cicitnya yang ketujuh. Bermakna, semakin bertambah keturunan kami. Ayah dan ibu saya sendiri, dapatlah cucu mereka yang ketiga.

Sewaktu adik lelaki saya membuat keputusan untuk berumah tangga, saya agak terkejut. Kami baru sahaja pulang dari Madinah, Jun 2014. Tiba di Malaysia, terus sahaja ayah dan emak bertemu keluarga adik ipar. Saya bersyukur, semuanya baik sahaja. Ya, saya sudah mempunyai adik ipar, dan juga kakak ipar apabila abang sulung berkahwin pada tahun 2010.

Sampai masa, semua orang tentu bertanya kepada saya.

"Sampai bila nak tunggu?"

"Tunggu siapa sebenarnya?"

"Nak orang yang macam mana lagi?"

Biarlah cakap-cakap orang, apa yang saya tahu. Sekarang saya lebih tenang, dengan penampilan saya. Alhamdulillah, saya akan terus berusaha memperbaiki diri saya.

Doakan saya, bertemu jodoh. Saya akan tunggu, saya bukan ustazah, hanya seorang guru sekolah swasta yang mengajar Matematik dan Sains. Jurusan saya sejak di bangku sekolah lagi.

Sekarang, bekerja di sekolah tahfiz, membuatkan saya banyak memperbetulkan bacaan Quran saya. Usaha juga melazimi bacaan lebih kerap. InsyaAllah, saya tenang dengan anak-anak didik di sini. Mereka lebih hebat daripada saya, kerana mereka Ahlul Quran.



Subhanallah, nikmat apa lagi yang saya nak nafikan. Pada zaman penuh fitnah ni, memang perlu saya dekatkan diri dengan Al Quran. Saya percaya Allah lebih tahu, saya hanya perlu sabar, sabar dan sabar.

InsyaAllah, tidak di dunia, azam terus supaya syurga milik saya, dan kita.

Pahang.

 http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...