Memaknai diri

Dilahirkan pada 21 Mac 1987 di Felda Lembah Klau Raub, Pahang. Keluarga sebelah bapa berasal dari Kelantan Darul Naim manakala ibu dari Pahang Darul Makmur. Mendapat pendidikan bermula daripada rumah dan seterusnya tadika dengan ibu sendiri sebagai tenaga pengajar. Tahun 1 dan 2 merupakan waktu genting buat diri kerana telah tinggal di asrama semata-mata untuk dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat serentak. Pada tahun 1996, bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah, Bentong.

Tahun 1997 berikutnya sekeluarga berpindah ke pekan Karak dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Karak. Tugas ayah sebagai guru di SJK (C) Karak. Setelah itu, diterima pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong juga di pekan Karak. Tamat PMR bermulalah perjalanan jauh apabila diterima masuk ke MRSM Pasir Salak di Kg Gajah, Perak. Pada waktu itu keluarga telah pun berpindah ke Muadzam Shah, Pahang. Seterusnya mengambil jurusan Sains Fizikal di Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.

Pertengahan tahun 2006, penerokaan ilmu diteruskan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia dengan minor psikologi. Di USM menjadi titik tolak mengenali alam ini dengan lebih meluas. Penglibatan dalam Kelab Rekreasi Unisains KRU USM menjadikan sungai, lautan, hutan dan puncak tinggi sebagai tempat permainan yang meyeronokkan. Alhamdulillah, semester akhir sekali diperkenalkan dengan sahabat-sahabat yang banyak memperbetulkan diri dalam kehidupan sebagai muslim. Perbincangan dan buah fikiran sahabat handai yang mengutamakan ukhwah dan tidak membiarkan orang lain dalam kesesatan mengubah pengamatan dalam melihat dunia dalam sudut yang berbeza. Terima kasih atas kritikan dan saranan membina kalian. Tak mampu ditulis satu-satu di sini. Cukuplah sekadar menyatakan aku mengenal kalian sebahagiannya di Pulau Pinang.

Pernah menjadi guru, petugas di pejabat perdagangan Raub dan sekarang guru di sebuah sekolah menengah swasta di Kuala Lumpur. Apa yang pasti mahu terus belajar, belajar dan belajar. Semoga orang di sekelilingku faham kehendakku, matlamatku dan cita-citaku. Menyambung pengajian adalah salah satu hajat yang masih tertunda. Insyaallah semuanya pasti berjalan lancar.

Kemaskini 22 April 2014

http://syahidahmahassan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Kenangan kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...