Berjodoh dengan Izin Allah

Teks : Syahidah Mahassan
Gambar : Carian Goggle/Koleksi peribadi

Assalamualaikum, bersiaran dari Pantai Timur. Hujan mula turun setiap hari. Begitu juga jemputan kenduri saudara dan teman-teman. Disember ini, saya akan ke Tanah Merah, Kelantan dan Changkat Jering, Perak. Walimah sepupu sebelah ayah di negeri Kelantan, dan sepupu sebelah mak di Perak.

Tahun ini juga, nenek sebelah ayah menerima cicitnya yang ketujuh. Bermakna, semakin bertambah keturunan kami. Ayah dan ibu saya sendiri, dapatlah cucu mereka yang ketiga.

Sewaktu adik lelaki saya membuat keputusan untuk berumah tangga, saya agak terkejut. Kami baru sahaja pulang dari Madinah, Jun 2014. Tiba di Malaysia, terus sahaja ayah dan emak bertemu keluarga adik ipar. Saya bersyukur, semuanya baik sahaja. Ya, saya sudah mempunyai adik ipar, dan juga kakak ipar apabila abang sulung berkahwin pada tahun 2010.

Sampai masa, semua orang tentu bertanya kepada saya.

"Sampai bila nak tunggu?"

"Tunggu siapa sebenarnya?"

"Nak orang yang macam mana lagi?"

Biarlah cakap-cakap orang, apa yang saya tahu. Sekarang saya lebih tenang, dengan penampilan saya. Alhamdulillah, saya akan terus berusaha memperbaiki diri saya.

Doakan saya, bertemu jodoh. Saya akan tunggu, saya bukan ustazah, hanya seorang guru sekolah swasta yang mengajar Matematik dan Sains. Jurusan saya sejak di bangku sekolah lagi.

Sekarang, bekerja di sekolah tahfiz, membuatkan saya banyak memperbetulkan bacaan Quran saya. Usaha juga melazimi bacaan lebih kerap. InsyaAllah, saya tenang dengan anak-anak didik di sini. Mereka lebih hebat daripada saya, kerana mereka Ahlul Quran.



Subhanallah, nikmat apa lagi yang saya nak nafikan. Pada zaman penuh fitnah ni, memang perlu saya dekatkan diri dengan Al Quran. Saya percaya Allah lebih tahu, saya hanya perlu sabar, sabar dan sabar.

InsyaAllah, tidak di dunia, azam terus supaya syurga milik saya, dan kita.

Pahang.

 http://syahidahmahassan.blogspot.com/

3 ulasan:

Ismee Rusila berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ismee Rusila berkata...

Thumbs up! ^_^ Moga ketemu jodohnya yang soleh. Ameennn.

Syahidah berkata...

InsyaAllah..terima kasih kak Ila..ummu Muhammaad...

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...